FOLLOWERS

Tuesday 16 March 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES TUNTUTAN INSURAN NYAWA !


[1995] 2 MLJ 144
Perumal a/l Manickam v Malaysian Co-Operative Insurance Society Ltd
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KOTA BHARU) — ORIGINATING SUMMONS NO
24–156–93

Judges IDRIS YUSOFF J

Date 21 FEBRUARY 1995

Citation [1995] 2 MLJ 144


Catchwords:

Insurance — Life insurance — Construction of policy — Whether insurer obliged to pay immediately upon insured’s death — Proof of insured’s age required in proposal form — Whether production of insured’s birth certificate was condition precedent to payment of moneys — Insurance Act 1963 ss 15A & 44

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif telah membeli satu polisi insurans nyawa (‘polisi itu’), atas nyawa anak lelakinya, Magindran s/o Perumal (‘si mati’), yang telah meningggal dunia pada 25 Ogos 1991 akibat suatu kemalangan jalanraya. Si mati pada ketika itu berusia 16 tahun dan masih bujang. Polisi itu telah dikeluarkan dengan komen ‘tidak diakui’ di sebelah umur 16 tahun yang dinyatakan di dalam jadual kepada polisi itu dan borang permohonan itu mengandungi perkataan,

‘Bukti tentang umur mesti dikemukakan dengan borang permohonan ini atau tidak lama selepas penerimaan’. Tidak ada benefisiari yang dinamakan di dalam polisi dan plaintif telah membawa tindakan ini di dalam keupayaannya sebagai suatu pihak menuntut yang betul (proper claimant). Plaintif telah mengemukakan kepada defendan suatu ‘Permohonan tuntutan kematian’ dan diminta untuk mengemukakan beberapa dokumen tertentu, termasuk surat beranak si mati, untuk menunjukkan bahawa beliau adalah penuntut yang betul dan tunggal tetapi tidak berbuat demikian hingga 11 Julai 1994.

Semasa ini, apabila bayaran tidak dibuat, plaintif telah memfailkan saman pemula ini pada 2 Jun 1993 untuk memohon, antara lain: (a) suatu deklarasi bahawa plaintif berhak di sisi undang-undang untuk mendapatkan kesemua wang di bawah polisi yang dikeluarkan oleh defendan dan diambil atas nama si mati; (b) suatu perintah bahawa defendan seharusnya membayar wang polisi itu kepada plaintif dalam keupayaannya sebagai pihak menuntut yang betul mengikut maksud s 44 Akta Insuran 1963 (‘Akta itu’); (c) faedah pada kadar 8% setahun atau lebih dari tarikh kematian si mati; dan (d) kos. Isu di hadapan mahkamah adalah sama ada pengemukaan surat beranak si mati itu merupakan suatu syarat terdahulu kepada pembayaran wang polisi itu.

Diputuskan:
Diputuskan, memerintahkan bayaran wang polisi
kepada plaintif tetapi tidak membenarkan tuntutan plaintif untuk faedah kerana bayaran lewat:

(1) Defendan telah memenuhi keperluan s 15A Akta itu dengan mengeluarkan suatu notis bercetak di atas polisi itu yang menyatakan bahawa bukti tentang umur si mati mungkin diperlukan sebelum wang insurans itu dibayar. Lagipun, oleh kerana bayaran akan dibuat atas bukti yang mencukupi diberikan kepada defendan tentang, antara lain, ketepatan tarikh lahir si mati, bukti sedemikian merupakan suatu syarat terdahulu kepada pembayaran wang polisi itu.

(2) Memandangkan perkataan di dalam s 44 Akta itu, adalah jelas bahawa wang yang kena dibayar di bawah suatu polisi nyawa boleh dibayar kepada seorang penuntut yang betul. Bagaimanapun, di dalam kes ini, wang itu kena dibayar hanya bila terdapat kepatuhan dengan tiga prasyarat yang dinyatakan di dalam polisi itu. Oleh itu, perkataan ‘kena dibayar’ di dalam s 44 Akta itu merujuk kepada obligasi untuk membayar tetapi tidak semestinya degan segera atas kematian seseorang itu.

(3) Plaintif berhak mendapatkan kesemua wang polisi itu jika tidak ada benefisiari lain kepada harta pusaka si mati. Oleh kerana harta pusaka si mati tidak diberikan wang polisi itu, plaintif berhak mendapat faedah 8% setahun atas wang polisi itu dari tarikh apabila surat beranak si mati telah disampaikan kepada defendan, iaitu 11 Julai 1994, dan bukan dari tarikh kematian.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

1 comment:

  1. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yag melayari blog ini,

    1 Manfaat yg boleh didapati adalah dari aspek pengajaran & ilmu; iaitu perbandingan antara hukum lslam dengan hukum konvensional [sivil-Sekular] dalam muamalat khususnya jual-beli & perkongsian [perniagaan]. Dan sudah tentu mempunyai perkaitan pula dengan konsep halal-haram, dosa-pahala, syurga-neraka - yg sentiasa menjadi pegangan & sensiviti setiap Mukmin.

    2 Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa OIC telah sepakat memutuskan bahawa insuran nyawa mengikut kaedah konvenyional adalah HARAM hukumnya dari segi syara', kerana perjalanannya TIDAK memenuhi syarat-syarat sama ada syarat akad jual-beli, maupun akad persyarikatan [perkongsian modal].

    3 Hukum insurans konvensional adalah fasid - mengandugi gharar [ketidakpastian], selain mengandungi unsur- unsur riba'. Firman Allah [maksudnya], "Sesungguhnya Allah menghalakkan [bagi kamu] jual-beli dan MENGHARAMKAN riba']

    4 Sekalipun ini sebahagian daripada rician undang2 negara, namun ia adalah pendukung, penegak & pelestari bagi kefasidan [kerosakan] dan KEHARAMAN. Maka, TIDAK PERLUlah ada mana- mana umat lslam terlibat, sama ada secara langsung, atau tidak langsung dengan aktiviti yg berkaitan dengannya - sama ada sebagai pembeli, penjual [agen] atau penegak kepada undang2 yg berkenaaannya, kerana pendapatan daripadanya HARAM untuk dimanfaatkan.

    6 Tidak ada yg Allah redha [menjadi darah-daging], melainkan yang dihalakan-Nya bagi kita.

    5 Alternatif untuk kita ada - TAKAFUL. Yg ini HALAL.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR