FOLLOWERS

Thursday 11 March 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PEMBUANGAN KERJA PEGAWAI POLIS / HAK PENDENGARAN LISAN !


[1994] 2 MLJ 114
Ghazi bin Mohd Sawi v Mohd Haniff bin Omar, Ketua Polis Negara, Malaysia & Anor
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
01–38–1992

Judges JEMURI SERJAN (BORNEO) CJ
EDGAR JOSEPH JR SCJ
MOHAMED DZAIDDIN SCJ

Date 2 APRIL 1994
Citation [1994] 2 MLJ 114


Catchwords:

Labour Law — Employment — Dismissal — Employee a police inspector — Dismissed by Inspector General of Police for unsatisfactory work or misconduct — Application for certiorari to quash decision of Inspector General of Police — Whether decision unreasonable — Police Officers (Conduct and Discipline) General Orders (Cap ‘D’) 1980 GO 23 & GO 26

Labour Law — Employment — Dismissal — Employee a police inspector — Dismissed by Inspector General of Police for unsatisfactory work or misconduct — Application for certiorari to quash decision of Inspector General of Police — No oral hearing held — Whether breach of natural justice — Police Officers (Conduct and Discipline) General Orders (Cap ‘D’) 1980 GO 23 & GO 26

Words and Phrases — ‘Right to be heard’ — Whether oral hearing necessary

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu merupakan seorang inspektor polis di dalam Polis Di Raja Malaysia. Ketua Polis Negara (‘responden itu’) telah memecat perayu atas alasan bahawa perayu bersalah kerana tidak melakukan kerja beliau dengan sempurna atau kerana salah laku beliau. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan responden memecat beliau, perayu telah memohon untuk suatu perintah certiorari supaya membatalkan keputusan itu, dan mengatakan bahawa perayu telah dinafikan hak beliau untuk mendapat suatu pendengaran lisan, kerana pemecatan beliau memerlukan suatu siasatan dan suatu perwakilan dibuat oleh peguam. Hakim Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan itu, dengan memutuskan bahawa tidak terdapat kemungkiran keadilan asasi dan bahawa peluang supaya perayu dapat didengar tidak bermaksud bahawa beliau berhak didengar secara lisan dan oleh itu, soalan mengenai perwakilan guaman tidak timbul. Di dalam rayuan ini, mahkamah telah mempertimbangkan dua soalan sahaja: (a) isu ketidak patutan keputusan itu; and (b) pli kemungkiran keadilan asasi.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Apa yang dimaksudkan oleh perayu apabila beliau mengatakan bahawa pemecatan itu adalah tidak berpatutan adalah bahawa di dalam kedaaan kes itu dan memandangkan keterangan, keputusan itu dijadikan tidak sah oleh kemungkiran keadilan asasi kerana beliau tidak diberi kesempatan untuk menerangkan, membetulkan atau menyangkal apa yang beliau sifatkan sebagai suatu pernyataan yang memburukkan kesnya. Apabila peguam menggunakan perkataan ‘ketidak patutan’ beliau tidak memikirkan tentang jenis-jenis ketidak patutan Wednesbury. Tidak terdapat apa-apa yang baru di dalam pernyataan lanjut perayu yang akan memburukkan kes perayu dan menguatkan kes responden. Segala yang patut diketahui oleh perayu dan yang telah digunakan oleh responden terhadapnya telah diberitahu kepada perayu. Oleh itu, kes mengenai ketidak patutan atau kemungkiran keadilan asasiberkenaan dengan pernyataan lanjut tidak ditunjukkan dan hujahan peguam atas alasan itu gagal.

(2) Responden telah mengikut peruntukan GO 23 dan GO 26 Perintah Am Pegawai-Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab ‘D’) 1980. Mengikut prosedur yang dinyatakan di dalam GO 26, responden telah menghantar perayu suatu surat menunjuk kausa dengan betul dan mengikut dengan terperinci peruntukan perenggan 1, 2 dan 4. Surat menunjuk kausa itu telah menyatakan alasan mengapa perayu dipecat dan memberi beliau peluang untuk memberi responden suatu pernyataan bertulis yang kemudiannya telah diberi dengan amat terperinci. Responden hanya memutuskan untuk memecat perayu apabila responden berpuas hati bahawa pernyataan bertulis itu tidak melepaskan perayu. Di bawah perenggan 4 GO 26, responden hanya berkewajipan untuk melantik suatu jawatankuasa siasatan jika responden berpendapat bahawa kes terhadap perayu itu memerlukan penjelasan selanjutnya. Di dalam keadaan sedemikian, kedua-dua pihak boleh diwakili di sisi undang-undang. Di dalam keadaan sedemikian, prosedur yang digunakan oleh responden tidak dalam apa cara sekalipun memudaratkan perayu.

(3) ‘Hak untuk didengar’ tidak bermakna hak under didengar secara lisan. Apa yang di maksudkan olehnya adalah bahawa pegawai berkenaan harus diberi peluang yang penuh untuk menyatakan kesnya.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar serta kakitangan awam . Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR