FOLLOWERS

Tuesday 15 September 2009

SAMY LAGI !


Utusan Malaysia

15 sep 2009

Penjelasan Samy Vellu


KUALA LUMPUR 14 Sept. – MIC akan mengambil tindakan disiplin terhadap seorang perwakilan parti yang mencadangkan supaya kalungan selipar diletakkan pada gambar mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung parti itu di sini semalam.

Presidennya, Datuk Seri S.Samy Vellu berkata, beliau amat kesal dengan kenyataan perwakilan itu dan dia akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Samy Vellu berkata, beliau telah meminta perwakilan itu menghentikan ucapannya sebaik sahaja mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan pandangan bekas Presiden UMNO itu yang didakwa mencampuri urusan dalaman MIC.

Bagaimanapun, katanya, arahannya supaya perwakilan itu menghentikan tindakannya itu tidak dilaporkan oleh media.

Samy Vellu berkata demikian bagi menjelaskan laporan sebuah akhbar bahasa Malaysia hari ini mengenai kenyataan perwakilan itu yang mengundang reaksi pelbagai pihak.
Menurutnya, beliau telah memberitahu perwakilan pada perhimpunan agung itu supaya memberi penghormatan tertinggi kepada Dr Mahathir yang telah banyak berjasa kepada negara.

“Saya sedar bahawa kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai MIC telah menyinggung perasaan ramai perwakilan tetapi adalah tidak perlu untuk mencerca beliau sebegitu,” katanya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Samy corner baring lagi. Tetapi seorang perwakilan MIC akan di kambing hitamkan ( perwakilan dari Ampang, M. Muniandy ) bagi meredakan keadaan kerana mengecam Tun Mahathir.

2. Samy pun apa kurang dalam mengecam Tun Mahathir. Teguran Tun Mahathir telah disalah ertikan sebagai campur tangan Tun dalam masalah rumahtangga MIC.

3. Mengapa Samy corner baring dan akan mengambil tindakan kepada seorang perwakilan MIC? Pada pandangan PG, Samy mungkin baru tersedar selepas terlepas cakap dengan mengecam Tun Mahathir , bermakna MIC sebenarnya menggali kubur sendiri. Jumlah MP MIC yang menang PRU ke 12 hanya 3 orang yang tinggal. Yang lain semuanya bungkus.

4. Samy tahu, sentimen Tun Mahathir di kalangan orang melayu dan penyokong UMNO dan BN amat besar. Jika beliau tidak mengambil tindakan segera , mungkin dalam PRU13, semua calum MP dan ADUN MIC di dalam PRU nanti akan bungkus semuanya. Ini kerana penyokong Tun Mahathir tidak akan lagi memangkah calun MIC. Maka mungkin pada pandangan Samy, MIC akan terkubur terus dan tiada lagi wakil di dalam kabinet dan exco negeri. Menteri dan Tim Menteri sekarang pun sebahagian pun hanya bertaraf senator dan atas ehsan UMNO sahaja.

5. Bravo Samy. Panjang juga akal anda. Itulah , lain kali fikir dulu sebelum cakap dan mengecam Tun Mahathir. Tun Mahathir tiada sebarang kepentingan pun di dalam MIC. Tun hanya memberi tegguran bagi memperkasakan MIC dan BN amnya serta negara amnya. Tidak lebih dari itu.

6. Mungkin Sivaji Ganesan ( dah mati rupanya ) datang dalam mimpinya semalam dan mengingatkan Samy agar segera corner baring.

7. Samy, Samy, Samy! 3 spesis lagi pun sama iaitu Koh Tsu Koon, Ong Tee Keat dan Kayveas. Anda pun telah ditunjukkan pintu keluar. Keluar lah cepat sebelum anda dihumban keluar nantinya.

1 comment:

  1. Dia nak mati berdiri kat kerusi presiden mic tu kot.. kaum india mmg dah muak terutamanya sejak kes 'saham' yg tergadai dulu2 tu.. yg merempat ahli bawahan..untung? kerusi atas duduk angkut kalu..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR