FOLLOWERS

Tuesday 9 March 2010

AWANG SELAMAT : LIDAH BERCABANG PAS !





AWANG geleng kepala memikirkan kenyataan terbaru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang secara terbuka mengiktiraf DAP. Bagi Tok Guru itu, Pas amat senang dengan tahap kerjasama dengan DAP.

Kata Nik Abdul Aziz: ''...Sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam.''

Bukan apa, Awang tidak pernah lupa bahawa Dewan Ulama Pas Kelantan pada 1963 telah mengeluarkan fatwa menghukum orang Islam yang bekerjasama dengan orang bukan Islam sebagai kafir.

Awang tidak pula hendak menjatuhkan hukum kerana berpendapat itu bukan urusan Awang tetapi apakah kerjasama Pas-DAP sekarang tidak tertakluk kepada fatwa tersebut.

Bagi Awang, kenyataan Mursyidul Am Pas tersebut tidak lebih daripada kenyataan politik. Pendirian Pas akan berubah-ubah mengikut kepentingan Pas dan di mana Pas berada.

Yang pasti, DAP sudah tentu lega dengan komitmen Mursyidul Am Pas itu. DAP telah berjaya selangkah lagi, setelah menawan Pas untuk bersekongkol dengannya.

Awang - Tak terkejut.

Penghuni Gua : Naik dan bertambah meluat dengan PAS !

2 comments:

  1. Salam PG, apakah masih ada dikalangan Melayu Islam tidak nampak-nampak kepincangan tok guru mereka ? Apakah memang sudah ditutup oleh Allah hati-hati mereka melihat kepada kebenaran ?

    ReplyDelete
  2. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 lslam yang tidak lagi diserang oleh Karpal Singh [atau mana-mana puak kuffar lain ] adalah lslam yg telah dikompromikan dengan kekufuran; lslam yang telah dikebiri fundamentalnya; dan lslam yg dicorakkan & diserasikan dgn realiti berbagai-bagai kemajmukan, sekularisme & pragmtisme, dan BUKAN sebaliknya lslam yg malah membentuk & mencorakkan realiti. ltulah lslam yang 'diperalat' di dalam dunia politik Machiavelik sekarang - politik segala cara boleh. Sekaligus, inilah juga lslam versi ahli-ahli politik Machiavelik; sekalipun dengan mengorbankan banyak prinsip, kehormatan dan ketinggian agamanya; sekalipun tanpa segan-silu meraka tetap mendakwa memperjuangkan kesucian lslam.

    2 Apakah fenomena ini hanya ada pada PAS semata-mata? Bukankah parti-parti politik berbasis Melayu/Muslim lain pun TIDAK PERNAH DISERANG lslam mereka oleh parti-parti politik non-Muslim yang selain parti Karpal Singh? Sama saja. Malah, lslam yg seperti itu telah lebih dahulu dipelopori, bahkan telah diterima sebagai 'lnilah lslam di Malaysia', sebelum PAS turut serta mengambil jalan yang sama, demi meraih undi.

    3 Cuba, jika seluruh parti politik berbasis Melayu/Muslim yang ada, kini bangun serentak dgan SATU suara : demi memperjuangkan penerapan [pelaksanaan] hukum-hukum syara' [syariat] secara kaffah sebagaimana yang sama-sama Allah mereka perintahkan, bagi menggantikan hukum sivil-sekular yang sedang berjalan sekarang, apakah akan hanya seorang Karpal Singh yang bangun menentang? Tak percaya, test market...

    4 Sayangnya, untuk selamat dari serangan & kebencian musuh2 lslam yang MEMANG MEMBENCI kebangkitan lslam, kita rela mata fikir kita dikelabui oleh ideologi Sekularisme, lalu menolak syariat lslamiyah drp dijadikan sistem yang mengatur seluruh aspek kehidupan.

    5 Firman Allah [maksudnya],"... telah nyata apa yang dizahirkan [kebencian terhadap kamu] dari mulut mereka [orang-orang kafir itu], sedangkan apa yang mereka sembunyikan di dalam hati mereka lebih besar [buruk/keji] lagi..."

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR