FOLLOWERS

Wednesday 18 November 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES KECACATAN DALAM PERTUDUHAN !


[1993] 2 MLJ 551
Periasamy & Anor v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL

No 41–97–92

Judges VISU SINNADURAI J

Date 14 MAY 1993

Citation [1993] 2 MLJ 551




Catchwords:
Criminal Law — Rioting when in possession of weapon — Ingredients of offence — Penal Code (FMS Cap 45) s 148

Criminal Procedure — Charge — Defective charge — Charge disclosing no offence — Whether curable — Whether there was miscarriage of justice against accused — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 422

Criminal Procedure — Appeal — Appeal against conviction and sentence — Defective charge — Charge disclosing no offence — One accused pleaded guilty and not party to appeal — Whether conviction and sentence against all accused should be quashed and set aside — Approach to be taken by court — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 156

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu-perayu (si tertuduh kedua dan ketiga di mahkamah bawah) yang telah disabitkan di mahkamah majistret atas kesalahan merusuh dengan senjata yang boleh membawa maut yang boleh dihukum di bawah s 148 Kanun Keseksaan (FMS Bab 45) (‘Kanun tersebut’) telah merayu terhadap sabitan dan hukuman mereka. Kedua-dua perayu telah dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM3,000 jika ingkar membayar akan dipenjarakan selama dua bulan. Si tertuduh pertama yang tidak membuat rayuan telah mengaku salah sebelum itu dan telah dihukum penjara selama dua tahun.
Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Pertuduhan seperti yang dibentuk terhadap si tertuduh adalah cacat kerana tidak mendedahkan sebarang kesalahan dari segi undang-undang oleh sebab s 148 Kanun tersebut tidak menyebut tentang penggunaan senjata yang boleh membawa maut dalam sesuatu rusuhan yang boleh menyebabkan kematian. Seksyen tersebut tidak menyentuh penggunaan senjata yang boleh membawa maut dan juga tidak memperuntukkan bahawa senjata tersebut semestinya adalah satu senjata yang mungkin akan menyebabkan kematian jika digunakan.

(2) Apabila seseorang telah disabitkan di bawah satu pertuduhan yang cacat yang tidak mendedahkan sebarang kesalahan dari segi undang-undang mahkamah boleh pertama nya, menganggap perbicaraan itu tidak sah tanpa memerintahkan perbicaraan semula diadakan; atau keduanya, jika keterangan mendedahkan bahawa kesalahan yang lain telah dilakukan, memerintahkan perbicaraan semula diadakan dengan membentukkan pertuduhan yang sepatutnya; atau ketiganya, daripada memerintahkan perbicaraan semula, menggantikan kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan asal itu dengan kesalahan yang lain di bawah seksyen yang lain Kanun tersebut dan oleh demikian menyabitkan si tertuduh. Tetapi tindakan terakhir itu haruslah dilakukan dalam keadaan yang terhad dan dengan sungguh berwaspada supaya tidak memudaratkan kes si tertuduh.

(3) Daripada keterangan yang ada terdapat keraguan sama ada perayu hadir di tempat kejadian jenayah itu dan sama ada mereka bertanggungjawab atas kecederaan pada diri pengadu. Terdapat keraguan selanjutnya tentang senjata yang sebenarnya telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu lebih-lebih lagi kerana ia tidak dijumpai ataupun dikemukakan sebagai ekshibit. Tambahan pula, keterangan si tertuduh pertama di perbicaraan itu bahawa si tertuduh kedua dan ketiga tidak hadir di tempat kejadian jenayah itu, yang telah ditolak oleh majistret, mencukupi untuk menimbulkan keraguan dalam kes pihak pendakwa.

(4) Melihat ketidaksejajaran dalam keterangan pengadu dan oleh sebab ketiadaan sebarang keterangan yang lain untuk membuktikan unsur kesalahan bahawa si tertuduh telah turut serta (a) dalam suatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang; (b) mempunyai tujuan bersama; (c) telah menggunakan kekuatan atau kekejaman; dan (d) memiliki suatu senjata, adalah tidak selamat bagi majistret untuk menyabitkan si tertuduh kerana kesalahan dengan yang mana mereka telah dituduh.

(5) Menimbangkan keseluruhan keterangan itu, dan terutamanya sifat keterangan pengadu yang tidak memuaskan, kecacatan dalam pertuduhan itu tidak boleh diperbaiki dengan menggantikan kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan asal itu dengan kesalahan yang lain ataupun dengan memakai s 422 Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6). Dalam keadaan begitu, suatu salah laksana keadilan yang serius telah berlaku terhadap ketiga-tiga si tertuduh. Sabitan perayu-perayu oleh itu dibatalkan dan diketepikan.

(6) Berkenaan si tertuduh pertama yang telah mengaku salah sebelum itu dan yang tidak menjadi pihak pada rayuan ini, mahkamah telah menggunakan kuasa penyemakannya dalam membatalkan dan mengetepikan sabitannya.]

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari kes ini.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR