FOLLOWERS

Wednesday 24 March 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KETERANGAN SAKSI / AGEN PROVOKATOR !


[1996] 5 MLJ 159
Public Prosecutor v Amir bin Mahmood & Ors
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — CRIMINAL TRIAL NO
45–8–1995

Judges ABDUL MALIK ISHAK J

Date 12 JANUARY 1996

Citation [1996] 5 MLJ 159



Catchwords:

Criminal Law — Dangerous Drugs Act (Malaysia) — Section 39B(1) — Trafficking indangerous drugs — Chemist’s report — Doubt whether chemist was referring to cannabis or cannabis (Indian hemp) — Whether accused entitled to benefit of reasonable doubt — Whether to amend charge — Dangerous Drugs Act 1952 ss 2, 12(2), (3) — Criminal Procedure Code s 158

Criminal Procedure — Sentence — Imposition of fine — Imprisonment in default of payment of fine — Whether courts have discretion — Criminal Procedure Code s 283(i)(b)

Evidence — Adverse inference — Failure to call witness — Discretion of prosecution to call witnesses — When court will interfere with exercise of discretion — Evidence Act 1950 s 114(g)
Evidence — Corroboration — Agent provocateur — Whether corroboration necessary — Considerations — Dangerous Drugs Act 1952 s 40A(1), (2)

Evidence — Witness — Credibility of — Lapses in memory while giving evidence Whether the whole evidence should be rejected

Bahasa Malaysia Summary:

Amir bin Mahmood (‘tertuduh pertama’) telah didakwa bersama Mohd Zahar bin Nor (‘tertuduh kedua’) dan Ramsan bin Bujamin (tertuduh ketiga dan dirujuk kepada sebagai ‘John’) mengedar 1,835.7g dadah berbahaya, iaitu ganja, yang melanggar s 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta itu’) dan merupakan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta itu. Isu-isu berikut timbul semasa perbicaraan iaitu, (i) kebolehpercayaan saksi pihak pendakwaan, seorang ejen provokasi yang telah gagal pada beberapa ketika untuk memberi satu laporan yang tepat tentang keseluruhan peristiwa itu (ii) kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil seorang saksi; (iii) keterangan ejen provacateur itu yang tidak disokong; dan (iv) kegagalan ahli kimia kerajaan untuk menyatakan dalam laporannya bahawa ganja itu adalah seperti yang ditakrifkan dalam s 2 Akta itu.

Diputuskan:
Diputuskan
, memindakan pertuduhan itu dan mensabitkan atas pertuduhan yang dipinda:

(1) Adalah satu rukun bahawa jika seorang saksi telah berbohong mengenai satu atau dua perkara, ianya tidak semestinya berikutan bahawa keseluruhan keterangan beliau harus ditolak (lihat ms 165H); Fernando v R [1959] MLJ 157 , Balasingham v PP [1959] MLJ 193 , Khoon Chye Hin v PP [1961] MLJ 105 , Chean Siong Guat v PP [1969] 2 MLJ 63 dan Tua Kin Ling v PP [1970] MLJ 61 diikut. Kehilangan ingatan sementara yang dialami oleh saksi pihak pendakwaan tidak menjejaskan kebolehpercayaan beliau kerana terdapat cukup keterangan yang membabitkan serta menunjukkan kesalahan terhadap ketiga-tiga orang tertuduh itu (lihat ms 170F).

(2) Tawaran saksi-saksi oleh pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan adalah secara ketaranya perlu untuk mengelak anggapan di dalam s 114(g) Akta Keterangan 1950. Adalah undangmantap bahawa pihak pendakwaan di dalam satu kes jenayah mempunyai budibicara tentang saksi mana untuk dipanggil, dan mahkamah tidak akan masukcampur dalam perjalanan budibicara itu, kecuali jika ianya dapat ditunjukkan bahawa pihak pendakwa telah dipengaruh oleh motif oblik (lihat ms 169I–170A); Adel Muhanmed El Dabbah v AG for Palestine [1944] AC 156, Samsudin v PP [1962] MLJ 405 , Khoon Chye Hin v PP [1961] MLJ 105 dan PP v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251 diikut.

(3) Seorang ejen provokasi adalah berhak kepada perlindungan di bawah s 40A(1) dan (2) Akta itu. Ianya tidak merupakan satu keperluan bahawa keterangan seorang ejen provokasi harus disokong. Seorang ejen provokasi tidak boleh dianggap sebagai seorang saksi tanpa kebolehpercayaan dan keterangannya berkaitan dengan percubaan untuk bersubahat atau persubahatan perlakuan sesuatu kesalahan jika dilakukan untuk matlamat memperolehi keterangan terhadap ketiga-tiga orang tertuduh harus dianggap sebagai boleh diterima (lihat ms 170I–171A); Namasyiam & Ors v PP [1987] 2 MLJ 336 diikut.

(4) Ahli kimia kerajaan dalam kes ini adalah ragu-ragu sama ada bahan tumbuhan yang beliau memeriksa dan menganalisa adalah ganja seperti yang ditakrif di dalam s 2 Akta itu dan bukan ganja (hemp India) yang disenaraikan dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta itu. Oleh kerana hal perkara kesalahan itu juga boleh dianggap sebagai ganja (hemp India), wujudnya satu keraguan di mana faedah keraguan itu harus diberi kepada ketiga-tiga orang tertuduh. Seseorang tertuduh adalah berhak kepada faedah keraguan yang munasabah di dalam perkara penghukuman seperti di dalam perkara sabitan. Sebarang kekaburan, tidak kira berapa sedikit, harus ditafsirkan memihak seseorang pesalah (lihat ms 173C–E); Ma Shwe Yi[1923] 1 Ran 751, Gorakh (1938) 40 PLR 542, R v Hepworth and Fearnley [1955] 2 QB 600, Tuck v Priester (1887) 19 QBD 629 dan Re HPC Productions Ltd [1962] 2 WLR 51 diikut.

Per curiam

Seksyen 283(i)(b)(4) Kanun Acara Jenayah (‘KAJ’) mendirikan bahawa mahkamah ketika memberi hukuman denda boleh mengarahkan supaya dalam keingkaran pembayaran denda itu pesalah akan dipenjarakan untuk had masa tertentu, pemenjaraan yang mana akan dijadikan lebih daripada apa-apa pemenjaraan lain kepada mana beliau mungkin dihukum atau kepada mana beliau mungkin bertanggungan di bawah peringanan hukuman. Mahkamah-mahkamah tidak patut memakai secara sewenang-wenangnya, sepertimana yang telah dilakukan sebelum ini, s 283(i)(b)(4) KAJ ketika mengenakan denda.

Sebagai permulaan, perkataan-perkataan yang digunakan dalam 283(i)(b) KAJ memberi sejumlah budibicara kepada mahkamah-mahkamah untuk memutuskan apa yang perlu dibuat semasa mengenakan denda. Pilihannya adalah terpulang secara keseluruhannya kepada mahkamah. Perkataan ‘boleh’ yang hadir di dalam 283(i)(b) KAJ memberikan suatu kuasa budibicara kepada mahkamah ini untuk dijalankan mengikut akal dan keadilan dan bukan mengikut kehendak hati atau ragam tidak menentu orang kepada siapa ianya diamanahkan atas anggapan bahawa beliau adalah berhati-hati. Mahkamah ini mempunyai budibicara untuk tidak membuat kesemua atau mana-mana daripada perkara-perkara berikut sepertimana yang dibutirkan di situ di dalam 283(i)(b) KAJ (lihat ms 175C, 176B); Lee v Bude & Anor (1871) LR 6 CP 576 diikut.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR