FOLLOWERS

Sunday 10 January 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES GURU PECAH AMANAH !


[1996] 1 MLJ 261
Tan Tek Seng v Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan & Anor

Case Details:

Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
J–01–28–1995

Judges GOPAL SRI RAM JCA
NH CHAN JCA
AHMAD FAIRUZ J

Date 22 JANUARY 1996

Citation [1996] 1 MLJ 261


Catchwords:

Civil Procedure — Appeal — Issue not raised in High Court — General rule — Issue could not be argued in Court of Appeal — Whether any exception to general rule — Whether depended on justice of case

Administrative Law — Rights and liabilities of public servants — Dismissal of public servant — Public servant convicted of criminal breach of trust in sessions court — High Court affirmed finding of guilt — But conviction and punishment were set aside — Binding over order made — Whether criminal charge had been proved against him — Whether public servant entitled to opportunity to be heard by authority — Whether punishment of dismissal harsh and unjust — Whether authority had acted arbitrarily — Federal Constitution arts 5(1), 8(1), 135(2) &(2)(a) — Public Officers (Conduct and Discipline) (Chapter ‘D’) General Orders 1980 General Orders 33 & 35(1)

Administrative Law — Dismissal from service — Dismissal of public servant whom criminal charge had been proved — Doctrine of procedural fairness — Duty of relevant disciplinary authority — Whether should take into account all circumstances of case — Whether need to afford public servant opportunity to be heard — Federal Constitution arts 5(1), 8(1), 135(2) & (2)(a)

Administrative Law — Rules of natural justice — Breach of — Dismissal of public servant whom criminal charge had been proved — Not given opportunity to be heard by relevant disciplinary authority upon issue of punishment — Whether breach of natural justice — Whether right of hearing afforded by art 135(2) was lost — Federal Constitution arts 5(1), 8(1), 135(2) & (2)(a)
Public Servants — Dismissal — Binding over order made in criminal proceedings — Whether public servant could be subject to disciplinary punishment of either dismissal or reduction in rank without right of hearing — Public Officers (Conduct and Discipline) (Chapter ‘D’) General Orders 1980 General Orders 33 & 35(1) — Federal Constitution arts 5(1), 8(1), 135(2) & (2)(a)

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu, yang merupakan seorang penolong kanan di sebuah sekolah rendah di Johor, telah diamanahkan oleh Jabatan Pendidikan Johor (‘jabatan tersebut’) dengan jumlah RM3,179 yang merupakan gaji yang belum dibayar kepada pekebun sekolah yang sudah tidak berkerja untuk beberapa bulan. Apabila jabatan tersebut meminta supaya wang tersebut dipulangkan, perayu memberitahunya bahawa ia telah dikirim kepada mereka. Sesungguhnya, perayu telah menyipan wang tersebut.

Walau bagaimanapun, perayu telah mengirim wang tersebut kepada jabatan tersebut akhirnya. Perayu telah dituduh atas dua tuduhan pecah amanah jenayah oleh seorang pegawai awam di bawah s 409 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45) (‘Kanun Keseksaan’). Mahkamah sesyen telah menyabitkan perayu dan menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan ke atasnya. Atas rayuan, Mahkamah Tinggi Muar telah mengesahkan keputusan mahkamah sesyen bahawa perayu bersalah.

Walau bagaimanapun, ia telah membuat suatu perintah yang berkesan mengenepikan sabitan dan hukuman: perayu terikat jamin supaya berkelakuan baik selama tiga tahun untuk jumlah RM5,000 tanpa penjamin di bawah s 173A(ii)(b) Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) (‘Kanun tersebut’). Selepas itu, jabatan tersebut telah menulis kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (‘penentang pertama’), dan ia mengesyorkan bahawa perayu diturun pangkat dan dikurangkan gaji kepada takat seorang guru biasa. Penentang pertama, walau bagaimanapun, membuat keputusan untuk memecat plaintif, di bawah perintah am 33 dan 35 (1) Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab ‘D’ 1980) (‘PA 1980’). Perayu, tidak berpuas hati dengan pemecatan itu, memulakan tindakan di Mahkamah Tinggi Johor, dan dia memohon untuk deklarasi bahawa pemecatan terhadapnya adalah batal dan tak sah, dan bahawa dia masih merupakan seorang ahli perkhidmatan pendidikan, atas alasan, antara lain, bahawa:

(i) pemecatannya tidak beralasan kerana dia tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah;

(ii) penentang pertama telah memecah rukun keadilan asasi kerana ia tidak memberikan perayu peluang munasabah untuk dibicarakan menurut perkara 135(2) Perlembagaan Persekututan (‘Perlembagaan’); dan

(iii) keputusan penentang adalah terlalu keras dan tidak adil memandangkan keadaan kes ini. Penentang pula berhujah bahawa perayu tidak berhak untuk dibicarakan di bawah proviso (a) perkara 135(2), kerana dia merupakan seorang yang telah dipecat ‘atas alasan kelakuan di mana suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya’. Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah mengekalkan pemecatan tersebut. Perayu merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Diputuskan:

Diputuskanoleh majoriti 2:1, membenarkan sebahagian rayuan (NH Chan menentang):

(1) (Oleh Gopal Sri Ram HMR) Penghujahan peguam perayu bahawa keputusan penentang pertama adalah terlalu keras dan tidak adil tidak dibangkitkan di mahkamah bawahan. Biasanya, mahkamah ini tidak akan membenarkan seorang perayu untuk menghujahkan suatu perkara secara ini. Walau bagaimanapun, kategori kes di mana suatu perkara baru boleh dibenarkan untuk dihujahkan tidak terhad:

ia bergantung kepada keadilan kes. Selepas mempertimbangkan kesemua material yang relevan, adalah diputuskan bahawa perkara yang dibangkitkan tersebut patut dipertimbangkan atas kepentingan keadilan. Peguam negara kanan tidak membangkang semasa pembicaran, dan keterangan yang baru tidak terlibat (lihat ms pp 277I and 278A–D); Luggage Distributors (M) Sdn Bhd v Tan Hor Teng [1995] 1 MLJ 719 diikut.

(2) (Oleh Gopal Sri Ram HMR) Perkataan yang muncul dalam perenggan (a) proviso perkara 135(2) Perlembagaan ialah ‘dibuktikan’ dan bukannya ‘sabitan’. Dalam suatu kes di mana suatu perintah ikat jamin dibuat di bawah s 173A Kanun tersebut, terlebih dahulu, harus terdapat suatu akuan atau keputusan kebersalahan yang menyebabkan kesalahan dibuktikan dalam terma perenggan (a) perkara 135(2) Perlembagaan. Dalam kes ini, Mahkamah Tinggi Muar telah mengekalkan keputusan kebersalahan. Maka, perlindungan yang diberikan oleh proviso telah ditarik balik. Mahkamah Tinggi Johor Bahru adalah betul dalam memutuskan bahawa perayu adalah tidak berhak untuk suatu perbicaraan sebelum pemecatannya (lihat ms 292B–D).

(3) (Oleh Gopal Sri Ram HMR) Seorang kakitangan perkhidmatan awam yang telah diikat jamin di bawah s 173A Kanun tersebut boleh tertakluk kepada hukuman tataterib, iaitu sama ada pemecatan atau penurunan pangkat di bawah Perintah Am 33 dan 35 PA 1980 (lihat ms 293E).

(4) (Oleh Gopal Sri Ram HMR) Seorang kakitangan perkhidmatan awam yang mana suatu sabitan jenayah telah dibuktikan terhadapnya, boleh dipecat atau tidak dipecat, semata-mata atas alasan itu, bergantung kepada fakta tertentu sesuatu kes. Pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan mesti membaca dengan teliti rekod prosiding jenayah, mempertimbangkan kesemua keadaan kes yang relevan, termasuk sebarang laporan dan syor jabatan. Jika ia membuat keputusan bahawa pekerja awam telah salah laku, seterusnya ia harus memutuskan hukuman mana yang diperuntukkan oleh Perintah Am 36 harus dikenakan (lihat ms 298A–C).

(5) (Oleh Gopal Sri Ram HMR) Dalam menjalankan kedua-dua tugas di atas yang berasingan, pihak berkuasa tatatertib yang relevan tidak perlu memberikan pekerja awam tersebut peluang untuk dibicarakan kerana hak tersebut telah hilang melalui operasi perenggan (a) proviso perkara 135(2) Perlembagaan (lihat ms 298D).

(6) (Oleh Gopal Sri Ram HMR) Doktrin keadilan prosedur, yang merupakan hasil kesan bersama perkara 8(1) and 5(1) Perlembagaan, juga tidak mengkehendaki bahawa seorang kakitangan awam diberi hak untuk membuat representasi tentang isu hukuman dalam kes di mana proviso (a) perkara 135(2) terpakai (lihat ms 298F).

(7) (Oleh Gopal Sri Ram HMR) Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tatatertib harus, apabila memutuskan apa hukuman yang harus dikenakan ke atas kakitangan awam yang terlibat, telah bertindak secara munasabah dan adil. Jika ia bertindak denan sewenang-wenangnya atau tidak adil atau mengenakan suatu hukuman yang tidak sepadan denga salah laku yang berkenaan, keputusannya akan terpaksa dibatalkan atau diketepikan (lihat ms 298E).

(8) (Oleh Gopal Sri Ram HMR) Penentang pertama harus mempertimbangkan faktor-faktor yang telah dibentangkan oleh Mahkamah Tinggi Muar dan syor jabatan. Selepas mengambil kira kesemua faktor yang relevan kes ini, perintah pemecatan merupakan hukuman yang terlalu berat untuk dikenakan ke atas perayu (lihat ms 300D).

(9) (Oleh Gopal Sri Ram HMR) Perayu juga telah memohon untuk ‘relief lain atau selanjutnya yang mahkamah yang mulia ini anggap sesuai’ dalam pernyataan tuntutannya. Oleh itu, mahkamah ini harus mengawardkan relief yang sesuai dalam keadaan kes ini. Relief yang mahkamah ini bercadang untuk award kepada perayu dan relief lain yang dia tuntut secara nyata dalam kes ini adalah konsisten (lihat ms 300I dan 301); Rohana bte Ariffin v Universiti Sains Malaysia [1989] 1 MLJ 487 , Lim Eng Kay v Jaafar bin Mohamed Said [1982] 2 MLJ 156 , Cargill v Bower(1878)10 Ch D 502 dan Mokhtar v Arumugam [1959] MLJ 232 diikut.

(10) (Oleh Gopal Sri Ram HMR) Setelah mempertimbangkan kesemua keadaan kes, perayu tidak akan diberikan deklarasi yang dipohohnya. Sebaliknya, suatu perintah telah dibuat untuk menurunkan pangkat perayu sepertimana yang dicadangkan dalam surat jabatan yang bertarikh 10 April 1990, berkesan dari tarikh pemecatannya. Kesemua tunggakan gaji dan emolumen lain yang terakru terhadap pangkat yang lebih rendah itu dari tarikh tersebut sehingga kini harus dibayarkan kepada perayu (lihat ms 302G).

(11) (Oleh NH Chan HMR, menentang) Dalam kes ini, proviso (a) perkara 135(2) terpakai terhadap perayu, kerana dia telah dipecat ‘atas alasan kelakuan di mana suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya.’ Maka, tuntutan perayu bahawa pemecatannya telah melanggar keadilan asasi, iaitu dia tidak diberikan suatu peluang untuk dibicarakan, sudah tentu gagal (lihat ms 305F).

(12) (Oleh NH Chan HMR)Kes perayu untuk kajian kehakiman, berdasarkan pernyataan tuntutannya adalah berlandaskan perkara 135(2) Perlembagaan sahaja. Ia bukan berdasarkan bahawa penalti pemecatan adalah tidak wajar dalam kes ini dan bahawa suatu penalti yang lebih ringan patut dikenakan. Alasan tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam pliding atau perbicaraan (lihat ms 305H).

(13) (Oleh NH Chan HMR) Ujian yang betul ialah untuk mempertimbangkan sama ada ia adalah munasabah jika majikan perayu memecatnya atas fakta tersebut. Apabila mempertimbangkan apa yang seorang majikan yang munasabah akan buat, mahkamah (sama ada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau, Mahkamah Perusahaan) tidak harus menggantikan pendapatnya mengenai apa yang merupakan penalti yang sesuai dengan pendapat majikan yang berkenaan itu (lihat ms 306–307); Watling & Co Ltd v Richardson[1978] ICR 1049, Rolls-Royce Ltd v Walpole [1980] IRLR 343, British Leyland UK Ltd v Swift [1981] IRLR 91 dan Iceland Frozen Foods v Jones [1983] ICR 17 diikut.

(14) (Oleh NH Chan HMR) Adalah munasabah bagi majikan dalam kes ini untuk berpendapat bahawa pemecatan itu adalah penalti yang sesuai. Kesalahan yang mana perayu didapati bersalah adalah serius, dan seorang majikan yang munasabah mungkin secara munasabah berpendapat bahawa ia merupakan suatu salah laku yang serius dan adalah agak munasabah untuk memecatnya (lihat ms 308D).

Per curiam:

(1) (Oleh Gopal Sri Ram HMR) Apabila terdapat pengataan bahawa sesuatu tindakan negara itu adalah tidak mengikut perlembagaan atas alasan ia telah mencabuli hak asasi, ujian yang harus dipakai ialah sama ada tidakan tersebut telah mempengaruhi secara terus hak asasi yang telah dijamin oleh Perlembagaan atau bahawa kesannya yang tidak boleh dielakkan ke atas hak asasi tersebut adalah sedemikian sehingga ia memyebabkan perlaksanaannya tidak berkesan (lihat ms 283B); Dewan Undangan Negeri Kelantan & Anor v Nordin bin Salleh & Anor [1992] 1 MLJ 697 diikut.

(2) (Oleh Gopal Sri Ram HMR) Syarat keadilan yang merupakan inti pati perkara 8(1), apabila dibaca bersama perkara 5(1) Perlembagaan, memastikan supaya bukan sahaja suatu prosedur yang adil digunakan di setiap kes berdasarkan fakta sendiri, tetapi bahawa hukuman yang adil dikenakan berdasarkan fakta kes yang tertentu itu (lihat ms 290A).

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar, guru-guru dan kakitangan awam yang bertugas.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR