FOLLOWERS

Sunday 22 November 2009

BADAN KEHAKIMAN : PR YANG SEPERTI ULAR DAN BERLIDAH BIAWAK !


PG masih menulis tesis. tarikh akhir hampir tiba. Sedang menulis, PG rasa pulak nak tulis dan menyentuh sikit mengenai Badan Kehakiman yang kerap di kecam kerana di katakan tidak adil, berpihak, dipengaruhi oleh kerajaan. ada hidden agenda, tidak telus dan berbagai lagilah oleh DSAI dan semua pemimpin PR ini.

2. Fikir-fikir balik, tidak henti-henti pula kesmua mereka seperti DSAI, Mahfuz, TGNA, TGHH, Azmin Ali , Mahfuz, Tan Sri Khalid, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Gobala, Sivarasa, si Tantawi , dan banyak lagilah yang pergi terkinja-kinja ke mahkamah untuk failkan saman fitnah / saman malu dan berbagai lagi le tujuannya. Ada yang menang seperti Kamaruddin Jaafar, TGNA, Mahfuz , DSAI menang dalam saman mereka.

3. Dalam mengutuk badan kehakiman berat sebelah, tak adil dan ada tangan ghaib mempengaruhi badan kehakiman dan didakwa tidak bebas, mereka ke sana juga dengan muka tebal. Menang pula kes dan bila menang dapat duit. Tak ada pula dakwa hakim tak adil atau berat sebelah bila mereka menang. Atau pulangkan balik duit saman tersebut kerana mana boleh terima duit ganti rugi kemenangan tersebut dari badan yang dikatakan korup, tidak adil dan berpihak. Harm menerimannya. kalau kita terima , bermakna kita bersekongkol pula dengan badan yang dipenuhbi rasuah dan badan yang tidak guna ini.

3. Kes DUN Kota Seputeh : Boleh pula PR menerima keputusan Hakim yang sebelum ini dikatakan rasuah, berpihak, tidak adil ini. Mengapa terima keputusan Badan ini yang dituduh oleh mereka serba korup? Bila terima maknannya mereka bersekongkol dengan badan yang korup. Apa hukumnya dari segi islam? Atau dari segi moralnya.

4. Tak malu ke mereka ini. Mereka tak sedar ke ramai yang gelak atas tindakan mereka yang mempunyai 2 wajah. Pertama menuduh Badan ini korup, tidak adil dan berpihak. wajah kedua mereka menerima dengan penuh gembira apabila badan ini memberi kemenangan kepada kes mereka!

5. Muka tak malu kot. satu lagi lidah mereka seperti biawak. Banyakkannya masih dan terus bercabang.

6. Analisis ringan sahaja di pagi ahad. He he he he he !!!!!

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR