FOLLOWERS

Friday 19 March 2010

YB ZAHRAIN : WAJAH SEBENAR DSAI DAN PENJILATNYA !



Pendedahan 1.



March 18, 2010 : 08.41 PM--->


“You can fool some people some of the time, but you cannot fool all the people all the time,” begitulah pesan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sidang media di lobi parlimen, Khamis, Zahrain berkata, ayat itu juga yang sering diperkatakan berulangkali oleh Anwar kepadanya.

Menurutnya dia teringin dapat bercakap sendiri dengan Anwar sendiri tetapi malangnya Ketua Pembangkang itu sudah keluar negara.

“Saya harap rakan-rakan yang lain, tidak kira dalam PKR, PAS atau DAP sedar cepat. Dulu pandangan saya dikaburi . Saya percayakan Anwar dan mengikut sahaja trend dengan mempercayai reformasi akan berlaku.

“Saya kecewa, tetapi saya tahan. Yang saya tak boleh terima ialah apabila saya kritik dan tegur Menteri Pulau Pinang, saya diserang dan dimaki. That was it. Enough is enough . Jadi saya keluar..

“Tetapi apabila rasa curiga telah mengatasi kepercayaan, sudah masanya untuk keluar. Melihat perkembangan semasa, saya percaya ramai lagi akan meninggalkannya (Anwar),” katanya yang menegaskan pendedahan yang dibuat di parlimen kelmarin adalah untuk rakyat Malaysia dan bukan untuk menyakiti hati kawan-kawan.

Apabila ditanya mengapa dulu dia tidak selantang sekarang, Zahrain berkata, “Dulu saya ahli parti, kena tow the line . Saya keluar dari parti baru boleh cakap. Kalau duduk dalam parti kena maki, tak kenalah,”

Diminta mengenai beberapa gelaran yang diberikan terhadapnya seperti BN’s attack dog (anjing suruhan BN) atau askar upahan BN, Zahrain berkata dia tak ambil peduli.

“Macam-macam gelaran dan nama murahan mereka beri. I can call names also tetapi kenalah jaga standarld sebagai Ahli Parlimen.”

Menurut Zahrain, walaupun beberapa ahli parlimen PR cuba menyekatnya daripada meneruskan pendedahan di dalam dewan, tidak seorangpun yang menafikan cerita tentang 16 September.

“Soalan mereka bodoh-bodoh dan mereka tidak menafikan apa yang saya kata. Ini kerana mereka semua tahu. Tetapi ramai juga yang tidak jelas dengan perkara sebenar mengenai 16 September dan hanya menjadi Pak Turut.

“Walaupun ada cubaan yang cuba menafikan pendedahan saya dengan mengatakan saya tidak duduk dalam, biro politik, depa kena ingat, saya ini kawan Anwar. Dia cerita kat saya. Saya sedia bersumpah dan cabar mereka untuk sama-sama bersumpah mengenai perkara ini.

“Kenyataan saya dalam dewan hanya untuk memberitahu semua orang mengapa saya meninggalkan parti. Apabila saya mengatakan sebab utama ialah kerana hilang keyakinan, saya mesti menjelaskan mengapa saya hilang keyakinan.

“Mereka boleh mereka cerita dan memfitnah orang tetapi apabila kita membawakan cerita yang benar, mereka tak dapat terima, Saya mahu rakyat mengetahui cerita sebenar. PKR menang kerana rakyat sudah tidak yakin dengan BN ketika itu, dan bukan kerana PKR bagus.

“Rakyat ketika itu mencari alternatif apabila mereka kecewa dengan BN. Itulah sebabnya saya rasakan perlunya kuasa ketiga dalam parlimen, iaitu membetulkan perkara. Kalau orang tak boleh terima, nasiblah. Saya hanya menjalankan tugas.”

Zahrain berkata, dia juga percaya ramai lagi akan keluar untuk membersihkan diri mereka dari najis. “Saya sudah bercakap dengan ramai orang. Bukan sahaja dari PKR tetapi juga parti lain. Ramai lagi yang kecewa dan tak puashati,” katanya. – 18/03/10.


Pendedahan 2.

Cerita disebalik gambar ini....March 18, 2010 : 11.10 PM--->


Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terus menghangatkan sidang Dewan Rakyat, Khamis dengan menyebut beberapa nama Ahli Parlimen Barisan Nasional yang didakwa oleh pimpinan PKR nak melompat bagi menjayakan Pelan 16 September.

Antara nama-nama yang disebut katanya, adalah ahli parlimen Kalabakan, Kimanis, Tawau, Sepanggar, Batu Pahat, Jerantut dan Ahli Parlimen Gua Musang.

“Malahan salah seorang Timbalan Speaker dikatakan akan sama melompat ke PKR,” kata Zahrain ketika menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong. Beliau menyambung perbahasan semalam yang ditangguhkan kerana waktu sidang dewan tamat pada jam 5.30 petang. Ucapan beliau kerap diganggu ahli parlimen pembangkang terutama oleh Padang Serai N.Gobalakrishnan dan Batu, Tian Chua.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir di Dewan Rakyat hari Khamis kerana telah berlepas ke luar negara Rabu malam.

Semalam, Anwar angkat kaki kira-kira lima minit selepas Zahrain membuka pekung Ketua Pembangkang itu mengenai Pelan 16 September yang turut dikaitkan dengan Yang Di Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera. Zahrain dengan nada menyindir berkata, malah nombor pendaftaran kenderaan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pun sudah ditukar menjadi WMK 6, kononnya Anwar sudah dapat restu Yang Di Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke 6. Zahrain sebelum itu menyifatkan pendedahannya mengenai taktik kotor mahu menawan Putrajaya dalam Pelan 16 September yang disebut di Dewan Rakyat semalam ‘memang menyakitkan (ahli parlimen pembangkang) atau the truth hurts”.

“Sebab itulah kita dapat lihat dan mereka macam chimpanzee dalam sarkas kerana kebenaran itu menusuk-nusuk kalbu,” katanya.

Beliau memulang paku buah keras terhadap Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali yang membuat kenyataan bahawa proses pembersihan (dalam PKR) sudah selesai dan PKR kini sebuah parti yang bersih dari daki dan najis.

“Memang yang bersih dan suci sudah keluar PKR, yang tinggal hanyalah mereka yang berdaki dan najis. Saya nasihatkan Syed Husin supaya membaca buku ‘Shit’ tulisan Datuk Shahnon Ahmad,”

“Memetik kata-kata Sasterawan Negara itu, apa yang tinggal dalam PKR hari ini hanyalah ‘shit’ sahaja dan di Dewan mulia ini, saya mahu mendedahkan ‘shit’ itu supaya rakyat tidak terus terpdaya dengan politik dan silap mata PKR,” katanya.

Dalam pendedahannya, Zahrain mendakwa seorang pembantu Anwar bernama Aasil Kazi Ahmad adalah ‘spin doctor’ khususnya bagi perhubungan antarabangsa dan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat lelaki terbabit yang dianggapnya pengkhianat bangsa.

Sesi perbahasan terus terganggu apabila beberapa ahli parlimen PAS antaranya Shah Alam Khalid Samad, Kota Raja Siti Mariah dan Titiwangsa, Dr Lo’ Lo Ghazali bangun cuba menyekat Zahrain meneruskan pendedahannya.

Ada antara mereka mengakui Pelan 16 September adalah cerita lama serta semua tahu dan tidak perlu membuang masa mengungkitnya di Dewan Rakyat.

Zahrain turut mendakwa portal Malaysiakini dan Raja Petra Kamaluddin bersekongkol ‘hand in glove’ dengan pimpinan Pakatan Rakyat melakukan putarbelit dan ‘character assassination’ terhadap sesiapa yang menjadi batu penghalang kepada impian merampas Putrajaya ‘at all cost,”.

Beliau seterusnya menegur kerajaan kerana kelemahan dan kegagalan menangani masalah kegiatan memburuk-burukkan dan menghasut negara asing supaya membenci negara ini yang ada kaitan dengan pakatan rakyat.

Apapun pendedahan Zahrain semalam dan pagi ini menyebabkan ada antara ahli parlimen pembangkang yang tidak berada dalam Dewan seperti tidak mahu ‘merah muka atau telinga’ mendengar tembelang Anwar dalam isu Pelan 16 September - 18/3/2010


Pendedahan 3

KEJUTAN DI DEWAN RAKYAT-


Zahrain londeh pekong Anwar untuk jayakan gerakan 16 September …. Ia bagai satu kejutan. Kejadian ini berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang menguasai sidang Dewan Rakyat pada Rabu selama kira-kira tiga jam membahaskan usul ucapan terima kasih titah Yang Dipertuan Agong.

Dewan gamat sekali sekala semasa perbahasannya terutama ketika Anwar bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang meminta Anwar menjelaskan isu berdansa dengan seorang wanita yang dikatakan anak tauke judi.

Anwar tidak menjawab isu tersebut dan perbahasan olehnya berakhir kira-kira jam 5 petang Rabu.

Kejutan bermula apabila bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim pula bangun berucap sebagai pembahas kedua atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen Bebas..

Tanpa membuang masa dan di luar dugaan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, beliau terus masuk gear lima membuat pendedahan apa yang didakwanya pembohongan pimpinan PKR untuk meyakinkan mereka fasal gerakan 16 September untuk menumbangkan kerajaan BN boleh berjaya. Katanya beliau terpaksa mengambil langkah berani keluar PKR jadi Ahli Parlimen Bebas kerana keraguan telah menyelubungi pemikiranya pada perjuangan PKR.

Menurut Zahrain beliau sebenarnya tidak berhasrat untuk mengungkit tindakannya keluar PKR tetapi kerana character assignation yang dijalankan ke atas dirinya dan keluarganya. Dakwanya agenda perjuangan PKR kini menjadi agenda peribadi hingga adanya gerakan menawan Putrajaya at all cost.

Beliau mendakwa antaranya mereka dibohongi kononnya jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang hendak melompat sudah mencukupi. Dakwanya mereka juga diberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapatkan pengesahan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat (30 orang) bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan.

‘Tembakan’ Zahrain ini menyebabkan ada ahli parlimen pembangkang di dalam Dewan bangun dan menjerit-jerit marah ke arah bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu.

Zahrain tanpa menghiraukan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang bangun menganggu pendedahannya itu berkata, “Yang Dipertuan Agong juga dikatakan kononnya merestui Anwar jadi Perdana Menteri keenam.”

Dakwanya lagi, mereka juga diberitahu bahawa Angkatan Tentera Malaysia menyokong mereka.

”Kami disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ( Ahli Parlimen) Permatang Pauh,” katanya. Zahrain mendakwa waktu itu semua Ahli Parlimen pembangkang diminta berada di kawasan masing-masing untuk bersiap sedia kemungkinan mereka amblialih kuasa bila-bila masa saja.

Gobalakrishnan terus bangun mengatakan Zahrain menipu dan menuduhnya membangkitkan perkara itu kerana kecewa permohonan atau tender menguruskan sebuah kelab golf di Bukit Jambul Pulau Pinang tidak dilayan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dengan syarikat RM2.

Katanya kenapa selepas dua tahun (selepas pilihanraya umum) baru sekarang bercakap tentang hal itu. Zahrain menjawabya dengan tegas berkata beliau tidak akan menjual agama,bangsa dan negara kerana tender itu. Beliau juga mengulangi dakwaannya Ketua Menteri Pulau Pinang bersikap diktator dan cauvinis. Dakwannya sikap Guan Eng itu mendapat sokongan Anwar yang kononnya mendakwa juara Islam dan sebagainya. Beliau juga mendakwa Anwar seorang manusia yang bertopengkan pelbagai watak. Zahrain membangkitkan Penasihat PKR itu satu ketika dulu pernah mengelar Musyridul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan sebagai ‘ ulama terompah”. Seorang Ahli Parlimen pembangkang lain bangun mempersoalkan jika tuduh Guan Eng begitu mengapa terima bintang ‘Datuk Seri’ yang disyorkannya. Zahrain menjawab pingat itu diberi oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang bukan Ketua Menteri.

Ketika ini beberapa ahli parlimen BN termasuk dari Kuala Krau Datuk Ismail Mohamad dan Datuk Mohamad Aziz - Sri Gading bangun meminta ahli parlimen pembangkang jangan menganggu Zahrain yang sedang berhujah. Mereka meminta Zahrain diberi peluang bercakap kerana sebelum ini Anwar sudah dapat bercakap tanpa diganggu selama tiga jam.

Selepas keadaan ditenangkan Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee, Ahli Parlimen Bayan Baru itu meneruskan pendedahan kononnya salah seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat juga dikatakan sudah bersiap untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap kerajaan Barisan Nasional di Dewan Rakyat. Katanya begitulah sandiwara pembohongan mereka.

Pendedahan ini terus mencetuskan suasana gamat dan kecoh dalam Dewan Rakyat apabila sebilangan Ahli Parlimen pembangkang bangun mempertikaikan pendedahan Zahrain manakala dalam masa sama ahli parlimen BN berteriak membantah.

Keadaan menjadi bertambah gamat apabila Anwar tiba-tiba kelihatan bersiap hendak keluar dari dewan ketika Zahrain sedang membuat pendedahan.

Anwar bagaimanapun tidak mempedulikan tempik sorak para ahli parlimen BN yang meminta jangan keluar dan mendengar pendedahan Zaharain.

Beliau melangkah keluar dari dewan pada 5.10 petang.Zahrain pula teruskan ucapannya.

Menurut Zahrain, sejarah akan membuktikan bahawa kita berdepan dengan seseorang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan politik.

Sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan pada tepat jam 5.30 petang.

Zahrain akan menyambung ucapannya esok.

Difahamkan Anwar tidak akan hadir sidang Dewan Rakyat esok kerana akan berlepas ke luar negara malam ini. Ditemui wartawan di luar dewan,Anwar mendakwa Zahrain berbohong mengenai hal-hal menjelang 16 September itu kerana kecewa mengenai isu syarikat RM2 yang gagal dapat tender kelab golf.

Sementara itu Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Zulkifli Nordin ketika ditemui Agendadaily untuk ditanya adakah pendedahan Zahrain ini merupakan kejutan yang beliau maksudkan bakal meletup di Dewan Rakyat beberapa hari lalu.

”Ini bukan kejutan saya.Saya yang terkejut,” katanya.

Namun katanya apa yang didedahkan oleh Zahrain itu betul.-17/3/2010


Penghuni Gua : Bagus pendedahan YB Zahrain ini di Parlimen. Jadi PG paparkan pendedahan ini bagi rekod di blog PG. Ia satu rekod dan satu sejarah besar pembohongan dan tindakan DSAI yang bermulut sesumpah dan pembohong besar.

2. Jadi salinan semula tulisan ini ini dibuat dari Portal Agenda Daily . Ini kerana ia lebih menyeluruh rangkumannnya dari paortal dan akhbar lain . Ia rekod penting. Jadi PG bependapat ada baiknya PG simpan dan papar di blog PG. Bukan selalunya pendedahan ini berlaku.

3. YB Zahrain, Teruskan pendedahan berani anda. Telanjangkan wajah sebenar DSAI dan pemimpinnya . Jangan benarkan lagi ia menipu rakyat.

4. Pengundi muda : Fikirkan. Inilah wajah pemimpin dan parti ini. Ia memang benar. Tiada MP PR yang menafikan maklumat dan pendedahan yang YB Zahrain buat. Fikirkan..

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR