FOLLOWERS

Thursday 27 August 2009

SEBAT KARTIKA 3 : YANG LAIN TOLONG DIAM !



Berita Harian

27 ogos 2009


Hormati keputusan mahkamah syariah: PGSM



KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) meminta semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan ke atas seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor. Presiden PGSM, Mohamad Isa Abdul Ralip, berkata Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan dua sistem perundangan yang berjalan seiring dan harmoni sejak sekian lama, dan ia hendaklah dihormati, dikekalkan dan diperkasakan.

"Kami menyeru agar jangan ada tekanan dan gangguan daripada mana-mana pihak mengenai undang-undang dan pelaksanaan undang-undang syariah," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan beberapa pertubuhan Islam, di sini hari ini.

Kartika, 32, dijangka menjalani hukuman sebat selepas Hari Raya setelah ia ditangguhkan Isnin lalu oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus.

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu 20 Julai lalu selepas Kartika mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai, 2008. Mohamad Isa berkata, sesiapa yang tiada kaitan dengan agama Islam hendaklah tidak mencampuri urusan agama Islam dan sepatutnya diuruskan oleh pihak yang berautoriti bagi agama Islam. - Bernama

Penghuni Gua : Yang lain tolong diam. Jangan nak campuri hak negeri dan mahkamah syariah. Hukuman ini pun dah kira ringan dari hukum hudud pun .

2. Apa lagi yang bukan islam ( Majlis Peguam ). Tolong diam. Juga Menteri wanita yang tak tahu pun ada peruntukkan sebat dalam Enakmen Syariah Negeri juga tolong diam!

1 comment:

  1. Setuju dengan PG. Hukum Allah jangan diambil mudah, dan jangan sekali-kali dipermainkan.

    Hukuman sebat bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk tulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman di link berikut:

    http://www.zaharuddin.net/content/view/869/72/#_ftn1

    Selain di atas, boleh juga rujuk link berikut:

    http://mahaguru58.blogspot.com/2009/08/hidup-didunia-ini-akur-kepada-allah.html

    Jadi hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah ke atas Kartika adalah tepat sekali. Ini disebabkan hukuman tersebut berdasarkan keputusan dari orang-orang yang berilmu tentang hukum hakam Syariah Allah, bukan dari suara-suara sumbang yang mempertikaikan hukum tersebut dari kalangan mereka yang berkedudukan sebagai menteri, ilmuan dan juga di kalangan mereka yang kononnya bijaksana di dalam bidang agama itu sendiri.

    Adalah sangat menyakitkan hati bila suara-suara sumbang ini campur tangan dalam hal-hal hukum syariah yang mereka tiada pengetahuan, lebih-lebih lagi suara itu datang dari kalangan orang-orang Islam sendiri. Bagi orang-orang seperti ini, lebih baik berdiam diri saja dan serahkan kepada orang yang tahu dan mahir.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR