FOLLOWERS

Sunday 27 June 2010

KJ ! YB IBRAHIM KIRIM SALAM !!!!





KOTA BHARU 26 Jun – “Saya cadangkan kepada kerajaan supaya melantik Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai wakil tetap negara ke Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bertaraf menteri kerana dia sahaja yang faham globalisasi.”

Demikian reaksi Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas kenyataan Khairy yang menyifatkannya sebagai jaguh kampung dan menjadi penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Ibrahim berkata, pertubuhan tersebut sememangnya ‘jaguh kampung’ kerana di kawasan tersebut terdapat ramai orang Melayu dan bumiputera yang memerlukan pembelaan.

Katanya, Perkasa terpaksa memperjuangkan hak kaum pribumi kerana nasib mereka semakin dihimpit apatah lagi Pergerakan Pemuda UMNO yang dipimpin Khairy semakin lesu.

“Saya gembira (dengan kenyataan Khairy) sebab saya memang dibesarkan dengan nyamuk di kampung dan bukannya dilahirkan di Kuwait apatah lagi belajar di Oxford.

“Maka sebab itu nasib orang kampung khususnya Melayu dan bumiputera perlu dibela kerana banyak isu yang dibangkitkan hari ini membabitkan kepentingan bumiputera.

“Perkasa hanya mengisi ruang di atas kegagalan Pemuda UMNO yang semakin lesu di bawah pimpinan Khairy,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Khairy yang mendakwa pendekatan digunakan Perkasa terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Jawapan itu diberikan Khairy ketika ditanya mengenai kenyataan Ibrahim yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu.

Ia berikutan tindakannya mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kelmarin, Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menafikan bahawa beliau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.

Khairy turut dilaporkan berkata, pendekatan Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi laku untuk diguna pakai dalam era globalisasi.

Ibrahim berkata, Khairy tidak perlu menjadi penyibuk kerana apa yang dibangkitkan sebelum ini hanya membabitkan Ka Siong yang mempersoalkan hak bumiputera dalam isu biasiswa.

“Kenapa tiba-tiba dia pertahankan Ka Siong sedangkan jelas pemimpin MCA ini mempertikaikan hak keistimewaan Melayu kerana saya percaya laporan akhbar tidak silap.

“Saya ingin bertanya di mana pendirian Khairy ketika Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dihentam kerana membela Melayu?,” katanya.

Beliau turut mendakwa Khairy menjadi penyumbang kepada kebencian rakyat terhadap UMNO dan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

“Apakah Khairy faham konsep 1Malaysia, Perdana Menteri sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa konsep tersebut tidak sama dengan gagasan Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP kerana 1Malaysia masih di bawah payung Perlembagaan negara,” katanya.

Beliau juga mendakwa mempunyai bukti bahawa ada pelajar Melayu tidak mendapat biasiswa walaupun memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

“Semalam seorang ibu menghubungi saya kerana anaknya, Muhd. Asyraf Fahmi Abdul Razak dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu yang mendapat 12A tidak mendapat biasiswa untuk ditempatkan ke universiti yang lebih baik.

“Saya akan membawa kes ini mengikut prosedur tetapi sekiranya pelajar ini tidak diberikan biasiswa saya akan memulakan langkah untuk menyaman kerajaan,” katanya.

Penghuni Gua : Sudah lah KJ. Di luar ni, semua orang menyampah kepada anda. Anda adalah liabiliti kepada parti dan kerajaan........................Cuba buat kaji selidek kalau tak percaya.

2. Tahniah YB Ibrahim. Anda betul . Pandangan anda terhadap KJ tepat sekali. Salam untuk KJ. Lihat-lihatlah ke bawah sikit . Juga lihat ke belakang sekali sekala. Lihat juga siapa kita..................

10 comments:

  1. pejuang melayu haprak mcm brahim katak ni sape nak pecaye. hari ni dok skng parti tu esok parti lain plak..

    yg ko pn pesal la nk hentam kj tu, dr brahim katak ni ln=bih rmia lg org pecaya kt kj.

    ReplyDelete
  2. x brapa nk sokong perangai ibrahim ali tp aku sokong perjuangan dlm perkasa. x malu ke kj sebagai pemimpin pemuda?org tua mcm yb ibrahim ali pulak yg lebih agresif dlm perjuangan bangsa sedangkan kj pemimpin Pemuda ,pemuda mana? pemuda UMNO, UMNo tu parti sapa? parti melayu,melayu tu apa ? melayu tu bangsa,makanya kj pemimpin bangsa. so mana maruah pemimpin bangsa? yb Ibrahim ali dh bukti sokongan bangsa pada PERKASA walau tiada parti. KJ ada? pi tanya org muda ceruk mana dlm malaysia ni.ada yg meludah sebut nama KJ. mmg ada yg sanjung.tp barisan exco yg telah dibelanya.boleh la dikatakan ko bkn pemimpin tp pengembala sahaja.gembala apa? gembala kambing?lembu? sendiri nilailah.
    "bkn aku yg kata tp mereka yg kata kerana ia sdh ternyata"
    hang kebun

    ReplyDelete
  3. salam pagi ahad PG...

    pendapat aku, memang KJ jadi point kebencian rakyat malaysia dalam PRU lepas...silap pok lah jugak..tak mau ikut cara Tun M bila tadbir negara...tegas Tun M bertempat..orang nak kata ape, lantaklah...janji ape yang dia buat, semua untuk rakyat...

    ape pun,benda dah jadi sejarah...kepimpinan pok lah dah jadi antara PM yang paling teruk dalam mentadbir...

    moga jadi pengajaran kepada PM Najib...ape yang baik pada Tun M, ambillah pengajaran..tegas, adil & saksama...

    ReplyDelete
  4. puak kj dah menyalak...

    ReplyDelete
  5. puak kj ini tak bercampur dgn masyarakat. sebab itu mereka tak tahu kebencian masyarakat malaysia pd kj. kesia juga

    ReplyDelete
  6. SLM BRO..KJ KENE IMBAS BALIK PERKARA2 YG DIA DH BUAT. MUNGKIN SECARA SEDAR ATAU TAK, ADE SESUATU YG BURUK MUNGKIN DIA TERLEPAS PANDANG. KLU X MASA KAN RAMAI YG X SUKE DIA. SO KENE LA FIKIRKAN SEMULA APE DIA DH BUAT DLU

    ReplyDelete
  7. KJ.. hang boleh belah..

    ReplyDelete
  8. Alaahai anon2 smua! Janganlah marah kat YB KJ macam dia tu haprak sangat. Juga jangan hina YB Dato' lbrahim macam dia tu katak sangat. KJ tu menantu bekas PM tau..Dato' lbrahim tu pulak pengganti perjuangan Umno yag dah patah kaki & sayap di beberapa negeri. Mereka berdua tu tokoh2 Melayu belaka. Naiknya mereka pun Malayu yang angkat... Kamu semualah... Malahan kalau nak kira, semua pemimpin kamu yg lain dlm pati bewak [pinjam istilah lord ried] lagi teruk drp mereka berdua...Semuanya cuma jadi tukang jilat, tukang kipas bodek & tukang angguk jer..senyap belaka sebab kekenyangan..!

    Sepatutnya satukan Dato' Brahim dg KJ. Biar mereka sama2 perjuankan Melayu...Ambil TDM jadi mentor mereka....Sah, lagi cepat lingkup harta & hak2 Melayu..& PRU 13 nih? Lingkup Umno dgn Dato' Brahim sekali selagi para pemimpin Melayu yg sombong bodoh tu asyik bertelagah! Tak pecaya? kah kah kah... Bodohlah kalau tak nak pecaya.!

    ReplyDelete
  9. 2, 2 BODOH DAN LEMBU

    ReplyDelete
  10. e'eleh...
    w'ever la...
    asal masyukkkkkkk

    ReplyDelete

PETA PELAYAR