FOLLOWERS

Monday 22 February 2010

BACA BLOG JADI BODOH : KATA AHMAD MAZLAN , KETUA PENERANGAN UMNO !


Dipetik dari blog : 10 SBH


"Baca blog lama-lama boleh jadi goblok !", kata Dato' Ahmad Maslan dalam ucapan beliau.
Juga boleh rujuk perkara yang sama di blog : Gerakan Anti PKR

Penghuni Gua : Itulah sebahagian petikan darri blog 10 SBH. Jika benar apa yang dituliskan , amat malang bagi UMNO kerana mempunyai Ketua Penenrangan yang terlalu dungu dan jauh ketinggalan kebelakang dalam dunia siber.

2. Bagaimana seorang ketua Penerangan UMNO iaitu parti terbesar boleh mempunyai ketua penerangan yang sebegini. Ahmad Mazlan ini kalau dilihat dari sejarahnya lebih kepada mengangkat bakul sendiri. Ke mana dia memberi ucapan pun tak lain hanyalah memmuji dan menunjukkan kelebihan mengapa PM memilihnya sebagai ketua penerangan dalam umur yang muda. Itu aje lah modalnya.

3. Sehingga sekarang , apa tindakan dan perancangan ketua penerangan ini ( yang terlebih pandai dari orang lain ) untuk memulihkan pengundi muda agar dekat dengan BN. Kosong. Ada medium seperti blog , ketua penerangan ini tidak hendak menggunakan sepenuhnya. Bodoh sangatkah Ketua Penerangan ini untuk berfikir bahawa dengan mendekati dunia blog ini, UMNO / BN dapat mendekati suara oramg muda yang amat diperlukan oleh UMNO / BN ?

4. Tidak nampakkah kepentingan blog / facebook dan sebagainya yang menjadi kegilaan remaja dunia kini? Adakah Ahmad Mazlan ini masih buta matanya dan buta mata hatinya?

5. Kalau benar kata-kata Ahmad Mazlan ini bahawa membaca blog akan menjadikan seseorang bodoh maka beliau menghina juga usaha PM dan TPM yang sudah membuka blog mereka dan mendapat sambutan ramai. Harapkan beliau sebagai ketua penerangan , haram tak ada. Pemalas nak menulis. Hanya pandai bercakap sahaja. Cakap pun hanya memuji diri sendiri . Itu sahaja lah kebolehan beliau.

6. Malang bagi UMNO memiliki ketua penerangan yang mempunyai mentaliti yang amat rendah dan jauh terkebelakang. Kesian UMNO.

7. Bagi jangka hayat UMNO dan nama baik UMNO dalam jangka panjang , PG cadangkan agar beliau ini digantikan dengan orang lain. Ada pun beliau buat semak sahaja dan beliau tidak dapat pun menterjemahkan apa yang PM dan TPM hasratkan. Beliau adalah liability kepada UMNO . Buang dan nyhahkan dia dari kedudukannya secepat mungkin.

11 comments:

  1. sesungguhnya yang goblok tu kalau tak baca blog dialah sebodoh2 manusia 'alaf ini

    ReplyDelete
  2. kesian UMNO punya ketua penerangan yang tak berwawasan agaknya dia ni tak tahu dunia siber - blog dan facebook tak? tau baca berita dari surat kabar aje ..... kesian belum celik lagi

    ReplyDelete
  3. Amat malang DS Najib dan UMNO mempunyai ketua penerangan yang bodoh sombong dan mash tidur dalam dunia siber. Macamana dan apa la kriteria si gampang ni di lantik ke jawatan tu ?

    ReplyDelete
  4. dino.yp@gmail.com22 February 2010 at 21:38

    mungkin apa yang di maksudkan blog2 pembangkang.

    ReplyDelete
  5. Blog memberi banyak berita yang boleh kita analisis lantas otak pun bergerak bebas.kalau media lain ..nak fikir tak boleh.Nampaknya Ahmad Mazlan ini otaknya tak boleh berfikir secara naratif.otak beku kononnya.Beliau tak layak jadi KETUA PENERANGAN UMNO jika kutuk blog..betul ke dia tak baca blog.?Silap-silap dia yang raja baca blog untuk cari modal dalam ucapannya?

    ReplyDelete
  6. Mangkuk punya kaldai!

    Dia tak belajar lagi ke apakah faktor yang menyebabkan pembangkang dapat banyak kerusi.

    Saya rasa Najib sendiri sedar tentang kepentingan itu.

    Patut dia lipat gandakan memberi penerangan melalui internet.

    Habis blogspot UMNO yang tumbuh macam cendawan tu bukan dari arahan dia la? Dia buat apa? Tidur?

    Jadi blogspot UMNO tu goblok la?

    Ini sangat bahaya. Orang yang ketinggalan zaman seperti dia umpama Dr yang telah 20 tahun tinggalkan fakulti dan bekerja di klinik yang tidak ambil pusing langsung tentang ubat ubatan dan rawatan terkini. Orang pun tak nak gi klinik dia.

    UMNO memang patut gugurkan orang yang tidak mengikuti perkembangan zaman. Itu langsung tak layak untuk di bawah Bahagian Penerangan.

    Elok dia kerja kerani saja di pejabat UMNO kalau dah ketagih nak juga jawatan.

    ReplyDelete
  7. Sebenar specis macam ahmad maslan banyak terdapat dalam UMNO sekarang ,bodoh tak boleh diajar pandai tak bolih diikut.
    UMNO hilang maruah dan hilang sokongan kerana specis-specis yang sabagini, daripada sebuah parti yang menjadi tungak telah menjadi sebuah parti yang diperkotak-katikan olih lawan mahu pon kawan serta mempunyi image yang burok dimata masyarakat melayu sendiri apatah lagi bukan melayu.
    Tiada gunanya pelbagai usha mendekati rakyat sekira image barisan kepimpinan UMNO itu sediri begitu jauh dengan masyarakat khususnya masyarakat pendokong yaitu melayu dan bumiputra.
    PRU yang lepas cukup memberi jawapan kapada UMNO agar meginsafi diri ,tetapi hinga sekarang masih kabor tambahan pula dicemari olih krekter-krekter seperti ahmad marslan dan specis yang sama denganya didalam barisan kepimpinan.

    Sama-samalah kita berdoa agar tidak belaku sesuatu yang lebih burok kapada masa depan umat Melayu dibuminya sendiri.

    ReplyDelete
  8. Agaknya yang dimaksudkannya itu blog pembangkang agaknya. Tapi letih la nak pertahankan mamat ni.
    Macam jadi goblok pulak bila nak bela dia ni lebih-lebih.

    ReplyDelete
  9. Salam bro,
    Biar saya tergelak dulu, Kah!kah!kah! Dimana-manapun pemimpin Umno ni memang bodoh2. Kalaulah ketua penerangan Umno masih dalam kegelapan bagaimanakah dia mampu menerangkan ahli2 Umno lainnya? Hanya kerana dia tak tau blog dan IT maka dijatuhkan hukuman bahawa membaca blog akan jadi goblok. Pahang kita pun sama juga bro. Masalah besarnya adalah mereka sentiasa rasa mereka betul dan pendapat orang lain selalu tak betul. Besar kepala sungguh pemimpin Umno ni. Aku rasa kalau Umno kalah PRU13 nanti tentu mereka akan salahkan pembangkang kerana pembangkang lebih kuat bukan salahkan Umno kerana Umno telah lemah. Aku pun dah malas nk menulis lagi kerana dalam Umno pahang ada grup2 nya. Salah masuk kita akan dikencing mereka.

    ReplyDelete
  10. dahulu lagi saya dah kata ahmad maslan ni memang mereng sikit. mcamana la najib boleh pilih beliau.

    ReplyDelete
  11. Pernyataan beliau adalah bukti yang blog-blog yang menyokong kerajaan bukan dibayar atau diarah oleh kerajaan tetapi atas kesedaran dan keikhlasan pemilik blog utk mempertahankan kerajaan BN demi anak cucu kita.

    PPB

    ReplyDelete

PETA PELAYAR