FOLLOWERS

Wednesday 12 May 2010

BUAH TANGAN SI ZAID IBRAHIM SIBIJAK PANDAI !


Dipetik dari : Malaysia Instinct Com



 Bukan mahu tinggalkan legasi...? Pak Lah dilihat terlalu tergesa-gesa membentangkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Oleh Semut Besi

Inisiatif kerajaan untuk membentangkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 patut dipuji kerana ia akan menelus dan mempertanggungjawabkan lagi proses pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan (Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi).Â

Namun setelah membaca draf undang-undang yang telah dipaparkan di laman web Parlimen Malaysia, timbul beberapa persoalan yang relevan kepada pihak-pihak yang berkenaan mengenai draf undang-undang ini.
Pertama hakikat bahawa pembentukan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dibuat melalui penggubalan Akta Parlimen biasa dan bukannya melalui pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan terutamanya kepada perkara 122B dan 123 .

Ini kerana hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara (Perkara 4 Fasal 1) dan ianya telah mempunyai peruntukan yang jelas tentang perlantikan hakim-hakim mahkamah atasan (Perkara 122B) dan kelayakan yang diperlukan bagi hakim-hakim mahkamah atasan berkenaan (123).

Perkara 4 Fasal 1 berbunyi "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Malaysia dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu".
Draf undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang dibentangkan berpotensi didapati ultra vires (melampaui Perlembagaan Persekutuan) kerana pertamanya ia mengekang budi bicara Perdana Menteri untuk menasihat Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan juga secara tidak langsung kuasa Yang di-Pertuan Agong bagi melantik hakim-hakim mahkamah atasan di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan .

Mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan hakim-hakim mahkamah atasan adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri setelah merundingi Majlis Raja-Raja.

Mengikut seksyen 21(1) fungsi suruhanjaya adalah ;

(a) Untuk memilih orang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri.

(b) Untuk menerima permohonan daripada orang berkelayakan bagi pemilihan hakim-hakim ke mahkamah atasan;

(c) Untuk merumuskan dan melaksanakan mekanisme bagi pemilihan dan pelantikan hakim mahkamah atasan

Ini bertentangan dengan peruntukan Perkara 122B fasal 2 hingga 4 yang menerangkan prosedur sebelum Perdana Menteri dapat menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan, beliau perlu meminta fikiran Ketua Hakim Negara (bagi semua pelantikan), Presiden Mahkamah Rayuan (untuk pelantikan ke Mahkamah Rayuan), Hakim-Hakim Besar (untuk pelantikan ke mahkamah tinggi yang berkenaan dan Ketua-Ketua Menteri Sabah dan Sarawak (bagi jawatan Hakim Besar Sabah dan sarawak).  Â
Walaupun ada pihak yang akan berhujah oleh kerana mengikut seksyen 5(1) keanggotaan suruhanjaya adalah terdiri dari Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan kedua-dua Hakim Besar sudah memenuhi semangat Fasal 2 hingga 4 Perkara 122B.
Namun pihak-pihak ini terkhilaf kerana seksyen 5(1) Draf Akta ini telah menambah 5 lagi individu yang akan terlibat di dalam proses menentukan calon-calon ini.

Disebabkan juga seksyen 24(5) memerlukan undi majoriti bagi menentukan senarai calon yang akan dipilih untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri, maka secara teorinya calon-calon yang pilihan empat penjawat jawatan utama kehakiman yang disebut melalui peruntukan fasal 2 hingga 4 Perlembagaan Persekutuan mungkin tidak akan berjaya diketengahkan kepada Perdana Menteri.

Mengikut seksyen 22 (2) (a) dan (b) draf undang undang ini pula, apabila permintaan dibuat maka suruhanjaya pelantikan hakim akan memilih tiga nama bagi mengisi kekosongan sesuatu jawatan di mahkamah tinggi dan dua nama bagi kekosongan untuk mahkamah atasan untuk diberikan kepada Perdana Menteri bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong.

Jika Perdana Menteri tidak berpuas hati dengan nama-nama calon bagi mahkamah atasan, beliau boleh meminta dua lagi nama daripada suruhanjaya manakala bagi calon Mahkamah Tinggi, Perdana Menteri tidak lagi berhak mendapat nama calon yang lain.

Tidak juga dinyatakan di dalam mana-mana seksyen di dalam draf undang-undang ini bahawa Perdana Menteri berhak menolak sebarang calon yang dikemukakan Suruhanjaya.

Ini akan menghadkan kuasa menasihati Perdana Menteri kerana beliau terikat memanjangkan nama calon yang dibekalkan oleh Suruhanjaya ini. Ia adalah pelunturan kuasa eksekutif yang besar.

Amerika Syarikat sebuah negara yang dianggap paling murni pemisahan kuasanya pun memberikan hak kepada Presiden (ketua cabang eksekutif) untuk mencalonkan hakim-hakim Persekutuan tanpa sekatan dengan nasihat dan kebenaran Senat (cabang legaslatif) (Artikel 2 Seksyen 2 Perlembagaan Amerika Syarikat) .

Juga adalah lebih elok Suruhanjaya ini dinamakan sebagai Suruhanjaya Penasihat mengenai Pelantikan Kehakiman Atasan atau Suruhanjaya Pencalonan Kehakiman daripada nama sekarang kerana di Malaysia yang melantik hakim adalah Yang di-Pertuan Agong.

Menamakan Suruhanjaya ini sebagai Suruhanjaya Pelantikan Hakim mencerminkan kurangnya penghormataan/keprihatinan terhadap fungsi Perlembagaan Baginda.

Kedua dua Akta ini berpotensi bersifat ultra vires kerana walaupun kriteria pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan telahpun dinyatakan dengan terang di bawah Perkara 123 Perlembagaan namun Akta ini melalui seksyen 23 (2)(3) dan (4) telah menggariskan lima lagi kriteria/syarat tambahan.

Apabila pemecatan hakim-hakim mahkamah atasan kerana pelanggaran kod etika kehakiman hendak dibolehkan, maka pindaan Perlembagaan yang memaktubkan kewujudan kod etika dan bolehnya pelanggaran kod etika menyebabkan tribunal penyiasatan bagi pemecatan dibentuk di bawah Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan telah dimasukkan di bawah peruntukan 125 Perlembagaan.

Daripada mengambil risiko ada pihak-pihak yang mempunyai locus standi kemudian hari akan mencabar peruntukan akta ini dan risiko jika Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan kes mereka dan mendapati Akta ini bersifat ultra vires setelah wang rakyat yang banyak dibelanjakan bagi menubuhkan Suruhanjaya ini, maka lebih eloklah pihak kerajaan menarik balik pembentangan rang undang-undang ini untuk kajian semula dengan secara teliti serta memulakan proses merundingi semua stakeholder secara lebih meluas.

Semut Besi - Lebih baik berhati-hati sekarang dari menyesal di kemudian hari.
Penghuni Gua : Sejak dahulu lagi PG memang benci kepada buah tangan si pakar serba tahu ini. Banyak yang tak kenanya. Tak usah jauh lah...............Peguam nak sibok-sibok dalam perlantikan YAA Hakim. Tak lain , kesan jangka panjangnya nak melemahkan kuasa DYMM atau nak perlekehkan kuasa DYMM secara berperingkat.

2. Hajat sebahagian dari mereka yang beragenda jangka panjang telah tercapai. Terutama agenda DAP yang memang itulah kerja nya untuk melemahkan benteng pelindung orang Melayu. Ingat hari apa esok................Jangan lupa. Belajar dari sejarah.........................Jangan lupa sejarah. Itulah wajah kita.

3. Terima kasih Semut Besi , yang telah menulis dengan baik mengenai isu ini. Walau pun sudah lama , tetapi amat baik untuk tatapan kita semua. Fikirkan!!!!! Tahniah Zaid kerana berjaya dipergunakan oelh pihak tertentu untuk.............................Tahniah!!!! Tahniah kerena Zaid ini berjaya merealisasikan agenda jangka panjang pihak tertentu bagi menghakis kuasa dan maruah pelindung orang Melayu sedikit demi sedikit. Itulah agenda jangka panjang. Ramai lagi melayu sebegini dipergunakan untuk agenda jangka panjang mereka. Langkah pertama telah bermula.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR