FOLLOWERS

Thursday 13 May 2010

KEPUTUSAN RAYUAN DSAI : PANDANGAN DR ABD RANI KAMARUDDIN UIAM


Nota : Disiarkan pandangan Dr Abd Rani kamaruddin UIAM mengenai permohonan tangguhan berulangkali oleh peguambela DSAI iaitu Karpal Singh dalamm kes meliwat Saiful yang dihantar ke blog PG. Tq.

Anonymous said...

Pada pandangan saya, dalam prosidng jenayah, tidak semua keputusan boleh dirayu. Hanya keputusan yang menentukan secara muktamad hak pihak-pihak iaitu sabitan atau bebas. Maka keputusan samada wujud atau tidak kes prima facie, OKT dipanggil atau tidak masuk membela diri, saksi tidak boleh dipanggil kerana tidak relevan,dokumen tidak boleh diberikan, bukanlah keputusan yang sepatutunya boleh dirayu. Isu-isu itu kesemuanya boleh dipertimbangkan atau dibangkit sekaligus dalam rayuan proper pada diperingkat Rayuan. Lumrahnya, rayuan hendaklah dihadkan hanya kepada sabitan (proven guilty)atau bebas(not proven). Nampaknya, pintu rayuan sudah dibuka terlalu luas oleh mahkamah sehinggakan perbicaraan hampir tidak dapat diteruskan.

Pada pandangan saya, keputusan itu antara lainnya hendaklah "judgment, sentence or order pronounced by any Magistrate's Court in a criminal case or matter" (section 307 CPC. Maksud "criminal cause or matter" ialah jika dibawah ke penamatannya, membawa kepada suatu hukuman seperti penjara atau denda. Dalam keputusan untuk atau tidak dibekalkan dokumen dan sebagainya, keputusan ini bukanlah jenis yang boleh ditakrifkan keputusan dalam criminal cause or matter kerana keputusan ini tidak membawa kepada apa-apa sabitan atau pembebasan yang boleh menjadi perkara rayuan. "Criminal cause or matter" hendaklah dihadkan kepada bebas (not proven-acquit) atau sabit (proven guilty). Jika tidak, mana-mana OKT pun boleh membuat rayuan agar tidak digari semasa perbicaraan dan sementara rayuan diputuskan oleh Mahkamah Federal, perbicaraan terpaksa ditangguh.


Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang-Undang
UIAM

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR