FOLLOWERS

Tuesday 2 February 2010

DAP TERUS MEMPERBODOHKAN PEMIMPIN MELAYU PR !

( Mayat-mayat hidup Melayu dalam PR )




PULAU PINANG 1 Feb. – Bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini menfailkan saman malu sebanyak RM10 juta terhadap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun kerana membuat kenyataan memfitnah dan berniat jahat. Mohd. Razali Abdullah yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diiringi peguamnya Abdul Fareed Abdul Gafoor menfailkan writ saman tersebut melalui Tetuan V.M. Mohan, Fareed & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 12 tengah hari.

Pernyataan tuntutan tersebut menjelaskan, Jeff yang juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri membuat kenyataan seumpama itu mengenai plaintif secara berulang dan disiarkan dalam surat khabar tempatan, laman web dan portal Internet.Menurut pernyataan tuntutan dalam writ saman itu, perkataan yang dikeluarkan adalah tidak berasas dan difahamkan sebagai membawa makna seperti fitnah serta berniat jahat dan dinyatakan secara sindiran.

‘‘Kenyataan yang dikeluarkan antara lain melabelkan plaintif sebagai seorang pelampau agama, tidak berkemampuan bertindak secara profesional sebagai ahli MPPP walaupun mempunyai kelayakan profesional. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Jeff yang juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri PPinang. Kita lihat sekarang siapa yang diperbodohkan oleh Lim Guan Eng dan DAP.

2. Kalau pemimpin Melayu PR kritik DAP atau kritik kepimpinannya maka tindakan disiplin parti dikenakan . Lihat Zahrin, Zul Kulim dan Zaid Ibrahim ( yang ini kalau kena pun lantak le ) bakal dikenakan tindakan disiplin. zahrin kritik DAP dan Lim Guan Eng maka beliau di kenakan tindakan.

3. Jeff Ooi dalam kes di atas telah mengecam Mohd. Razali Abdullah yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai pelampau agama kerana beliau menyertai JIM ( jemaah Islamiah Malaysia ). Beliau disingkirkan dari menjadi ahli MPPP oleh DAP kerana hanya menjadi ahli JIM yang dituduh kumpulan pelampau agama.

4. Lim Guan Eng dan DAP hanya diam dan mengatakan ia bukan masalah parti tetapi kenyataan persendirian Jeff. Maka Jeff terselamat.

5. Yang bodoh dan terus diperbodohkan oleh DAP ialah pemimpin Melayu dalam pakatan seperti pemimpin Melayu PKR dan PAS. Juga lihat apabila Karpal Singh mengecam DSAI mengenai isu lompat parti dan mengarahkan DSAI bertaubat. Adakah DAP ada mengambil tindakan tatatertib? Tak ada. Itulah mereka. Yang selalu dan terus dikenakan tindakan ialah melayu-melayu bodoh yang bersekutu dan rela bersekutu dengan DAP.

6. Jadi kepada pengundi muda : Lihatlah permainan DAP ini. Sejak dulu dan selamanya tetap tidak akan berubah. Melayu akan terus selama diperbodohkan DAP selagi mereka dalam PR. Adakah anda tidak melihat dan memikirkannnya. Tunjukkan satu kes ada pemimpin DAP pernah dikenakan tindakan disiplin. baik Si Ronnie Liu, Eli Telanjang dan Teresa kok mengenai azan. Adakah mereka kena tindakan disiplin? Tetapi Hassan Ali kena tindakan kerana mengecam Selcat. Si Ronnie bergaduh dan mengecam PAS dan Hassan Ali dalam berbagai perkara serta sedang dibicarakan pun kes jenayahnya kerana menghalang penjawat awam menyerbu pusat pelacuran dan hiburan. Adakah si Ronnie diambil tindakan oleh DAP. Eli melakukan perkara tak bermoral, adakah dikenakan tindakan disiplin oleh DAP?

7. Tak ada. Mereka akan terus memberi beribu alasan bagi mengelak untuk tidak mengambil tindakan terhadap bangsa mereka di dalam DAP.

8. Yang bodoh nya ialah melayu di dalam PR kerana rela diperbodohkan oleh di DAP dan masih belum sedar mereka diperbodohkan setiap hari.

9. Padan muka anda semua..............

3 comments:

  1. ketua STAFF???? perlukah?

    zaman ni zaman kaya cepat melalui saman berjuta-juta. hm ..

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..BAGUS LE TU. BERTAMBAH2 PENINK LAGI LE KEPALE 'ANAL'WAR ATAS BWH HUHUHU. MANE NAK SETEL KES LIWAT DIA..KES YB PKR YG TGH TONGGANG LANGGANG, KES PAS PIS PUS ANAK BERANAK!. LAME2 SEWEL LER MAMAT JUBOR TU KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  3. betul tu bro. saya setuju sangat. sebenarnya melayu pr ni tahu mereka diperbodohkan oleh dap tapi pasal nak kuasa, sanggup buat apa saja. kalau keluar pr, nak pi mana? nak join umno, kena start dari bawah, mana boleh.

    melainkan melayu yang keluar dari pr set-up satu parti baru. tengok cina-cina yang keluar dap dan gerakan. depa set-up parti cinta malaysia. nak kuasa punya pasal.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR