FOLLOWERS

Monday 9 November 2009

DSAI KATA ADA PIHAK TERTENTU HALANG PROSES PERBICARAAN LIWATNYA : PULAK !


Dipetik dari Blog : DSAI


Pasukan peguam pembela saya sekali lagi dihalang dari mendapatkan serta memeriksa laporan perubatan, rakaman video litar dan sampel DNA akibat dari keputusan mahkamah rayuan semalam untuk menyebelahi rayuan pihak pendakwa.

Kesemua bahan bukti tersebut merupakan bahagian penting untuk pembelaan saya dan hak untuk mendapatkannya dijamin undang-undang. Mahkamah Tinggi pada 16hb Julai lalu memerintahkan pihak pendakwa menyerahkan bahan bukti, antaranya dua laporan perubatan dari Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur.

Jelas ada pihak yang menghalang kes ini dari berjalan lancar dan menurut lunas perundangan. Sebaliknya mereka berselindung di sebalik dalih kononnya saya yang melengah-lengahkan perbicaraan. Jangan halang proses perundangan yang sebenarnya. Biarkan ianya berlangsung tanpa dicampuri dan digugat pemerintah.

Nah sudah terang lagi bersuluh kepada kita, siapa sebenarnya yang melengah-lengahkan proses perundangan dan pembicaraan. Mengapa gentar untuk membenarkan pasukan pembela saya memeriksa bahan bukti dan rakaman video litar? Barangkali takut muslihat jahat didedahkan; pecah tembelang membusuk dan memualkan.

ANWAR IBRAHIM

Penghuni Gua : Pulak dah. Boleh pulak DSAI u-turn dengan menuduh orang lain menghalang perbicaraan liwatnya dan memperlambatkan kes liwatnya dari dibicarakan.

2. DSAI juga mendakwa ada pihak takut untuk menyerahkan bahan bukti perbicaraan. DSAI bertanya : mengapa takut?

3. Untuk makluman DSAI mahkamah sudah buat keputusan baru-baru ini dan ada diberikan alasan. Ini berkaitan bahan bukti siasatan. Mana boleh diserahkan bahan bukti siasatan sebelum perbicaraan berlangsung. Semua ini akan dikemukakan di mahkamah nanti secepat mungkin sekiranya anda sendiri tidak melengah-lengahkan perbicaraan seperti sekarang dengan perbagai permohonan dan semakan kehakiman remeh temeh.

4. Jika perbicaraan liwat dimulakan dan bahan bukti mula dikemukakan , pada masa itu anda boleh bersoal balas dan mempertikaikan bukti yang dikemukan. Minta pandangan kedua jika tidak puashati di atas semua keterangan oleh pakar misalnya dalam kes DNA misalnya. Masa itu bukti akan didedahkan. Lihat dan pertikaikan dengan bukti alibi pada masa itu. Apa yang sudah sangat.

5. Cukuplah mengelirukan awam dengan alasan bodoh anda selain dari mendakwa ada pihak yang cuba melengahkan perbicaraan liwat ini. Jangan u-turn lah. Bukan kami ini bodoh sangat. Cara anda menulis dalih di blog ini pun boleh menyebabkan masyarakat perundangan punketawa terbahak-bahak.

6. Sudah lah DSAI. Patuh dan akurlah kepada sistem kehakiman negara. Jangan najis yang anda bawa cuba dipalitkan kepada orang lain.

7. Satu ajelah PG nak komen : DNA tidak pernah menipu. Tak ada yang boleh menipu DNA. Itu asal usul kejadian manusia. Kalau susah sangat nak faham apa itu DNA atau buat-buat tak faham, maka adalah lebih baik merujuk perkara DNA ini kepada isteri anda itu iaitu Dr Wan Azizah. Dia mahir untuk menerangkan kepada anda , apa itu DNA.

8. DNA, DNA, DNA, DNA.......!@#&*()_(*&^%$@#*()(&^%$##$%^

5 comments:

  1. Awak nampak macam bijak PG, tapi sememangnya bodoh haprakkk!! ...cuba paham bebetui apa yang Mahkamah putuskan ..memang duduk gua le kamu nih... jangan panjangkan fitnah kalau awak itu seorang ISLAM!!!

    - Anak Bugis

    ReplyDelete
  2. tak ada fitnah. perkara fakta. kes terdahulu pun , mahkamah dah sahkan dsai seorang pengamal homo. ia dilepas bukan kerana tak lakukan tetapi pada tarikh dituduh kekurangan bukti untuk sabitan . baca alasan penghakiman terdahlu di blog saya . taip di search. juga kes ini pun sama. dia yang sibuk dok menangguh. macammacam permohonan dan alasan. peguam sakit lah dan sebagainhya. akhirnya ketua peguamnya sulaiman abdullah tak sakit pun skarang. segar bugar uruskan kes si nizar diperak. sekali pun tak sakit. sebabnya? sulaiman pun dah tahu siapa dsai. tak percaya percayalah. dah lama PG kenal DSAI dan kegiatannya. bukti mahkamah dah sahkan. baca le lebih sikit. jangan fikiran kita diperbodohkan oleh dsai. atau memang kita sendiri rela dibodohkan oleh peliwat ini. sedih PG kalau lah anda begitu anak bugis. Baca lebih le daeng. tak perlu dengar loyar buruk cakap. baca domkumen resmi. kan ada banyak. buka laman web kehakiman. pun ada. Tak main le fitnah-fitnah ni.

    ReplyDelete
  3. penghuni gua memang duduk dlm gua.primitif,percaya dgn undang-undang buatan manusia yg tak mengikut undang-undang tuhan

    ReplyDelete
  4. Hahaha......pegi aje lah bicara tu.Nak takut apa, ni bukan zaman Mahathir. Ni Zaman Najib. Najib lembik dan takut bini....apa nak takut dengan Najib? Najib kan anak murid awak bang Nuar. Tak kan tak leh makan? huhuhu
    Lain la kalau awk tu memang kaki bontot....sebab tu berdalih memanjang. huhuhu

    ReplyDelete
  5. PG... wa caya lu... dulu aku mmg suspek dgn cara DSAI.. sampai wa maki hamun UMNO mcm2.Wa x caya tp wa sudah jumpa Lawyer Zamri... Dia ni very low profile..tanya pasai saiful mmg tak nak cerita apa tp aku mmg yakin dgn cara dua jawab... lebih cepat perbicaraan lebih cepat kita dapat keputusan. dan beliau memang dah bersedia utk berhujah dan minta saya mengikuti secara penuh dalam perbicaraan.
    yang dok komen ni pun geng kelaku macam dia jugak mesti depa pertahan presiden depa..
    Puak lahir lepas merdeka mcm aku ni mmg mcm tu..tak tau nk tma kasih sbb tak belajar nak mengenal kesusahan kepayahan erti perjuangan menuntut kemerdekaan. Ingat thn 1969. kita tak nak peristiwa ni berulang. Ketamadunan Melayu yang sedang dibina jangan diganggu. baru berusia 52 tahun. Kaum lain peduli apa. sedangkan depa tak pernah terima kasih kepada kaum melayu yang telah menyelamatkan mereka semasa Jepun serang Malaya dulu."Jus Soli" menyelamat kan mereka.
    Tahukah Dato Onn meninggal dunia hanya ada RM30 dalam poket seluarnya.Itulah erti perjuangan..
    Puak yang buta sejarah memang mcm ni. DSAI punya adik jual projek Perda kat sapa.? Dosa DSAI dengan Tun Ghafar Baba terampun kah? Kita akan dibicarakan di Mahsyar nanti.Dirasuahnya perwakilan ketika itu.DSAI Bapak Rasuah Pertama ketika dalam UMNO yang berfahaman komunis.Beliau lah yang membawa politik wang dalam UMNO.Sapa dibelakangnya? Sumber dari mana PKR dapat semasa PRU 12? PAS kita tau duit kutip derma masa ceramah. Tok Guru dipuji Lee Kuan Yew sbb tu dia berani dgn Hadi. Sbb Tok Guru dipuji dia dah tau Tok Guru Pun dah tua tak lama mana dah. Nk jadi PM pun sat ja.. lpas ni DSAI pulak ...Lpas DSAI di sabitkan dgn Liwat sapa pulak.....????? Lee Guan Eng la pulak..... Perdana Menteri Cina yang Pertama... Masa tu Melayu pi mana? masuk utan la.... Melayu mana ada negara lain dah... Cina India ada jugak negara... wooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. apa la bangang sangat......

    ReplyDelete

PETA PELAYAR