FOLLOWERS

Saturday 19 June 2010

GANTI RUGI LOMPAT PARTI TIDAK SAH : DR SHAM RAHAYU ABD AZIZ , UIAM !






KUALA LUMPUR 18 Jun - Langkah DAP Perak menguatkuasakan syarat ganti rugi RM5 juta bagi memastikan wakil rakyatnya tidak keluar parti adalah amat bertentangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan seperti mana diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz berkata, menurut Perlembagaan Persekutuan setiap individu berhak memilih persatuan atau parti politik yang hendak disertai atas nama kebebasan untuk berpersatuan.

Justeru, beliau yang juga pakar Perlembagaan Persekutuan menegaskan, wakil rakyat yang dikehendaki membayar sejumlah itu kerana meninggalkan DAP tidak perlu mematuhi syarat tersebut kerana ternyata ia tidak sah.

"Syarat ini amat menghairankan saya kerana setiap individu telah diberi kebebasan untuk memilih mana-mana persatuan dan parti yang ingin mereka sertai. Mereka bebas untuk masuk atau keluar mana-mana persatuan.

"Ini adalah jaminan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Persatuan atau parti politik tidak berhak untuk mengenakan syarat sama ada menyekat untuk masuk atau keluar seperti mana yang dilakukan oleh parti DAP,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan DAP Perak menguatkuasakan perjanjian yang mensyaratkan setiap wakil rakyatnya membayar ganti rugi sebanyak RM5 juta jika bertindak keluar daripada parti itu.

Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, semua wakil rakyat DAP sebelum ini telah menandatangani perjanjian tersebut selepas Pilihan Raya Umum 2008 bagaimanapun ia tidak dikuatkuasakan.

"Kita telah memutuskan perjanjian itu perlu ditandatangani setiap calon yang dipilih mewakili DAP pada ketika itu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshvinder Singh dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, semalam.

Penghuni Gua : Demokratik cara DAP. Kalaulah mereka memerintah, lebih teruk dari ISA akan diujudkan.............Percayalah. Ini salah satu contoh. Walhal mereka mahir bab perundangan.

3 comments:

  1. Anwar Asyik Tangguh... Bosan19 June 2010 at 13:56

    PG, saya tak fikir mereka benar2 mahir bab perundangan.
    Hanya kita yang rasa mereka mahir. Kalau mereka mahir, takkan mereka buat announcement tentang kerja bodoh seperti itu?

    ReplyDelete
  2. YEAHHHHHHHHHHHHH. MEREKA LOYAR BURUK SEBENARNYA.ORANG SEMUANYA TAK BETUL , DIA AJE BETUL. ORANG SEMUA TAK DEMOKRATIK, DIA AJE DEMOKRATIK. ORANG SEMUA TAK ADIL. DIA AJE YANG ADIL

    ReplyDelete
  3. lawyer memang pandai pusing.

    cuba tanya dalam court.
    2 X 2 = ?

    you mau jwb berapa? 4 boleh 5 pun boleh! I'm lawyer.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR