FOLLOWERS

Monday 15 March 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PERIHAL DAGANGAN !


[1994] 1 MLJ 332
Hock Choo Hoe Sdn Bhd v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SIBU) — CRIMINAL APPEAL NO 36 OF 1992

Judges STEVE SHIM J

Date 23 DECEMBER 1993

Citation [1994] 1 MLJ 332


Catchwords:

Trade Marks — False trade description — Whether statutory defence under s 24(3) of the Trade Descriptions Act 1972 available to a corporation — Effect of proviso in s 24(1) of the Trade Descriptions Act 1972 — Trade Descriptions Act 1972 s 24(1) & (3)

Trade Marks — False trade description — Statutory defence in s 24(3) of the Trade Descriptions Act 1972 — Conditions to be fulfilled — Burden on person invoking defence to establish that conditions met — Proof on balance of probabilities — Trade Descriptions Act 1972 s 24(3)

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu telah disabit oleh mahkamah majistret kerana membekalkan 18,400 liter minyak petrol dilancung di bawah perihal dagangan palsu ‘Formula Shell Regular’, suatu kesalahan di bawah s 3(1)(b) Akta Perihal Dagangan 1972 (‘Akta itu’) dan telah didenda RM12,000. Alasan rayuan perayu mengatakan, antara lain, bahawa majistret telah gagal mempertimbangkan atau mempertimbangkan secukupnya pembelaan statutori yang diperuntukkan oleh s 23(4) Akta itu atau, dengan lebih spesifik, bahawa beliau telah membuat kesilapan undang-undang dan keterangan dengan memutuskan bahawa perayu gagal menggunakan usaha wajar di bawah s 24(3). Tetapi, pihak pendakwa berhujah bahawa perayu, yang merupakan suatu badan korporat, tidak boleh menggunakan pembelaan statutori di bawah s 24(3), dan sebagai menyokong hujah ini, menarik perhatian kepada sekatan yang diperuntukkan di bawah s 24(1) Akta itu.

Diputuskan:
Diputuskan,membenarkan rayuan itu
:

(1) Memang jelas daripada proviso di dalam s 24(1) Akta itu bahawa sekatan itu terhad kepada pembelaan di dalam s 24(1) dan oleh itu, pembelaan statutori di bawah s 24(3) boleh digunakan oleh perayu.

(2) Dua syarat perlu dipenuhi bagi pembelaan statutori di bawah s 24(3), iaitu bahawa: (i) pesalah tidak tahu akan kepalsuan perihal dagangan itu; dan (ii) beliau tidak boleh memastikan dengan usaha wajar bahawa barangan itu tidak selaras dengan perihal itu atau bahawa perihal itu terpakai kepada barang itu. Apa yang merupakan usaha wajar adalah suatu soalan fakta dan bergantung kepada keadaan tertentu setiap kes.

(3) Oleh kerana perayu telah menggunakan pembelaan statutori di bawah s 24(3) Akta itu, beban terletak pada perayu untuk menunjukkan melalui keterangan dan atas imbangan kebarangkalian, bahawa kedua-dua syarat itu telah dipenuhi.

(4) Tidak terdapat apa-apa untuk menunjukkan atau mencadangkan bahawa perayu telah atau sepatutnya mensyaki bahawa minyak petrol yang disimpan di dalam tangki bawah tanah itu telah atau mungkin telah dilancung dengan disel. Walaupun majistret telah memutuskan bahawa perayu, dengan tidak mengambil langkah lanjut atau membuat pertanyaan lanjut untuk memastikan bahawa minyak petrol itu selaras dengan perihal dagangan dan dengan hanya bergantung kepada pembekalnya, telah gagal menggunakan usaha wajar, beliau gagal menunjukkan apa yang terlibat dalam langkah atau pertanyaan lanjut itu. Oleh itu, beliau telah gagal mempertimbangkan atau mempertimbangkan secukupnya pembelaan statutori di bawah s 24(3) Akta itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR