FOLLOWERS

Friday 28 May 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES GAGAL BAYAR CARUMAN DI BAWAH AKTA KESELAMATAN PEKERJA 1969 !


[1995] 1 MLJ 371
Public Prosecutor v KATS Cleaning Services (S) Sdn Bhd
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KOTA KINABALU) — CRIMINAL APPEAL
K41–16–1994

Judges SULEIMAN HASHIM J

Date 19 DECEMBER 1994
Citation [1995] 1 MLJ 371


Catchwords:

Employment — Social security — Contributions by employer — Employer charged for not making contributions to Social Security Organisation — Whether court could order payment of other contributions not included in charge — Employees’ Social Security Act 1969 ss 94(c) & 94A(1)

Bahasa Malaysia Summary:

Defendan telah mengaku salah kepada enam tuduhan kerana gagal membayar caruman di bawah s 7 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (‘Akta itu’) dan telah didenda RM300 bagi setiap tuduhan, atau dua minggu penjara jika ingkar membayar denda. Pihak pendakwa telah mengemukakan suatu penyata yang diperakui berkenaan dengan tunggakan caruman di bawah s 94A(1) dibaca dengan s 94C Akta itu yang termasuk tunggakan caruman yang tidak terhad kepada isi enam tuduhan tersebut, yang berjumlah RM21,774.50 (‘tunggakan itu’). Bagaimanapun, majistret enggan memerintahkan pembayaran tunggakan itu atas alasan bahawa pihak pendakwa hanya boleh mendapatkan balik caruman yang menjadi isi tuduhan untuk mana terdapat suatu keputusan bersalah. Pihak pendakwa telah membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

Di bawah s 94A(1) Akta itu, mahkamah hendaklah memerintahkan sesiapa yang didapati bersalah kerana melakukan apa-apa kesalahan di bawah s 94(a) untuk membayar ‘apa-apa caruman, … sebelum tarikh didapati bersalah’ yang genap masa dan kena dibayar kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial. Tidak terdapat ketaksaan kerana seksyen itu dengan jelas merujuk kepada ‘apa-apa caruman’ sebagai isinya dan ‘sebelum tarikh didapati bersalah’ sebagai faktor masanya. Perkataan yang penting di situ bersifat mandatori dan memerintah dan defendan diperintahkan membayar tunggakan itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR