FOLLOWERS

Sunday 28 February 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES MAHKAMAH PERUSAHAAN / BUDI BICARA MENTERI !


[1990] 1 MLJ 24
Minister of Labour, Malaysia v National Union of Journalists, Malaysia and another appeal
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NOS
01–46–89 AND 02–356–89

Judges HASHIM YEOP A SANI (MALAYA) CJ
HARUN HASHIM CJ
JEMURI SERJAN CJ

Date 12 OCTOBER 1989

Citation [1990] 1 MLJ 24


Catchwords:

Administrative Law — Discretionary powers — Minister refusing to refer dispute to Industrial Court — Whether minister had exercised discretion according to law — Industrial Relations Act 1967, s 26(2)

Bahasa Malaysia Summary:

Di dalam kes ini beberapa tuduhan berlaku salah telah dibuat terhadap seorang pemberita Utusan Melayu apabila ia berada di Tokyo menghadiri kursus. Tuduhan itu telah disiarkan di dalam beberapa suratkhabar dan di dalam temuduga dengannya pemberita itu telah mengatakan bahawa tuduhan itu tidak benar.

Akibat daripada tuduhan itu Utusan Melayu telah menggantung jawatan pemberita itu dan telah menulis kepadanya memintanya menjelaskan tentang tuduhan itu. Pemberita itu telah menjawab bahawa tidak guna ia membuat apa-apa penjelasan kerana Utusan Melayu telah terlebih dahulu memutuskan perkara itu dan ini dibuktikan oleh pengantungan kerjanya. Utusan Melayu kemudian telah menamatkan perhidmatannya atas alasan dia telah gagal menjelaskan perkara yang disebut di dalam surat mereka.

Selepas itu responden telah bercampur tangan dan apabila mereka tidak berjaya memujuk Utusan Melayu mengambil balik pemberita itu mereka telah melapurkan perkara itu ke pejabat perhubungan perindustrian. Ketua Pengarah Perhubungan Perindustrian telah mengadakan prosiding pendamaian dan apabila ini gagal beliau telah melaporkan perkara itu kepada menteri. Menteri memutuskan bahawa tidak wajar pertikaian perdagangan itu dirujukkan kepada Mahkamah Perusahaan.

Menteri itu berkata beliau telah menimbangkan semua dokumen yang berkaitan termasuk lapuran kesatuan sekerja itu dan jawapan pemberita itu dan selepas pertimbangan yang wajar dan cermat beliau berpuashati bahawa pemberita itu telah dibuang kerja atas sebab dan alasan yang berpatututan. Responden telah memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan menteri itu dan perintah mandamus supaya perkara itu dirujukkan kepada Mahkamah Perusahaan. Hakim yang arif Mahkamah Tinggi telah berpendapat bahawa apabila menteri memutuskan bahawa pemberita itu telah dibuang kerja dengan sebab dan alasan yang berpatutan beliau telah merampas kuasa Mahkamah Perusahaan dan telah bertindak di luar bidang kuasanya. Perayu-perayu telah membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Sunguhpun pendapat hakim yang arif itu bahawa menteri telah bertindak diluar bidang kuasanya tidak boleh disokong atas alasan yang diberi oleh beliau, namun demikian pendapat hakim bahawa menteri telah melebihi kuasa yang diberi kepada beliau oleh s 26(2) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 atau telah bertindak ultra vires seksyen itu boleh disokong atas sebab-sebab yang lebih berasas. Soalan pokok ialah samada menteri itu telah menggunakan budibicaranya mengikut kehendak undang-undang.

(2) Budibicara yang diberi kepada menteri oleh s 26(2) Akta itu dan yang tiada batasannya tidak memberi menteri kuasa yang ‘subjektif’. Mahkamah menolak pemikiran bahawa adanya ‘ujian subjektif’, kerana mahkamah telah mengembangkan suatu doktrin ultra vires dalam kajian semula kehakiman.

(3) Di dalam membuat keputusannya menteri itu telah bertindak atas asas fakta-fakta yang tidak betul dan oleh kerana itu mencacatkan keputusannya. Ada perkara-perkara yang seharusnya diambilkira oleh menteri dan diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh kerana perkara itu jelas sangat relevan dan sekiranya beliau telah membuat demikian, beliau mungkin membuat keputusan yang berlainan. Apa sekali pun perkara-perkara itu telah menimbulkan beberapa isu yang penting yang seharusnya disiasat oleh Mahkamah Perusahaan dan yang lebih penting keadaan tidak bersalah pemberita itu mengenai tuduhan terhadapnya memandangkan penafiannya yang menunjukkan pembuangan kerjanya itu tidak sah.

(3) Mahkamah berpendapat bahawa apabila menteri enggan merujukkan pertikaian perindustrian itu kepada Mahkamah Perusahaan atas sebab-sebab yang disebut oleh beliau, beliau telah bertindak menyalahi undang-undang dan telah terkeluar dari batas sebenar budibicaranya dan telah melebihi bidang kuasanya.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembac dan pelajar khasnya kepada pekerja sektor swasta yang dikenakan tindakan tatatertib. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR