FOLLOWERS

Thursday 8 October 2009

PRK BAGAN PINANG : BN RASUAH TENTERA ? BACA LE UNDANG-UNDANG SIKIT !



PAS dakwa BN cuba rasuah tentera

author_photo("Jimadie Shah Othman")
Jimadie Shah OthmanOkt 8, 091:45pm



kemaskini 2.58pm Pemuda PAS hari ini mendedahkan rakaman suara dua pemimpin BN yang didakwa menawarkan rasuah politik kepada tentera dengan berselindung di sebalik majlis sambutan Aidilfitri menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.Di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG paparkan semula sebahagian dari kes mahkamah terdahulu berkaitan isu di atas. Adakah sebarang janji pembangunan seperti jambatan, bangunan, padang bola yang dijanjikan oleh pemimpin sesebuah kerajaan semasa satu-satu PRU atau PRK di adakah seperti di PRK Bagan Pinang adalah bukan satu perbuatan jenayah rasuah.

2. Dalam kes terdahulu, YAA Hakim telah memutuskan bahawa janji pemimpin sesebuah kerajaan bukan rasuah. Di bawah ini di paparkan semula kes berkenaan yang dipetik dari Blog : Penasihat Undang-Undang UMNO ( Dato Hafarizam ).

3. .....................Saya berpendapat bahawa kenyataan tersebut tidak menyalahi mana-mana Seksyen samada Seksyen 1o(a), 11 ataupun 32(c) di dalam Akta Kesalahan Pilhanraya, 1954 malah ianya bersesuaian dengan nas undang-undang terlapor di dalam kes Re Pengkalan Kota Bye-Election Teoh Teik Huat v. Lim Kean Siew & Anor [Penang -Election Petition No. 1 of 1981] dimana keputusannya telah diberikan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang sangat disegani dan dihormati di kalangan Hakim-Hakim negara Komanwel iaitu Yang Arif Abdoolcader J. Kes tersebut telah menyandar kepada 2 otoriti undang-undang di negara India iaitu kes Mahkamah Agung India iaitu Gahsi Ram v Dal Singh AIR 1968 SC 1191 dan Om Prabha Jain v Abnash Chand AIR 1968 SC 1083.

Di dalam Re Pengkalan Kota Bye-Election, supra YBM Tengku Razaleigh Hamzah, sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan, di dalam siri ceramah kempennya telah berkata "if we (meaning the Barisan Nasional) win, we shall make allocation (in the Malay version using the words "plenty of money") to bring more development for the benefit of the people in the area". YA Abdoolcader telah memutuskan, dengan ringkasnya bahawa:

"Did not perforce pose or constitute a promise or pre-engagement by him in his personal capacity with any corrupt intention of any designated sum of money or valuable consideration to or for any one or more particular elector or voter for corrupt inducement to exert his or her personal predilection at the polls in favour of the 1st respondent but were in effect and in intention no more than a broad political articulation in his office as Minister of Finance of the party in power's potential pull on the public purse-strings to pursue promises, propitiate pleas and propel and promote projects and programmes for amelioration and development in the constituency for the benefit and progress of that locality and all its commorants generally if the ruling party gained the seat in contest and that he was personally in a position within the pale of his portfolio as the Minister to sanction schemes and endorse expenses on behalf of the government to this end. To hold otherwise in the circumtances of this case would be to effectuate and sanction a spurious conversion of political proclamations and catchwords manifested as a promise of public action into an inflexible electoral offence with criminal connotations berefet of the essential prerequisities therefor".

Justeru itu, untuk faedah pembaca-pembaca blog saya yang tidak ada latarbelakang undang-undang, ianya bermaksud bahawa apajua janji pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan yang berkuasa tidaklah bermaksud perbuatan rasuah seperti maksud Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Saya masih ingat lagi, sewaktu pilihanraya kecil Pengkalan Pasir lewat tahun 2004 (jika saya tidak silap), Kerajaan Pas Negeri Kelantan telah menaikkan suatu 'billboard' yang besar di sekitar bandar Pasir Mas (terutamanya di sekitar stesyen keretapi Pasir Mas) bahawa suatu jambatan bertingkat akan dibina jika kerusi Pengkalan Pasir kekal dengan PAS. Saya tidak bermaksud untuk berkata bahawa '2 wrongs make 1 right' tetapi prinsipnya adalah sama iaitu, jika Kerajaan yang berkuasa ingin membawa perubahan kepada rakyatnya ianya tidak menyalahi undang-undang. Begitulah juga sewaktu manifesto pakatan pembangkang di negeri Selangor di pilihanraya yang lalu, iaitu diskaun terhadap bil air dsb.

Akhir kata, saya ingin menegaskan bahawa tiada apa yang salah disebabkan oleh kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri termasuklah janji beliau, selaku pemimpin No 2 Negara, jika BN menang di Manek Urai, jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru akan direalisasikan serta-merta. YAB Timbalan Perdana Menetri adalah seorang yang luas pengalamannya di dalam politik, malah sewaktu beliau menjawat jawatan Naib Presiden UMNO beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pindaan Perlembagaan dan Peraturan Parti (dimana saya adalah jurudraf), tentulah beliau sangat mementingkan kepatuhan undang-undang. Oleh itu, saranan saya adalah jangan terpedaya dengan taktik pakatan pembangkang yang hanya ingin memutar-belit fakta.

Posted by hafarizam at 6:29 PM
............................................................................................


4. Jadi PG berpendapat , aduan dan dakwaan PAS di atas adalah dakwaan kosong tanpa hujah yang bernas. Hanya hujah kampung yang tidak perlu diambil perhatian.

5. Hanya nak menunjuk pandai tetapi tidak bertempat dan hanya tong kosong. Ada penasihat Undang-Undang pun dari parti mereka hanya tidor dan berbunyi mengikut masa dan ketika. Inikah kebijaksaan pemimpin dan parti yang akan memerintah negara dalam PRU 13?

6. Adakah Pengundi Bagan Pinang hendak memilih pemimpin dan parti begini untuk menjaga amanah negara? Dalam isu sebegini pun mereka terlaLu dangkal dalam hal perundangan. Nak memerintah negara?

7. Maaf le kalau PG nak menyokong apalagi nak memangkah mereka. Tolong !

4 comments:

  1. Kempen dalam kem ngko kata tak salah. Bodoh tul ngko nie!... http://www.youtube.com/watch?v=htdEWzBD3l0

    ReplyDelete
  2. Puak-puak ni mana nak peduli dengan undang-undang, dia tahu hanya undang-undang yang boleh dapat untung kat dia saja.....

    Bila dah selesai je jalankan undi Tentera dan Polis (undi Pos) hari ini dan esok, mulalah PAS khawarij ni mencaci, menghina mereka, sebelum tu macam-macam dipujuk nak kan undi mereka.....

    Lebih kurang macam gaya Anwar pujuk rayu suruh orang bagi bahagian belakang juga......... bila dah dapat, macam-macamlah karenahnya...

    ReplyDelete
  3. UMNO adalah terkenal dengan RASUAH. Dari dulu hingga kehari ini rasuah tidak boleh di pisahkan dari UMNO.

    N31 DUN Bagan Pinang, UMNO telah meletak kan calun nya 100% disahkan mengamalkan RASUAH.

    Setahu Nala, RASUAH adalah HARAM bagi penganut agama islam.

    Adakah orang islam di Bagan Pinang sudah sokong benda yang HARAM?

    ReplyDelete
  4. PR Sesat al-Harami12 October 2009 at 21:06

    nalapambu, orang Islam di Bagan Pinang tak pernah menyokong sesuatu yang haram.
    Sebab itu kami tolak PAS, PKR, DAP dan peliwat tegar.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR