FOLLOWERS

Monday 3 May 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : PENAGGUHAN DAN IMPLIKASINYA !


[1996] 5 MLJ 153
Public Prosecutor v Nasir bin Insiban
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KOTA KINABALU) — CRIMINAL REVISION NO
K43–01 OF 1995

Judges TEE AH SING JC

Date 9 FEBRUARY 1996

Citation [1996] 5 MLJ 153


Catchwords:

Criminal Procedure — Acquittal or discharge — Discharge of accused amounting to acquittal — Witnesses not available — Request for further adjournment denied — Whether magistrate can acquit and discharge the accused without hearing all the evidence for the prosecution — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) ss 173(c), (f), 254

Bahasa Malaysia Summary:

Tertuduh telah dituduh dengan kesalahan di bawah s 498C Kanun Keseksaan. Pada 27 Mac 1995 perbicaraan telah bermula dan pihak pendakwaan telah memanggil tiga orang saksi. Pihak pendakwaan kemudiannya memohon suatu penangguhan kerana dua orang saksinya tidak dapat hadir. Perkara itu telah ditangguh kepada 19 April 1995. Oleh kerana saksi-saksi pihak pendakwaan terus tidak dapat menghadirkan diri, perkara itu telah ditangguhkan beberapa kali atas permintaan pihak pendakwaan sehingga 26 dan 27 Julai 1995. Pada 27 Julai 1995, pihak pendakwaan telah sekali lagi memohon untuk penangguhan kerana dua orang saksinya masih lagi tidak dapat hadir.

Peguam untuk pihak pendakwaan telah berhujah bahawa jika penangguhan itu tidak diberi, beliau akan memohon untuk perintah pelepasan yang tidak merupakan pembebasan terhadap tertuduh. Peguam untuk tertuduh berhujah bahawa jika penangguhan tidak diberi, mahkamah patut membebaskan dan melepaskan tertuduh berdasarkan keterangan di hadapan mahkamah. Majistret yang bijaksana telah enggan memberi penangguhan itu dan telah meneruskan untuk melepaskan dan membebaskan tertuduh. Isu di hadapan mahkamah adalah sama ada seorang majistret yang menjalankan perbicaraan terus boleh membebaskan dan melepaskan tertuduh tanpa mendengar keterangan untuk pihak pendakwaan.

Diputuskan:
Diputuskan, mengetepikan perintah pembebasan dan pelepasan terhadap tertuduh dan menggantikannya dengan perintah pelepasan yang merupakan pembebasan:

(1) Ungkapan ‘kesemua keterangan sepertimana yang mungkin dikemukakan’ dalam s 173(c) Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6)(‘KAJ’) mempunyai makna yang sama dengan ungkapan ‘kesemua keterangan yang dirujuk kepada sebelum ini di sini’ dalam s 173(f) KAJ. Keterangan yang dimaksudkan oleh dua ungkapan ini termasuklah kedua-duanya keterangan yang sedia ada di perbicaraan serta keterangan yang tiada di perbicaraan tetapi akan dibuatkan sedia ada jika penangguhan perbicaraan diberi (lihat ms 158F); PP v Zainuddin [1986] 1 MLJ 100 diikut.

(2) Dalam suatu perbicaraan terus, perenggan-perenggan (a) dan (c) s 173 KAJ tidak memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan suatu pelepasan yang merupakan pembebasan seorang yang tertuduh tanpa mendengar keterangan pihak pendakwaan yang menyokong kesnya (lihat ms 158G); PP v Zainuddin [1986] 1 MLJ 100 diikut.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR