FOLLOWERS

Wednesday 10 March 2010

LIDAH BERCABANG DAP PULA !




Saya terkejut membaca kenyataan YB Wee Choo Keong yang disiarkan didalam laman web beliau http://www.weechookeong.wordpress.com/ yang menghentam Pengerusi Nasional DAP YB Karpal Singh dan menuntut beliau meminta maaf kerana keceluparan beliau terhadap YB Dato Seri Anwar Ibrahim.

Ini bersabit kenyataan YB Karpal yang disiarkan hari ini di media perdana yang menyatakan bahawa Dato' Seri Anwar boleh terus menjadi Ketua Pembangkang walaupun sudah hilang majoriti kerusi PKR di Parlimen; sedangkan pada 08.02.2009, YB Karpal Singh membuat kenyataan menuntut DSAI supaya bertaubat dan meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang berkenaan dengan konspirasi 16 Sept 2008 dan menghalalkan lompatan parti (sila lihat kenyataan YB Karpal Singh yang disiar dilamanweb YB Wee Choo Keong yang siarkan dibawah dan saya terjemahkan untuk menafaat pembaca sekelian).

"Georgetown:

Ketua Umum Pakatan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim wajib meletak jawatan kerana menganggu gugat kedudukan gabungan PR, kata Pengerusi Kebangsaan Parti DAP: Ahli Parlimen Bukit Gelugor menyalahkan Anwar kerana menimbulkan kekacauan, dan menyatakan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut perlu "bertaubat dan tidak terus mengkhianati rakyat dan keyakinan mereka". Beliau berkata Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin, pemimpin yang baik, dan beliau menyelar kepimpinan PKR dan DAP kerana terpedaya dengan retorik Anwar yang menyokong wakil rakyat melompat parti.

"Saya tidak mendapat sokongan daripada kepimpinan parti saya sendiri, samada penasihat parti Lim Kit Siang ataupun Setiausaha Agong Lim Guan Eng dalam isu lompat parti tersebut".

"Kelihatannya mereka menyokong Anwar bukannya saya. Saya adalah Pengerusi parti; jangan tolak saya sangat kerana saya masih mempunyai sokongan akar umbi" beliau memberitahu sidang media dipejabatnya pada hari Ahad lepas.

Apabila ditanya apakah beliau akan memanggil mesyuarat tergempar mengenai masa depan parti didalam gabungan ini, Karpal berkata beliau sedang memikirkan untuk berbuat sedemikian.

"Saya tidak boleh membawa perjuangan DAP berseorangan. Apa yang saya katakan adalah perkara yang benar, dan kebenaran pasti akan menang. Saya pernah menyatakan sebelum ini bahawa DAP perlu mengkaji dengan serius untuk keluar daripada pakatan ini dan saya ulangi kembali pendirian saya hari ini".

"Melompat parti tidak boleh dihalalkan kerana ianya boleh dibandingkan saperti seseorang mmembunuh ibubapa yang melahirkannya hanya setelah dia mencapai dewasa" beliau menambah.

"Beliau menyatakan beliau terpegun bagaimana Anwar boleh secara terbuka menggalakkan lompat parti setelah rakyat memberi mandat yang meyakinkan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lepas". Kita dapat melihat betapa kerasnya kenyataan YB Karpal Singh, Pengerusi DAP ini terhadap Ketua Pembangkang YB DSAI. Tetapi yang hairannya, beliau boleh terus membuat kenyataan keras dan mengutuk kepimpinan PKR dan PR, tetapi tiada sebarang tindakan disiplin diambil terhadap beliau!

Sebelum ini, YB Dato' Seri Zahrain dan YB Tan Tee Beng dikenakan tindakan disiplin hanya kerana mengkritik kepimpinan YAB Lim Guan Eng. Malahan saya dipecat. Kalau nak dibandingkan kenyataan kami mengkritik kepimpinan YAB Lim Guan Eng dengan kenyataan keras dan biadap YB Karpal Singh, sepatutnya YB Karpal Singh dah lama dipecat daripada DAP dan Pakatan Rakyat!!

Apakah ada amalan double-standard didalam Pakatan Rakyat? Saya cukup yakin rakyat cukup matang dan dapat melihat sandiwara dan mainan politik murahan yang dilakonkan. Dan saya cukup yakin rakyat sudah muak dengan mainan saperti ini dan akan menghukum mereka dengan keras didalam pilihanraya akan datang. Well YB Karpal, you are lucky not to be sacked. Tetapi tunggulah saat dan tika satu hari nanti bila kamu dianggap sebagai pengacau agenda sempit Fir'aun-Fir'aun Kecil ini, then you will know tinggi rendah langit ini.

Adios amigos.
Grasias senor & senorita.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa 23 Rab'ul Awal 1431 09.03.2010


Penghuni Gua : Bagus YB Zul. Batai lagi. kami semua dah tahu benar. Baik PKR, PAS dan DAP semuanya lidah bercabang. Sejak dulu lagi kami tahu. Kalau anda sudah sedar dan tahu , ok le.

2. Itulah jenis keadilan, ketelusan , hak asasi dalam PR ( DAP, PKR dan PAS ). Keadilan hanyalah untuk pemimpin besar mereka sahaja. Yang lain tu , hanyalah paria bagi pemimpin besar mereka.

3. Pengundi muda ! Inikah parti yang akan kita amanahkan untuk mentadbir negara kita? Jahanamlah negara ini. Undang-undang dan peraturan hanyalah di mata dan hati mereka! Fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR