FOLLOWERS

Wednesday 5 May 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HUKUMAN TERHADAP BANDUAN !


[1996] 4 MLJ 54
Abdul Halim bin Abdul Hanan & Ors v Pengarah Penjara, Taiping & Ors
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (IPOH) — ORIGINATING SUMMONS NO 24–L088–91

Judges KANG HWEE GEE J

Date 9 FEBRUARY 1996
Citation [1996] 4 MLJ 54


Catchwords:
Civil Procedure — Originating summons — Irregularity — Supporting affidavit given by counsel — Whether supporting affidavit of counsel can validate summons — Whether counsel has knowledge to prove facts — Whether counsel in position to depose of facts — Rules of the High Court 1980 O 41 r 5(1)

Legal Profession — Professional discipline — Practice and etiquette rules — Counsel swear an affidavit on a substantive allegation for clients — Whether considered direct involvement in client’s case — Whether counsel should appear and conduct case — Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978 r 28
Civil Procedure — Originating summons — When not maintanable — Dispute on facts — Whether action should have been begun by writ — Whether on dispute of facts the judge must ignore the disputed allegations

Bahasa Malaysia Summary:

Melalui saman pemula, plaintif-plaintif bersama meminta deklarasi bahawa arahan yang dibuat oleh defendan pertama atau ejennya dalam menghukum plaintif-plaintif dengan mengurung mereka selama 23 jam sehari adalah batal dan tak sah dan tidak berkesan mengikut undang-undang dan juga untuk ganti rugi. Pada masa yang berkenaan, plaintif-plaintif adalah banduan tahanan dalam jagaan defendan pertama, yang berada di bawah jagaan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (‘defendan kedua’) yang merupakan ejen bagi Kerajaan Malaysia (‘defendan ketiga’).

Disebabkan mogok lapar, plaintif-plaintif mengatakan bahawa mereka telah dihukum dengan dipenjarakan selama 23 jam sehari dan tidak dibenarkan rutin harian. Saman plaintif-plaintif telah disokong sebahagian besarnya oleh peguam mereka yang telah mengesahkan penegasan mereka dan bukannya oleh afidavit mereka sendiri. Walau bagaimanapun, afidavit tambahan telah difailkan oleh plaintif-plaintif untuk mengesahkan afidavit peguam itu. Maka, isu yang timbul adalah isu prosedur sama ada saman itu di luar aturan untuk sebab ianya tidak disokong oleh afidavit plaintif-plaintif.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan plaintif-plaintif:

(1) Di bawah A 41 k 5(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (‘KMT itu’), deponen sesuatu afidavit yang digunakan untuk menyokong hanya boleh mengangkat sumpah suatu afidavit tentang fakta yang boleh dibuktikannya sendiri dari pengetahuan dirinya. Oleh kerana peguam plaintif bukan seorang banduan di Penjara Taiping pada masa yang berkenaan itu, dia tidak dapat mendeposkan bahawa fakta-fakta yang didakwa telah berlaku dalam penjara itu. Fakta bahawa semua plaintif kemudiannya bersumpah dalam afidavit mengatakan bahawa mereka mengesahkan fakta yang didepos oleh peguam mereka tanpa menegaskan fakta-fakta itu sendiri tidak boleh mengesahkan kes plaintif-plaintif. Oleh kerana kes plaintif hanya berdasarkan afidavit peguam itu, saman itu adalah di luar aturan dan semestinya gagal (lihat ms 60D–I; Alliance (Malaya) Engineering Co Sdn Singapore v San Development Sdn Bhd [1972] 2 MLJ 100 diikut).

(2) Jikalau seseorang peguam percaya bahawa beliau mungkin menjadi seorang saksi di dalam sesuatu kes, adalah wajar jika dia tidak mengendalikan kes tersebut di mahkamah mengikut k 28 Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Kesopanan) 1978. Ia adalah bertentangan dengan etika profesion jika peguam mengangkat sumpah sesuatu afidavit tentang dakwaan substantif untuk klien-kliennya dalam suatu kes dan kemudiannya mengendalikan kes itu di mahkamah. Oleh yang demikian, peguam bagi pihak plaintif tidak patut hadir di mahkamah untuk mengendalikan kes itu untuk plaintif-plaintif dan sepatutnya memberikan kes tersebut untuk tindakan selanjutnya kepada peguam yang lain (lihat ms 61A–D; Million Group Credit Sdn Bhd v Lee Shoo Khoon & Ors [1986] 1 MLJ 315 diikut).
(3) Biarpun afidavit yang menyokong saman plaintif-plaintif bukan di luar aturan, namun saman tersebut masih mesti ditolak kerana semua tuntutan pihak-pihak yang berkenaan dalam afidavit masing-masing tentang apa yang sebenarnya telah berlaku adalah berbeza dan ini membawa kepada kedudukan buntu yang hanya boleh diselesaikan jika deponen dapat hadir untuk diperiksa dan diperiksa balas seperti dalam tindakan writ. Lagipun, di mana terdapat perbalahan mengenai fakta yang dikatakan, hakim terpaksa tidak menghiraukan dakwaan yang dipertikaikan. Maka, di sini ini akan meninggalkan plaintif-plaintif tanpa keterangan yang diperlukan untuk membuktikan kes mereka (lihat ms 61E dan 62A–B; Tay Bok Choon v Tahansan Sdn Bhd [1987] 1 MLJ 436 diikut).

Per curiam:

Setelah memulakan tindakan ini dengan saman pemula, ia masih terbuka kepada plaintif-plaintif untuk memohon di bawah A 28 k 8(1) KMT itu untuk menukar saman pemula itu kepada satu tindakan writ atau sekurang-kurangnya untuk memohon di bawah A 38 k 2(3) untuk memeriksa balas deponen-deponen afidavit defendan-defendan, walaupun pembaikan cemas sedemikian tidak selalunya dibenarkan oleh mahkamah yang mungkin menolak permohonan sebegitu. Kedua-dua cara ini, walau bagaimanapun, tidak digunakan oleh plaintif-plaintif (lihat ms 61F–H; Tay Bok Choon v Tahansan Sdn Bhd [1987] 1 MLJ 436 diikut).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR