FOLLOWERS

Wednesday 30 September 2009

WAHABI PERLIS : MENGAPA MENCARI PERBEZAAN !






Penghuni Gua : Banyak berita dan gembar gembur mengenai amalan dan mazhab wahabi / salafi yang di amalkan oleh sebahagian besar rakyat Perlis atau utara kedah sejak ke belakangan ini. Dari isu pertukaran imam, perletakkan jawatan 3 iman, mufti Perlis bercuti panjang dan sebagainya.

2. Apa masalahnya kepada mereka yang bergelar ulama dan cerdik pandai islam ini yang tidak henti bergaduh dalam perkara-perkara kecil dan cabang-cabang kecil dalam islam. Mengapa ulama dan cerdik pandai islam di Malaysia ini kerap mencari perbezaan sesama islam dan antara mazhab ini.

3. Mengapakah tidak mencari persamaan dalam agama islam? Mengapa kita tidak hanya berpegang kepada satu perkara iaittu tali Allah iaitu syahadah kita? Mengapa masing-masing berbalah dan menjatuhkan antara satu sama lain dalam perkara yang remeh temeh? Mengapa?

4. Adakah ulama, ustat, cerdik pandai islam ini terlalu dungu untuk mengatasi dan menguruskan perbezaan ini? Di Perlis terutamanya! Isunya bukan besar dan menyentuh rukun iman dan islam. Hanya perkara-perkara cabang seperti sembahyang suboh tak ada qunud, kematian tidak ada talqin dan tahlil dibuat. Sentuhan suami isteri dan sentuhan yang bukan boleh menaikkan syahwat tidak membatalkan wuduk, hanya satu azan semasa hari jumaat dan tiada sembahyang sunat 2 rakaat antara 2 azan hari jumaat, tiada kenduri arwah dan sebagainya ( sekadar menyebut beberapa perbezaaan ).

5. Jadi apa yang membesarkan dan tiada titik pertemuan di kalangan ulama, ustat, dan cerdik pandai islam di negara ini. Kalau dengar cakap mereka ini, berbuih mulut membaca ayat quran dari pagi hinggga ke pagi , segala pentas dan segala medium digunakan . Pandainya kalau dilihat sekali imbas.

6. tetapi apabila menyentuh hanya perkara sekecil ini boleh berpolimik berhari, berbulan tak henti-henti. Allah yang jadikan perbezaan ini. Ada hikmahnya. Iaitu untuk melihat mereka ini ( cerdik pandai ini ) terutamannya : adakah mereka dapat menguruskannya atau akan berlaku pergaduhan dalam hal seremeh ini.

7. Jika dalam perkara ini atau perbezaan ini yang dah berpuluh tahun masih gagal diselesaikan atau diuruskan sehingga perlaku pertikaian maka apa makna kejayaan dan peranan cerdik pandai ini. Mereka gagal dalam ujian Allah yang menjadikan perbezaan ini. Sebabnya sebagai ulama dan cerdik pandai islam, mereka tidak bijaksana untuk menyelesaikan perbezaan dan bergaduh setiap masa dalam hal-hal yang remeh temeh.

8. PG pernah belajar selama 3 tahun di UM pada tahun 181 hingga 1984 dan adalah mengambil beberapa subjek pilihan mengenai fiqh islam, sistem perundangan islam, hukum perkahwinan dalam islam, tamaddun islam dan beberapa subjek lain. Selain bapa PG sendiri adalah guru agama tempatan/ kampung sahaja.

9. Prof-profesor di UM dari Dato Prof Hamid Othman, Prof Lutfi Ibrahim dan beberapa Prof yang lain menerangkan semua konsep islam dengan amat mudah dan begitu indah dan menarik sekali. Tiada pun menyentuh perkara-perkara remeh sebegini.

10. Menurut mereka kerana kita asyik bergaduh dalam perkara remeh : itulah yang menjadikan islam itu lemah di seluroh dunia . di Malaysia apatah lagi. Prof ini bertanya dan kerap bertanya, mengapa perlu cari perbezaan . Mengapa kita tidak memegang dan mencari persamaanya. Persamaan islam ini mudah sahaja. Syahadah. Habis perkara.

11. Ini tidak. Hanya perkara remeh asyik mereka melabelkan mereka lebih islam dari yang lain, amalan mereka lebih baik, dikafirkan sesama islam, sehingga sembahyang 2 iman ( masih berlaku pun ). Berotakkah mereka ini.

12. Kadang kala PG hanya tersenyum pahit melihat gelagat mereka ini yang nampak lebainya bukan main , tetapi jika diperhalusi hanyalah badut-badut agama yang sombong yang tidak mendapat hidayah Allah. Sebab itu mereka masih terus bergaduh dan Allah tetap membiarkan mereka terus bergaduh dan berselisih pendapat dalam perkara remeh.

13. Inilah kebesaran Allah. Dan PG lihat pun, walaupun hudud dan pemerintahan islam sudah lama berkumandang hendak dilaksanakan di Malaysia tetapi sehingga kini Allah yang maha besar masih belum perkenankannya dari terjadi dalam masa terdekat. Kerajaan yang ada sekaranglah yang diteruskan dan diamanahkan untuk terus menjaga negara ini sehingga lebih dari 50 tahun.

14. Allah tidak berikan . kalau berikan mereka memerintah pun tidak lama. Kerajaan negeri dan sebagaannya tumbang dan hampir tumbang. Kerana apa? Pada pandangan PG , mereka masih dungu dalam mengurskan perkara-perkara remeh ini dan tidak bijak dalam menguruskan perbezaaan di kalangan masyarakat islam di negara ini.

15. Mereka tidak bijaksana dalam tindakan juga tidak bijak sana dalam perbuatan. Mereka hanya pandai bercakap bagi menimbulkan perselisihan. Berbalik kepada hal yang berlaku di Perlis. Apa nak gaduhkan. Yang nak buat cara talkin, buat lah. Yang tidak nak buat jangan buat. Begitu juga bab sentuhan yang membatalkan wuduk. Kalau rasa sentuh dengan perempuan / isteri sekali pun , ambil semula wuduk jika berpendapat batal. Jika yang berpegang pada ajaran kata tak batal wuduk teruskan. Jadi apa masalahnya. Bukan terkeluar dari islam pun.

16. Inilah kedunguan ulama, dan cerdik pandai islam dan ustat-ustat kita ini. Asyik bertikam lidah dalam perkara remeh dan hanya tahu bergaduh dan berselisih tetapi tidak pernah sekali cuba mendamaikan dan mencari titik pertemuan.

17. Inilah sebabnya mengapa Allah masih belum izinkan lagi mereka yang beragama ini mengetuai pentadbiran negara. Sesama sendiri pun masih bergasak. jahanam negara jika diberi ketangan mereka. Itulah kebesaran Allah.

18. Tidakkah mahu kita fikirkannya . Perkaranya dan jalannya amat mudah dan terlalu mudah.
Nota : PG pernah baca satu buah buku bertajuk " Dialog Sunnah Syiah " . Iaitu perdebatan antara Prof/ syiah di Iran dan Ulama di Universiti Azhar Mesir . Perdebatan dan perbicangan mereka hanya melalui surat menyurat dan kemudian dibukukan lebih kurang 400 halaman. Amat menarik dala satu perenggan . Dalam perengganakhir buku tersebut Prof / ulama iran ini bertanya " orang-orang syiah atau penganut syiah tidak pernah sekali mengatakan Ahli sunnah itu salah dan sesat. Tidak pernah sekali. Tetapi yang kerapnya ia meluahkan ialah Ahli Sunnah dan pengikutnyalah yang kerap memburukkan syiah dan penganutnya.

Tanya Prof Syiah ini. " Mengapa mencari perbezaan dan keburukan dalam syiah dan perbezaan antara mazhab ini. Syiah juga satu mazhab. Mengapa kita tidak berpegang pada tali Allah dari sentiasa mencari perbezaaanya.? Dan akhirnya Prof syiah ini bertanya : Kalau sunnah itu benar , mengapa ada 4 mazhab yang berlainan? Jadi kami pun menurut prof syiah ini boleh cari alasan jika untuk terus berbalah dalam hal cabang kecil dalam islam. Menurutnya , pergaduhan dan polimik anya bila menyentuh perkara-prkara yang melibatkan rukun islam dan iman. Kerana jika menyentuh dua perkara ini maka syahadah seseorang muslim itu akan gugur.

Keluhan dan rintihan ini dipersetujui sepenuhnya oleh Prof dan ulama Al Azhar ini.

Jadi renungkanlah. Ini hanya dalam lingkungan Malaysia. Jika dilhat islam secara global lagi sedih kita dibuatnya.

Akhir kata : PG melihat pertikaian hal wahabi di Perlis ini tidak ada isu pun. Perkara mudah sangat. Bodohlah kalau kita bergaduh sesama sendiri dalam hal cabang yang kecil dalam islam. Lebih baik kebijaksanaan bijak pandai islam ini digunakan untuk membenteras ajaran sesat yang masih berleluasa seperti ayahpin, Al Arqam yang segingga kini masih belum selesai.

Mana perginya ulama dan bijak pandai islam ini? Akhirnya bab ajaran sesat ini terpaksa dibenteras oleh PDRM. Pemain utama dalam bab keagamaan hanya sibok berpolitik, mengkafirkan sesama islam , bergaduh dalam perkara remeh dalam agama selain hanya nak mengurut janggut dan membesarkan serban dan melabuhkan jubah sahaja. Bab ini pandai le!

PDRM yang tak ada kena mengenai sudah jadi pemain utama untuk benteras ajaran salah. yang lain makan kedarah dan membuta aje. Itulah kemurkaan Allah sehingga kini dan itulah sebabnya banyak perkara yang Allah perkenankan berlaku di Malaysia ini walaupun semua habis padang , sembahyang hajat telah dilakukan oleh cerdik pandai islam ini.

Juga ingat dan insaflah kita. Kita telah melalui satu kerugian yang amat besar kerana kehilangan dan terhapusnya satu mazhab/aliran yang amat penting dalam islam iaitu aliran mukhtazilah. Aliran ini dapat wacanakan minta dan paling penting ialah dapat digunakan untuk perdebatan dan perbincangan serta perbahasan dengan mereka yang kafir dan bukan beragama islam. Ia lebih berdasar pada logik. Kita kehilangannya hanya kerana perbezaan yang remeh dan sebahagian cerdik pandai islam ini merasakan mereka lebih islam dari yang lain. Semua buku di bakar dan ulama aliran ini di bunuh. Tapi yang lepas biarlah berlalu.


Fikirkan tentang masa hadapan dan cukuplah berbalah dan berseteru dalam perkara yang remeh temeh. Lihat keutamaan. Cukup-cukuplah dengan kedunguan dan bodh sombong setengah ulama dan cerdik pandai islam ini yang hanya pandai bergaduh dan mencari perbezaan serta menjatuhkan hukum. Tak ada lain asyik nak melabuhkan jubah, membesarkan tanda hitam di dahi ( macam puttu india aje layaknya ) dan hanya nak melebarkan serban.

Cukuplah. Tulisan ini mungkin akan mengundang kepada penjatuhan hukum kepada PG terutama dari mereka yang merasakan merekalah lebih tahu segalanya dalam ilmu islam. Merekalah yang selayaknya. Biarkanlah jika sedemikian. Tulisan ini hanya sekadar dan lahir dari keinsafan dan kesedaran melihat gelagat dan lakonan yang tidak pernah berubah sejak PG mengenal erti kehidupan.

ALLAH MAHA BESAR! ALLAH HU AKHBAR, ALLAH HU AKHBAR, ALLAH HU AKHBAR!

8 comments:

  1. setuju sangat dengan apa yang diperkatakan olih enche Arif Omar semoga dibacha olih mereka-mereka yang berkenaan .
    mudahan-mudahan dapat memberi kesedaran dan keinsafan.
    terlalu banyak yang begelar ulamak sekarang ini cederong kearah kemusnahan dan kepinchangan.

    ReplyDelete
  2. Tuan PG

    Sokong sangat ulasan Tuan.

    ReplyDelete
  3. SLM BRO..MUNGKIN TEMPIAS KETAKSUBAN ALA2 PAS DH MULA MELAHIRKAN PRODUK UMAT2 SESAT KAT NEGERI2 TERSEBUT. BILA MSLH NI DH BERAKAR MMG SUSAH NAK DI HAPUSKAN. MCM KES KAHAR. WLUPUN KEPALA DPT DI CANTAS TP BHG EKOR MASIH BERNYAWA LG BROO!

    ReplyDelete
  4. Tuan PG,

    Ada beberapa perkara yang tidak saya persetujui dengan pendapat tuan.

    Muktazilah adalah fahaman yang sudah terkeluar dari aqidah ASWJ, sudah terang jelas diberikan hujah oleh ulamak2 muktabar sejak ratusan tahun dahulu.

    Fahaman Wahabi dan Syiah jika hanya terkait dengan perkara furuk, para ASWJ tidak akan berkeras, tetapi apabila mereka menyentuh akidah dengan membawa bidaah ke atas hal-hal yang berkaitan dengan tauhid, maka para ulamak ASWJ tidak boleh membiarkan sahaja hal itu berlaku. Sila rujuk kitab-kitab ASWJ dan yang termudah kitab dari KH Sirajuddin Abbas, untuk melihat perbezaan fahaman mereka dari sudut akidah.

    Saya setuju tidak perlu kita berbalah atau bergaduh, namun dalam hal ini, saya lihat saudara BIAS dengan golongan ASWJ sedangkan para ulamak ASWJ hanya mempertahankan akidah yg dibawa oleh RSAW agar tidak diselewengkan.

    Sekian wallahualam.

    ReplyDelete
  5. Saya tak nak komen ttg Wahabi sbb saya pun masih blur lagi. Tapi saya ada terbaca artikel di Malaysia Today ttg cerita ni. It is the best article that best desbribe the whole issue. Read here: http://mt.m2day.org/2008/content/view/23379/84/

    ReplyDelete
  6. TQ PUTERI. ISU BERKENAAN PERANGAI ULAMA. BUKAN SAYA NAK BINCANGKAN MUKHTAZILAH SECARA KHUSUS. SAYA SETUJU DENGAN PUTERI BERKENAAN MUKHTAZILAH. TETAPI SEPERTI KATA SAYA : Aliran ini dapat wacanakan minta dan paling penting ialah dapat digunakan untuk perdebatan dan perbincangan serta perbahasan dengan mereka yang kafir dan bukan beragama islam. Ia lebih berdasar pada logik. CUMA IA BUKAN BOLEH DIBINCANG UNTUK " AWAM ". SAYA SEPENUHNYA ASWJ. TAK ADA KURANG BAB INI. SEPENUHNYA. PENGGOLONGAN INILAH YANG AKHIRNYA MEMBAWA PERTIKAIAN. PEGANG SYAHADAH DAN PADA RUKUN ISLAM DAN IMAN . JANGAN SENTUH PERKARA DASAR INI CUKUP BAGI ELAKKAN PERTIKAIAN,. ITU SAHAJA MATLAMAT PAPARAN INI. TAK LEBIH DARI ITU. SISTEM KELUARGA DAN SUAMI ISTERI PUN BERGADUH. KALAU MASIH NAK DEBAT DAN CARI PERBEZAAN SAMPAI KIAMAT PUN TAK SELESAI. INILAH KEBIJAKSANAAN YANG ALLAH MINTA KITA FIKIR DAN URUSKAN. TAK ADA SATU PUN YANG SAMA DAN TAK ADA SATU PUN YANG TAK BERBEZA. TOLAK ANSUR MUSTAHAK DAN BERGADUH DALAM PERKARA TAK PERLU.

    ReplyDelete
  7. salam..tajuk wahabi ni banyak disamakan dengan negeri saya iaitu perlis dan kebetulan dr asri pernah menjadi mufti di negeri perlis...saya terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan mengenai wahabi...terus terang pegangan dan fahaman ini tidak diamalkan di perlis cuma pendekatan sunnah di perlis sedikit berbeza antaranya adalah seperti solat jumaat hanya diazankan sekali dan bukan 2x...selepas solat doa adalah secara individu dan lain-lain....tetapi saudara saudari semua, datang dan lihat sendiri...ketika solat berjemaah,semua jemaah berdiri rapat dan berlaga bahu, suasana sangat sunyi diketika itu, hanya suara imam yang kedengaran.......marilah kita mencari ilmu saudara sekalian, ikutlah AL QURAN dan SUNNAH NAbi dengan bersungguh2....................

    ReplyDelete

PETA PELAYAR