FOLLOWERS

Monday 31 May 2010

FAHAMI TUGAS POLIS : PANDANGAN LANJUT DR SHAMRAHAYU DAN DR ABD RANI KAMARUDDIN !


Pandangan 1 DR . Shamrahayu A. Aziz said...


Salam PG dan semua pembaca blog ini.


Pertama, terima kasih untuk PG kerana sudi mengambil pandangan saya untuk difikir dan dikongsi bersama pembaca blog ini.Saya amat berbesar hati sekiranya semua pembaca menganalisa pandangan tersebut secara ilmiah dan memberi hujah-hujah konkrit untuk kita pastikan kita mempunyai pasukan polis yang lebih cekap dan berintegriti.

Kedua, terima kasih untuk Dr Rani,Profesor Madya di Fakulti Undang-undang UIA, juga Director, Legal Unit, UIAM. Saya amat bersetuju dengan petikan peruntukan-peruntukan Kanun Acara jenayah tersebut. Yang sebenarnya, ruang tidak mencukupi untuk saya perincikan semua peruntukan tersebut kerana ruangan rencana yang agak terhad. Apa-apa pun saya amat berterima kasih kepada Berita Minggu kerana sudi menyiarkan pandangan saya.

Ketiganya, saya unjurkan kepada semua pembaca supaya memahami dan menghayati sesuatu pandangan untuk menambah baik semua aspek kepolisan. Kita perlu tahu (kepada mereka yang belum tahu) dan perlu ingat (untuk yang telah tahu), bahawa, kewujudan pasukan polis ialah sebagai pengkhidmat awam (Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan). Sebagai pasukan khidmat awam pada prinsipnya, pasukan berkhidmat untuk kerajaan dan rakyat semasa. Pasukan polis "although swims together with the government, will not sink together with the government". Oleh itu, penambahbaikan pasukan polis perlu menjadi agenda semua, bukan sahaja kerajaan semasa, tetapi keseluruhan rakyat negara ini. Kalaupun pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan pemerintah, emosi politik ini tidak seharusnya mempengaruhi pandangan mereka ke atas pasukan polis.

Itu sahaja PG dan pembaca, semoga tuan-tuan semua mendapat keberkatan Allah sepanjang minggu ini dan juga seterusnya pada hari-hari yang akan datang.

Wallahu'alam
31 May 2010 08:17


Pandangan 2 : Dr Abd Rani Kamaruddin UIAM

Tugas dan Kuasa Polis menguatkuasakan mana-mana undang-undng bertulis terkandung didalam section 3(3) Akta Polis

“The Force shall subject to this Act be employed in and throughout Malaysia (including the territorial waters thereof) for the maintenance of law and order, the preservation of the peace and security of Malaysia, the prevention and detection of crime, the apprehension and prosecution of offenders and the collection of security intelligence.”

Ringkasnya, Polis berhak menahan (dan menangkap jika perlu) mana-mana orang bagi tujuan mengenal pasti identitinya, atau kenderaan bagi mencari apa-apa benda yang mana perbuatan itu oleh mana-mana orang adalah menyalahi undang-undang.

Bagi mereka-mereka yang tidak memberikan kerjasama selain boleh ditangkap, mereka boleh juga didakwa dibawah Bab 10 Kanun Keseksaan berkenaan – Penghinaan Terhadapa Kuasa Sah Penjawat Awam, yang mana memperuntukkan hukuman penjara dan atau denda.

Seksyen 176 Kanun Keseksaan – gagal memberikan notis (laporan Polis) sedangkan wajib

Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugasnya

Seksyen 187 Kanun Keseksaan akan kesalahan enggan membantu polis

Maka tidak melaporkan mana-mana kesalahan, keengganan membantu polis bila dikehendaki, serta menghalang tugasan polis boleh dihukum dengan penjara dan atau denda dibawah bab 10 Kanun Keseksaan. Bab 10 juga menyentuh kesalahan mana-mana saksi yang enggan menjawab soalan, enggan menandatangani kenyataan, mana-mana orang atau saksi yang memberikan maklumat atau keterangan tidak benar dan banyak lagi.

Masaalahnya, PDRM tidak begitu ghairah hendak menghebohkan perkara ini. Mungkin sudah masanya dihebohkan dengan kerjasam Jom Heboh.


Abdul Rani Bin Kamarudin
31 May 2010 04:28


Penghuni Gua : Kedua komen Dr ini telah dihantar oleh 2 Pensyarah Undang-Undang ke blog PG semalam di KLIK berkaitan tajuk di atas dan PG paparkan semula bagi kepentingan kita bersama. Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar.Tq

3 comments:

  1. tahniah kepada tuan2 yang mengetengahkan perkara ini , rakyat harus ditarbiyah ..diajar dan diberitahu perkara ,kuasa dan hak polis sebenar , jangan biarkan rakyat terpedaya dan mendengar cuma dari satu saluran suara iaitu pembangkang , yang kerja dan matlamatnya sudah pasti ada niat dan tujuan disebaliknya ..kena buat banyak seperti ini dalam paper atau Tv,

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Saya rasa ramai yg menghentam PDRM sebenarnya masih ada respek terhadap PDRM. Cuma mungkin apa yg mereka lihat atau alami semasa berurusan dgn polis sedikit sbyk mempengaruhi emosi krn tiada saluran utk membetulkan keadaan. Perlembagaan (Akta Polis) PDRM semuanya betul. Yang tak betul terdapat tindakan anggota polis yg mmg tak betul. Ini yg patut diperbetul. Talking about beri kerjasama kpd pihak polis adalah suatu pengalaman yg amat menakutkan tetapi kenalah beri ikut keadaan.

    Walaupun melalui pengalaman pahit berurusan dgn polis, saya tetap sokong polis dalam membanteras jenayah...

    ReplyDelete
  3. HIDUP PDRM. WBAGAIMANA PUN MASIH ADA RUANG UNTUK PEMBAIKAN. TQ

    ReplyDelete

PETA PELAYAR