FOLLOWERS

Friday 11 September 2009

PELAJAR HILANG : JUMPA HUBUNGI BALAI POLIS TERDEKAT !

Berita Harian
10 sep 2009


BUKIT MERTAJAM: Keluarga Norshafarani Alias merayu pelajar tahun akhir Politeknik Kulim yang menghilangkan diri sejak 21 Ogos lalu agar pulang ke rumah untuk menyambut hari raya. Norshafarani, 21, atau lebih mesra dengan panggilan Syerah dipercayai menghilangkan diri kerana merajuk setelah ditegur ibu bapanya kerana memboroskan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN).

"Laporan polis dibuat di Balai Polis Kubang Semang selepas 24 jam kehilangan Syerah," katanya. Beliau berkata, orang ramai yang menemui Syerah boleh menghubunginya di talian 016-4833539, Siti Norshadila (019-4777972) atau Zaharah Othman (016-3373257). - Bernama Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Minta semua bloggers war-warkan. Semuga anak ini pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga. Biasalah dik. Apa nak ambil hati mak bapak tegur. Biasalah. Lain kali tiba masa kita juga akan jadi mak bapak. Pulanglah.

1 comment:

  1. Hari raya dah nak dekat. Bukankah Hari Raya Aidil Fitri itu hari kemenangan. Kemenangan melawan nafsu serakah dan amarah. Pulanglah........

    ReplyDelete

PETA PELAYAR