FOLLOWERS

Thursday 3 June 2010

PERANAN ULAMA : PERPADUAN BUKAN PERPECAHAN !





KOTA BAHARU 31 Mei - Kecenderungan ulama masa kini terlibat dalam politik sehingga timbul kesangsian terhadap mereka adalah antara faktor golongan ini tidak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat, kata Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan, Datuk Prof Hussin Abdul Rahman.

Sambil menyifatkan ulama masa kini semakin kebuntuan untuk mengutamakan antara ideologi politik dan kebenaran, beliau berkata ulama kini seharusnya melihat kepada legasi ulama terdahulu yang merupakan pemimpin yang dihormati dan diingati kerana mampu menegakkan kebenaran meskipun terpaksa mengetepikan kehendak dan naluri sendiri.
"Istilah ulama sebenarnya merupakan golongan pemimpin yang memahami tuntutan kebenaran, mereka merupakan golongan yang menyelesaikan, pemikir yang berfikir dengan berpaksikan kebenaran untuk dijadikan satu teladan.

"Namun, disebabkan delima politik, terdapat perilaku ulama yang menimbulkan kesangsian dan kebuntuan sehingga harapan masyarakat kepada ulama kini tidak lagi dipenuhi. Sebagai contoh mereka sepatutnya menyumbang kepada perpaduan tetapi mereka jadi benih perpecahan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Keintelektualan Islam Legasi Ulama Kelantan Di Nusantara di sini hari ini.

Hussin berkata bagi menimbulkan kesedaran terhadap kedangkalan ulama antara mempertahankan kebenaran dan politik, UiTM menganjurkan Seminar Keintelektualan Islam Legasi Ulama Kelantan Di Nusantara itu bagi mengangkat kembali martabat ulama di negara ini dengan cara mencontohi dan mengingati perjuangan ulama terdahulu. - Bernama

Penghuni Gua : Fikirkan. Jangan sampai ulama hilang penghormatan dari rakyat awam seperti kami. Sekarang ini , melihat telatah setengah ulama kita sebagai awam ini semakin naik menyampah. Mulut mereka lebih teruk dari kami semua . MasyaAllah!!!. Siapa mereka? Semua sudah tahu.!!!!

5 comments:

  1. Tuntutan politik mengatasi tuntutan kebenaran. Ulamak berpuas hati bila pandangan politik diterima sebagai pandangan hukum sedangkan kebenaran tidak begitu.

    Membenarkan kutipan hasil arak,lesen anjing,lesen premis judi dan maksiat tetapi TIDAK untuk lesen judi bola adalah kerana menuntut kepentingan politik bukan kebenaran islam. Ulamak politik berjaya menutup kebenaran setelah berjaya menutup pintu hati pengikut mereka.

    ReplyDelete
  2. UMNO forever

    teruskan menulis bro

    ReplyDelete
  3. ulama' adalah ciptaan parti politik..
    jadi ulama' kerana politik..

    ReplyDelete
  4. ulama' cap PAS=tak bole pakai....

    ReplyDelete
  5. Salam,

    1 "Sesungguhnya yg paling takut kpd Allah di kalangan hamba2-Nya adalah para ulama'" [maksud ayat 28, Surah Fathir [35]

    2 Krana itu, para ulama' trdahulu, krana sngat takunya mreka kpd Allah, tlah benar2 mletakkan diri mreka sebagai bukan hanya orang yg brilmu [muta'alimin], tetapi beraktiviti bagaimana ilmu mreka dpat digunakan utk mewujudkan kemashlahatan [kebaikan/faedah] umat. Utk tujuan itu, tidak lain para ulama' - dgn ilmu, muhasabah & tunjuk ajar - terjun ke tngah2 masyarakat, mlibatkan diri dlm urusan kehdupan masyarakat [itulah politik] bagi mmpastikan umat hidup di atas dasar syariat Allah. Jadi, ulama' tidak dapt mmisahkan diri dari urusan khidupan rakyat [politik], krana lslam tidak mnegnal pemisahan agama [syariat] dri urusan kehidupan [politik], iaitu ideologi yg disebut Sekuralisme.

    3 Dgn dmikian, politk ulama' buknlah politk partisan, apalagi politik pragmatik & oportunisktik, politik Machiavellik, tetapi politk ideologi yg bersumberkan wahyu - ideologi lslam - politik di atas manhaj Nubuwwah [jalan kenabian] - ideologi yg kini sudah tiada lagi stelah Daulah Khilafah dirunthkan oleh kafir pnjajah dgn bantuan Muatafa Kemal pada tahun 1924M.

    4 Abibatnya, kita lihat skarang ulama' tergolong ke dlm dua kelompok; Pertama: yg mmisahkan diri drp politik krana melihat politk sbgai aktviti kotor & najis, lalu trtanggal title ulama' sebenar2nya drp mreka & kembali hnya sebagai muta'alimin saja [pengumpul & pnyampai ilmu], tanpa mmperdulikan adakah ilmu mreka diamalkan/dijadikan tuntunan msyarakat atau tidak. Golongan kedua; ialah ulama yg ikut dlm politik realiti skarang, iaitu politik Sekular; menjadi ulama politik partisan - ulama yg menjual dirinya kdp pemerintah sekular, atau di pihak penentang - yg juga dgn ideologi sekular - tapi utk tujuan yg sama juga : kuasa, kedudukan & material. lnilh sebagaimana yg disebutkan dlm posting ini, "..ulama yg menimbulkan kesangsian & kebuntuan sehingga harapan masyarakat kpd ulama [utk mencari kebenaran] kini tidak dapat dipenuhi..."

    Wallahu a'lam.

    Abufaiq

    ReplyDelete

PETA PELAYAR