FOLLOWERS

Tuesday 2 March 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : FEE RAYUAN DILUAR HAD MASA !


[1993] 3 MLJ 756
Ramli bin Zakaria & Ors v Jusoh bin Hussain
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (ALOR SETAR) — CIVIL APPEAL NO 12–09–90

Judges KC VOHRAH J

Date 30 JUNE 1993

Citation [1993] 3 MLJ 756



Catchwords:

Civil Procedure — Appeal — Record of appeal — Filing of — Whether appeal record was only filed when filing fee was paid — Discretion of senior assistant registrar to allow filing of a document before fee chargeable on the document is paid

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu telah memfailkan rayuan mereka ke Mahkamah Tinggi, yang telah diaku terima oleh penolong kanan pendaftar (‘SAR’), dan sesalinan ikatan yang mengandungi memorandum rayuan dan dokumen lain, yang terdiri daripada rekod rayuan, telah disampaikan kepada responden awal-awal lagi sebelum tarikh habis tempoh untuk penyampaian. Tetapi, fee RM4 untuk memfailkan rekod rayuan hanya dibayar selepas tempoh untuk memfail rayuan dan responden berhujah bahawa rekod rayuan itu telah difailkan di luar had masa dan dengan itu beliau tidak disampaikan dengan rekod rayuan yang telah difailkan dengan sempurna. Oleh itu, beliau mendakwa bahawa tidak ada rayuan yang sempurna di hadapan mahkamah ini.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak bantahan responden:

Apabila dua salinan ikatan dokumen diaku terima oleh SAR dengan rasmi sebagai telah difailkan, kedua-dua memorandum rayuan dan rekod rayuan yang dikandungi di dalam ikatan itu sememangnya difailkan. Seksyan 5 Akta Fee 1951 secara tersirat meletakhakkan budibicara pada SAR sebagai seorang pegawai mahkamah untuk membenarkan suatu dokumen difailkan sebelum fee yang perlu dibayar sememangnya dibayar. Juga tidak ada kaedah di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 yang menyatakan bahawa fee untuk memfailkan suatu dokumen mesti dibayar sebelum dokumen itu difailkan. Di dalam kes ini, SAR telah membenarkan rekod rayuan itu difailkan sebelum mendapat fee baginya dan oleh itu, rekod rayuan itu telah difail dan disampaikan kepada responden dalam had masa yang ditetapkan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR