FOLLOWERS

Friday 11 September 2009

SISTEM KEADILAN JENAYAH : ASAS HUKUMAN !


[1991] 3 MLJ 111
Ong Lai Kim v Public Prosecutor and other appeals


Bahasa Malaysia Summary:

Tiga perayu telah menjalani perbicaraan dan disabit dengan rogol dan perompakan. Semasa perbicaraan mereka, mereka membantah kepada prosedur pengenalan mereka kerana perbarisan cam telah dikendalikan dengan mengsa berdiri di belakang sebuah cermin sehala, bantahan telah ditolak. perayu pertama telah dihukum sepuluh tahun penjara dan sepuluh pukulan rotan ringan berkenaan dengan rogol; lapan tahun penjara dan empat pukulan rotan ringan bagi perompakan.

Perayu kedua telah dihukum 15 tahun penjara danempat pukulan sebat bagi rogol dan empat pukulan sebat berkenaan dengan perompakan. Perayu ketiga telah dihukum 15 tahun penjara dan epuluh pukulan sebat, mereka merayu terhadap sabitan dan hukuman.

Diputuskan:
Diputuskan,menolak rayuan itu:

(1) Tidak ada peruntukan tertentu dalam danun Acara Jenayah (‘KAJ’) atau Akta Keterangan 1950 mengenai prosedur bagi perbarisan cam. Tanpa peruntukan sedemikian, prosedur Inggeris adalah terpakai dan ini membenarkan kegunaan sebuah cermin sehala. Justeru itu, kegunaan sebuah cermin sehala bagi mencam tiga perayu itu adalah wajar.

(2) Adalah juga bukan tidak wajar bagi mangsa ditunjukkan gambar-gambar orang-orang yang disyaki untuk menuntukan sama ada dia boleh mengenalpasti penyerang-penyerangnya.

(3) Hukuman sebanyak sepuluh pukulan rotan ringan terhadap perayu pertama tidaklah sesuai kerana dia telah menjadi seorang dewasa. Umurnya boleh ditentukan daripada laporan akhlah dan kertas tuduhan. jadi hukuman itu diganti dengan sebat.

(4) Hukuman-hukuman tidaklah melampaui batas. kesalahan rogol telah merebak. mahkamah akan gagal dalam tugasnya jika ia tidak mengenakan hukuman yang mencegah (deterrent) dalam kes ini. Walaupun peruyu adalah pesalah kali pertama, tetapi oleh kerena mereka telah disabit dengan jenayah yang serius melibatkan keganasan, pertimbagan mahkamah yang utama adalah unsur kepentingan awam.]
Penghuni Gua : Semuga semua pelayar dan pelajar menadapat menafaat darinya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR