FOLLOWERS

Tuesday 9 February 2010

UNDANG-UNDANG KETERANGAN : KES RASUAH / KENYATAAN BERCANGGAH TERTUDUH / HAK TERTUDUH !



[1993] 3 MLJ 282
Moomin bin Seman v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (MUAR) — CRIMINAL APPEAL NO 42–12–1990

Judges RICHARD TALALLA J

Date 1 JUNE 1993

Citation [1993] 3 MLJ 282


Catchwords:

Evidence — Refreshing of memory — In what circumstances witness may refresh memory — Whether witness may do so as of right — Purpose of statutory safeguards

Evidence — Refreshing of memory — Witness refreshing memory out of court — Previous statement to police — Whether adverse party had right to be shown statement and to cross-examine thereof — Whether witness remains under examination if case is stood down or adjourned — Evidence Act 1950 ss 159, 160 & 161

Criminal Procedure — Contempt of court — Prosecution refreshing memory of witness during adjournment — Whether that could amount to contempt punishable under the Penal Code (FMS Cap 45) — Penal Code (FMS Cap 45)

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu telah didakwa kerana kesalahan rasuah. Pada perbicaraan itu, pengadu telah memberi keterangan mengenai apa yang telah berlaku dan selepas itu pegawai pendakwa telah memohon penangguhan atas alasan bahawa pengadu kurang sihat. Mahkamah telah menangguhkan kes ke hari yang berikutnya dan pada kali ini, pengadu telah memberi versi yang berbeza sama sekali di dalam testimoninya mengenai apa yang telah berlaku.

Semasa pemeriksaan balas, pengadu telah menjelaskan bahawa beliau telah diperingatkan semula tentang apa yang telah berlaku, dan pada hari sebelumnya, selepas kes ditangguh, beliau telah dibawa ke pejabat Badan Pencegah Rasuah di mana beliau meminta supaya pernyataannya dibacakan semula kepadanya.

Apabila peguambela memohon untuk mendapat sesalinan pernyataan tersebut, pegawai pendakwa telah membantah dan mahkamah membenarkan bantahan itu. Perayu telah dipanggil supaya membela diri dan setelah mendengar keterangannya, beliau telah disabitkan. Alasan utama dalam rayuan ini adalah bahawa mahkamah telah tersilap apabila tidak membenarkan perayu melihat pernyataan yang digunakan oleh pengadu untuk diperingatkan semula dan bahawa ini telah terjumlah kepada penafian hak perayu di bawah s 161 Akta Keterangan 1950 (‘Akta itu’).

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan:

(1) Seorang saksi yang memberi keterangan di mahkamah haruslah bercakap daripada ingatan tanpa bantuan dan hanya apabila ini tidak dapat dilakukan, bolehlah beliau merujuk kepada pernyataan bertulisnya. Jika prosedur ini tidak diikuti, pernyataan tersebut mungkin menggantikan keterangan lisan yang dizahirkan daripada ingatan sahaja dan kedua-duanya mungkin tidak serupa semasa keterangan diberi. Seseorang saksi tidak mempunyai hak mutlak untuk diperingatkan semula. Adalah budibicara mahkamah sama ada untuk membenarkannya ataupun tidak.

(2) Perlindungan statutori s 159 Akta itu wujud untuk memastikan bahawa pernyataan bertulis itu adalah rakaman benar tanggapan saksi, dan bukan pemutar-belitan kebenaran yang direka oleh penyoal atau orang lain yang mempunyai kepentingan dalam saksi supaya bercakap bohong. Hak pihak lawan untuk ditunjukkan pernyataan dan memeriksa balas saksi mengenainya akan menjamin bahawa perlindungan statutori dipenuhi.

(3) Terdapat perbatasan yang nyata di antara siasatan ke dalam atau penyampaian sesuatu kes dan pengujian saksi untuk kebenaran. Pengujian saksi adalah dalam kuasa hakim semata-mata dan sebarang pencerobohan ke atas kuasa ini akan menimbulkan syak wasangka dan tuduhan mengajar saksi atau bersubahat dalam kesalahan memberi keterangan palsu. Seseorang saksi tetap kekal dalam pemeriksaan walaupun kes ditangguhkan sebentar atau ditangguhkan ke tarikh lain. Jika diperingatkan semula dalam tempoh tersebut, sesiapa yang berbuat demikian mungkin boleh didapati menghina mahkamah dan didapati bersalah kerana mengganggu perjalanan proses keadilan di bawah Kanun Keseksaan (FMS Bab 45).

(4) Berdasarkan kepada fakta-fakta kes ini, perbuatan pihak pendakwa tidak patut sama sekali kerana telah melemahkan peruntukan s 159 dan 161 Akta itu. Mahkamah tidak ditunjukkan pernyataan tersebut dan tidak dapat menentukan sama ada s 159 telah dipatuhi.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan para pelajar semua. . Ia juga ada kaitan dengan perbicaraan liwat DSAI masa ini.Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR