FOLLOWERS

Friday 4 June 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HAK PENJAGAAN ANAK !


[1996] 2 MLJ 150
B Ravandran s/o Balan v Maliga d/o Mani Pillai
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHORE BAHRU) — DIVORCE APPLICATION NO
33–191–1994

Judges HAIDAR MOHD NOOR J

Date 18 OCTOBER 1995

Citation [1996] 2 MLJ 150


Catchwords:

Family Law — Children — Custodianship — Application for custodianship by father — Factors to be considered — Whether welfare of children paramount — Whether child below seven years of age should be placed in custody of mother — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 ss 88(2) & (3)

Family Law — Children — Guardianship — Children ranging in ages of nine months and nine years plus — Whether father should be the guardian in normal circumstances — Guardianship of Infants Act l961 ss 5 & 10

Family Law — Maintenance — Maintenance of wife and children — General principles — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 ss 77, 78 & 93

Family Law — Matrimonial property — Division of property — Matrimonial home purchased by and registered in husband’s and wife’s names — Wife’s contributions to initial payment — Factors to be considered — General principles — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 s 76(2)

Bahasa Malaysia Summary:
[Bahasa Malaysia summary

Pempetisyen dan penentang telah berkahwin secara sah di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan, Johor Bahru pada 22 Februari 1984 dan mereka mempunyai empat orang anak, berumur antara sembilan bulan dan sembilan tahun lebih, yang tinggal bersama penentang. Kemudiannya, perkahwinan mereka retak. Dalam petisyennya untuk perceraian, pempetisyen memohon untuk, antara lain, pembubaran perkahwinan dan jagaan anak-anak mereka. Semasa pembicaraan, perkahwinan tersebut telah dibubarkan secara persetujuan. Walau bagaimanapun, penentang mencabar isu penjagaan, dan sebagai balasan, meminta penyenggaraan bagi dirinya dan anak-anaknya, setengah bahagian pempetisyen dalam kediaman suami isteri dan kos petisyen. Dua orang anak yang lebih tua telah ditemu duga secara berasingan oleh hakim dalam kamar bagi mempertimbangkan kehendak mereka.

Pempetisyen, seorang ahli perniagaan yang sibuk, berhujah bahawa anak saudara perempuan yang tidak berkahwin dan ibunya boleh menjaga anak-anak jikalau dia diberi jagaan. Penentang telah meminta jumlah sebanyak RM2,500 sebagai penyenggaraan bagi dirinya dan anak-anak dan pempetisyen telah menawar RM1,350. Kediaman suami isteri didaftarkan atas nama bersama kedua-dua pempetisyen dan penentang dan adalah tidak dipertikaikan bahawa penentang telah menyumbang kepada harga belian awal. Penentang, semasa tempoh bekerja, telah menyerahkan seluruh gajinya kepada pempetisyen.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan sebahagian petisyen itu:

(1) Penentang telah diberi jagaan kesemua empat orang anak dengan akses munasabah kepada pempetisyen. Berkenaan dengan dua orang anak yang lebih kecil, pempetisyen telah gagal mematahkan anggapan bahawa adalah untuk kebaikan seorang budak yang berumur kurang daripada tujuh tahun untuk bersama ibunya di bawah s 88(3) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (‘Akta tersebut’). Bagi dua orang anak yang lebih tua pula, mahkamah telah memberikan kebajikan mereka pertimbangan yang paling utama, dan telah mengambil kira kehendak ibu bapa dan anak-anak mereka mengikut s 88(2) Akta tersebut. Kasih sayang dan jagaan anak saudara perempuan yang tidak berkahwin atau pun nenek tidak sama dengan kasih sayang dan jagaan ibu sebenar. Juga, adalah tidak sesuai untuk mengganggu penyatuan empat orang anak tersebut akibat masalah-masalah perkahwinan ibu bapa mereka (lihat ms 155H–I, 156 dan 157A–C).

(2) Biasanya, bapa seorang budak harus menjadi penjaga budak itu and hartanya sehingga budak itu mencapai umur majoriti di bawah s 5 Akta Jagaan Budak 1961 [Guardianship of Infants Act 1961]. Oleh kerana tiadanya alasan mengapa si bapa tidak patut menjadi penjaga kesemua budak, pempetisyen kekal sebagai penjaga sehingga mereka mencapai umur majoriti (lihat ms 157E–F).

(3) Memandangkan kemampuan dan keperluan pihak-pihak dan pendapatan pempetisyen serta pendapat bahawa setiap pihak sama-sama bertanggungjawab atas keretakan perkahwinan, pempetisyen diperintahkan membayar penyenggaraan kepada penentang dan empat orang anak sejumlah sebanyak RM1,500 sebulan dari tarikh perintah (lihat ms 158G).
(4) Oleh kerana kedua-dua pihak telah menyumbang kepada belian kediaman suami isteri, ianya tidak sesuai untuk memindahmilik seluruh kediaman suami isteri kepada penentang sebab tiada apa-apa yang akan menghalangnya daripada menjual harta itu. Perintah betul adalah bahawa status quo kekal dan kediaman suami isteri bolehlah dijual apabila anak-anak mencapai majoriti dan hasil untuk dibahagikan sama rata di antara pihak-pihak (lihat ms 159E–F).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

1 comment:

PETA PELAYAR