FOLLOWERS

Tuesday 15 June 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PEMBUANGAN KERJA SWASTA / KESILAPAN MENTERI SUMBER MANUSIA !


[1995] 3 MLJ 740
Liew Fook Chuan v Menteri Sumber Manusia & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — ORIGINATING MOTION NO
R8-25-135 OF 1990

Judges ABU MANSOR J

Date 14 SEPTEMBER NO-YEAR

Citation [1995] 3 MLJ 740


Catchwords:

Administrative Law — Judicial review — Certiorari and mandamus — Minister of Human Resources’ order of non-referral — Decision not to refer employment dispute to Industrial Court — Relevant considerations in exercising discretion — Restriction of defendant’s ability to present case — Whether to quash Minister’s decision

Labour Law — Employment — Dismissal — Referral of dispute to Industrial Court — Whether Minister of Human Resources fully considered facts of case in exercising discretion

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon telah mula bekerja dengan kumpulan Hong Leong di Malaysia (‘syarikat tersebut’) dalam tahun 1977. Selepas itu, dia telah bekerja dengan beberapa syarikat subsidiari dalam kumpulan tersebut dengan pencapaian yang cermelang, dengan menukarkan syarikat subsidiari yang mengalami kerugian kepada perniagaan yang menguntungkan.

Sebagai pengakuan kebolehan pengurusannya yang cermelang itu, dia telah dianugerahkan dengan Award Pengerusi Hong Leong untuk pengurusan cemerlang sebanyak dua kali. Walau bagaimanapun, dalam Februari 1990, tanpa mengira penghormatan yang telah diberikan oleh pemohon kepada majikannya, dia telah dipertuduhkan dengan:

(i) mengadakan rundingan untuk menjual beli hartanah tanpa memberitahu syarikat tersebut bahawa adik lelakinya mempunyai kepentingan dalam urusniaga tersebut sebagai broker; dan

(ii) menceburkan diri dalam perniagaan Asia-Pacific Advisory Sdn Bhd dan Finnova Corp Sdn Bhd tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada badan pengurus, lalu telah memungkiri terma dan syarat penggajiannya.

Pemohon dipecat selepas suatu siasatan diadakan oleh syarikat tersebut. Pemohon kemudiannya telah memfailkan suatu permohonan pegembalian semula di bawah s 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, atas alasan, antara lain, bahawa:

(i) pertuduhan tersebut telah diada-adakan oleh pengarah urusan selepas percubaannya untuk menyebabkan pemohon untuk meletakkan jawatan gagal;

(ii) dia hanya memegang syer nominal di Asia-Pacific Advisory Sdn Bhd;

(iii) dia tidak menerima sebarang gaji sebagai seorang penasihat kehormat Finnova Corp Sdn Bhd, kerana ia merupakan suatu syarikat keluarga. Dia berhujah bahawa menteri sumber manusia telah gagal mempertimbangkan kesemua fakta yang relevan dan pengataannya bahawa dia telah dijadikan mangsa oleh pengarah urusan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan itu:

(1) Apa-apa yang menyekat, atau kelihatan menyekat, kebolehan defendan untuk menyampaikan kesnya boleh diputuskan sebagai suatu kemungkiran keadilan prosedur. Maka, kes yang berkenaan akan menjadi mudah terkena kajian semula kehakiman. Soalan sama ada terdapat kemungkiran yang sedemikian harus diselesaikan dengan mengkaji fakta yang mana menteri menyatakan bahawa dia berpuas hati adalah tidak wajar untuknya merujukkan pertikaian itu kepada Mahkamah Perusahaan.

(2) Dalam keadaan ini, adalah mungkin bahawa pengarah urusan telah mengada-adakan pertuduhan salah laku yang dinyatakan itu untuk menjustifikasikan pemecatan pemohon atas sebab yang dinyatakan oleh plaintif. Jika menteri telah mempertimbangkan kes ini dengan sepenuhnya, dia harus mencapai suatu keputusan yang berlainan daripada yang telah dibuat olehnya.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR