FOLLOWERS

Monday 22 February 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES KEROSAKAN LIF / DUTY AND LIABILITY OF OWNER !


[1993] 2 MLJ 234
Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur v Ong Kok Peng & Anor
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
02–47–1992

Judges JEMURI SERJAN (BORNEO) CJ
MOHAMED AZMI SCJ
PEH SWEE CHIN SCJ

Date 5 APRIL 1993

Citation [1993] 2 MLJ 234


Catchwords:

Tort — Defective premises — Contract of maintenance between owner and third party — Duty and liability of owner — Whether owner could claim indemnity from third party for injury caused to plaintiff

Tort — Independent contractor — Whether employer liable for default and negligence of independent contractor — Whether there was strict liability — Principles applicable

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif cedera parah apabila beliau jatuh ke dalam lubang lif di Pekeliling Flats yang bersama dengan lif itu dimiliki oleh Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur dan defendan adalah Datuk Bandar. Tidak terdapat sebarang tanda amaran atau sebarang adang atau halangan yang diletak di pintu lif untuk menyatakan bahawa lif itu rosak. Di perbicaraan itu, kesemua pihak bersetuju atas jumlah gantirugi yang ditetapkan sebanyak RM30,000 pada permulaan perbicaraan itu, tertakluk kepada bukti liabiliti.

Terdapat suatu perjanjian untuk penjagaan lif tersebut yang diikat di antara defendan dan pihak ketiga pada masa kemalangan itu berlaku. Lif itu, bagi semua pihak yang berkenaan berada di bawah kawalan dan pengurusan dan dijaga oleh defendan dengan perbelanjaan defendan. Hakim perbicaraan yang arif telah memberi keputusan memihak kepada pihak plaintif menentang pihak defendan tetapi telah menolak tuntutan tanggung rugi terhadap pihak ketiga, membuat keputusan bahawa plaintif merupakan seorang yang dijemput oleh defendan dan bahawa defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadapnya dan secara ringkas, berkenaan dengan pihak ketiga itu, defendan gagal memberi arahan untuk memperbaiki kerosakan dengan segera atau cepat walaupun surat dari inspektor jentera menunjukkan bahawa terdapat kerosakan di dalam lif itu.

Diputuskan:
Diputuskan, mengesahkan keputusan memihak kepada plaintif dan membenarkan tuntutan defendan terhadap pihak ketiga:

(1) Situasi yang dialami oleh plaintif merupakan suatu situasi yang mewujudkan perbuatan atau peninggalan yang membahayakan pengguna-pengguna lif dan oleh yang demikian defendan tidak terlepas daripada liabiliti dengan mengamanahkannya kepada pihak ketiga. Lebih-lebih lagi, penjagaan lif itu merupakan suatu tanggungjawab statutori yang dikenakan ke atas defendan oleh Akta Kilang dan Jentera 1967. Defendan tidak boleh melupuskan tanggungjawab beliau itu dengan memberi perwakilan kuasa kepada pihak ketiga.

(2) Perlanggaran kewajipan kerana tidak memberitahu plaintif dan tidak memberi amaran kepada plaintif tentang bahaya atau perangkap yang tersembunyi di dalam kes ini merupakan kegagalan spesifik pihak ketiga dan juga defendan kerana tidak memastikan bahawa tidak terdapat kegagalan memberi amaran mengenai lif yang rosak itu.

Kegagalan pihak ketiga untuk membuat demikian melanggar kewajipan kontrak untuk meletakkan amaran sedemikian, dan sebagainya di bawah perjanjian penjagaan untuk lif itu yang telah diikat di antara defendan dan pihak ketiga dan lebih-lebih lagi, pihak ketiga telah dengan jelas bersetuju akan menanggung rugi sebarang gantirugi di bawah ‘common law’ yang terpaksa dibayar oleh defendan disebabkan sebarang kemalangan. Pihak ketiga cuai kerana tidak memberi sebarang amaran, sebelum kemalangan itu berlaku, dari masa mereka mengetahui atau sepatutnya mengetahui mengenai bahaya atau perangkap yang tersembunyi disebabkan oleh lif yang rosak itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar semua. Tq.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR