FOLLOWERS

Friday 14 May 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES DADAH / AGEN PROVOKATOR / SAKSI !


[1995] 2 MLJ 433
Ti Chuee Hiang v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL NO
05–64–92

Judges ANUAR (MALAYA) CJ
EDGAR JOSEPH JR FCJ
WAN ADNAN FCJ

Date 28 JUNE 1995
Citation [1995] 2 MLJ 433


Catchwords:

Criminal Law — Dangerous Drugs Act (Malaysia) — Section 39B(1)(a) — Trafficking in dangerous drugs — Failure of prosecution to call agent provocateur or offer him to defence as witness — Whether miscarriage of justice — Dangerous Drugs Act 1952 s 39B(1)(a)

Criminal Law — Dangerous Drugs Act (Malaysia) — Section 40(1) — Police informer — Assumed role of agent provocateur later — Whether still protected from disclosure of identity — Whether should be called as witness — Dangerous Drugs Act 1952 s 40

Criminal Procedure — Trial — Calling of witnesses — Discretion of prosecution — Failure to call agent provocateur as witness — Failure to offer to defence for cross-examination — Whether miscarriage of justice caused

Bahasa Malaysia Summary:

Di dalam kes ini, sepasukan polis telah merancang dan memasang suatu perangkap untuk menangkap seorang penjual dadah (‘perayu’). Seorang pegawai polis telah meyamar sebagai pembeli heroin, dan suatu perjumpaan dengan perayu telah diadakan atas pertolongan seorang pemberi maklumat polis (‘pemberi maklumat tersebut’). Mengikut keterangan pihak pendakwa, suatu perundingan telah dijalankan antara pihak polis dengan perayu berhubungan dengan penjualan heroin, dan pada akhirnya suatu urus janji telah tercapai. Perayu ditangkap semasa dia menghantarserah heroin itu kepada polis.

Perayu telah dituduh di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta tersebut’) atas pengedaran dadah. Pembelaan perayu bahawa perayu tidak sedar bahawa apa yang dibawa olehnya itu merupakan dadah, telah ditolak oleh hakim perbicaraan, yang telah menyabit dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya. Perayu telah membuat rayuan, atas alasan bahawa suatu salah laksana keadilan telah berlaku oleh kerana pihak pendakwa telah gagal sama ada untuk memanggil sebagai saksi pemberi maklumat tersebut yang telah memainkan peranan sebagai agen provokatur di dalam kes ini, mahupun menyediakannya untuk diperiksa balas oleh pihak pembela.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan ini:

(1) Meskipun pihak pendakwa mempunyai budi bicara yang sepenuhnya berkenaan dengan pilihan saksi yang akan dipanggil di perbicaraan, ia juga mempunyai tanggungjawab untuk memanggil kesemua saksi yang diperlukan untuk membentangkan naratif kes pihak pendakwa, supaya menunjukkan bukti terhadap tertuduh yang melebihi keraguan munasabah. Sekurang-kurangnya, pendakwa harus menyediakan mereka untuk pemeriksaan balas oleh pihak pembela. Jika pihak pendakwa gagal memenuhi tanggungjawab ini, tertuduh mesti dibebaskan.

(2) Di dalam kes ini, bukan sahaja terdapat suatu lompang di dalam naratif kes pihak pendakwa tanpa testimoni pemberi maklumat tersebut, tetapi juga tidak terdapat cadangan bahawa testimoni beliau akan menentang pihak pendakwa atau tidak boleh dipercayai. Pihak pendakwa telah gagal menjalankan tanggungjawabnya untuk memanggil beliau sebagai saksi dan memeriksanya atau sekurang-kurangnya menyediakan beliau untuk diperiksa balas oleh pihak pendakwa, ataupun jika mereka ingkar, mereka sepatutnya menjelaskan mengapa mereka tidak boleh atau tidak mahu memanggil beliau.

(3) Pemberi maklumat di dalam kes ini telah kehilangan perlindungan supaya identitinya tidak terbongkar, yang biasa diberi kepada pemberi maklumat di bawah s 40 Akta tersebut, kerana identitinya sudah tidak merupakan suatu rahsia lagi apabila beliau telah memainkan peranan sebagai seorang agen provokatur dengan mengaturkan supaya perayu bertemu dengan polis, dan menyebabkan perayu ditangkap.

(4) Terdapat suatu salah arah yang menyebabkan salah laksana keadilan yang serius telah berlaku di dalam mahkamah perbicaraan sebab walaupun peguam bagi perayu telah mengkritik pihak pendakwa kerana ia tidak memanggil pemberi maklumat, hakim telah gagal menumpukan perhatiannya kepada perkara itu.

Obiter

Walau bagaimanapun, di dalam kes ini, adalah tidak mencukupi jika pihak pendakwa hanya menyediakan pemberi maklumat itu untuk dipanggil sebagai saksi pihak pembela, kerana ini akan mengakibatkan kerugian pada pihak pembela kerana mereka tidak dapat memeriksa balas beliau tentang sebarang perkara yang boleh menyokong kes pihak pendakwa.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR