FOLLOWERS

Saturday 17 July 2010

INGATAN KETUA POLIS SELANGOR KEPADA MB SELANGOR ! FAHAM SIKIT !!





SHAH ALAM 16 Julai - Kerajaan Selangor diminta menyerahkan siasatan kes kecurian pasir yang berlaku di negeri itu kepada penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Polis negeri, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, ini kerana siasatan kes kecurian pasir bukan di bawah bidang kuasa polis dan perkara itu telah dipersetujui sejak sekian lama.

Beliau berkata, polis hanya akan membantu sekiranya ada permintaan daripada pihak PBT, itu pun jika kes yang dilaporkan berkait dengan jenayah.

"Dalam mesyuarat yang dijalankan bersama pihak Setiausaha Kerajaan Negeri minggu lalu, juga disebut bahawa siasatan kes curi pasir adalah di bawah PBT.

"Jadi kita harap kerajaan negeri faham perkara ini dan mintalah pihak PBT melakukan siasatan atau tubuhkan sendiri pasukan khas dengan kerjasama PBT kerana itu memang bidang kuasa mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kerajaan Selangor yang dilihat gagal menangani isu kecurian pasir di negeri itu kini cuba menyeret Kerajaan Pusat dalam kontroversi tersebut.

Ia terbukti apabila Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kelmarin berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan surat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meminta kerjasama Kerajaan Pusat membantu menyelesaikan isu tersebut.

Selain Muhyiddin, Abdul Khalid memberitahu, surat berkenaan turut dikemukakan kepada Khalid, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mengenai surat yang dikatakan telah dihantar oleh Menteri Besar kepada beliau kelmarin, Khalid berkata, surat itu baru diterimanya petang semalam.

Ujar beliau, dalam surat itu yang dihantar ke pejabatnya, turut dikepilkan beberapa laporan polis yang dibuat oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).

Antara laporan tersebut, dakwaan kumpulan itu dihalang oleh Orang Asli untuk mengorek pasir di Olak Lempit, Kuala Langat, kecurian pasir di beberapa lokasi dan pondok di tempat korek pasir dibakar.

Turut disertakan kata beliau, satu surat yang antara lain meminta supaya kes kecurian pasir disiasat secara profesional oleh pihak berkuasa.

"Itulah surat yang kononnya dihantar kepada saya, Ketua Polis Negara dan Timbalan Perdana Menteri, dan laporan polis yang banyak itu seolah-olah nak beritahu yang kita tak jalankan siasatan.

"Saya ingin maklumkan yang dalam banyak-banyak laporan itu hanya kes pondok terbakar sahaja yang polis siasat kerana ada unsur khianat. Kes-kes lain sepatutnya disiasat oleh PBT," jelas beliau.

Sehubungan itu, kata Khalid, beliau menasihatkan Menteri Besar dan kerajaan negeri segera menubuhkan pasukan penyiasat di bawah PBT agar kes curi pasir di negeri ini dapat ditangani dengan baik.


Penghuni Gua : Ingat YAB MB Selangor. Ketua Polis Selangor dah beri penerangan mengenai bidang kuasa bab curi pasir ini. Ia kuasa kerajaan negeri.

2. Jangan cuci tangan. Bial SPRM dan PDRM tangkap pemimpin PR yang rasuah atau panggil beri keterangan mengenai rasuah , anda juga yang sibok mendakwa, bahawa ini serangan kerajaan pusat terhadap kerajaan PR Selangor dengan guna 2 jentera kerajaan ini.

3. Bila tersepit, pandai pulak nak minta tolong kedua agensi ini bagi mencuci daki PR.

4. Cukuplah hipokrit tu YAB Khalid. Menyampah kami dibuatnya.

Nota : Jangan pandai lulus lesen aje, tapi penguatkuasaannya tak ada. hanya nak makan kedarah hasil aje. Begitu juga dengan lesen kelab malam dan lesen hiburan serta rumah urut. Kerajaan Negeri hanya pandai lulus lesen, tetapi penguatkuasaan oleh PBT tak ada langsung. Kemudian bila bertambah maksiat, nak salahkan polis kerana kononnya tak jalan kerja.

Kerja penguatkuasaan keatas lesen kelab malam, perjudian dan rumat urut tu, semuanya kerja PBT. Sekarang ini jadi terbalik kot, polis pulak yang jadi mangsa. PBT asyik kedarah duti lesen dan hanya pandai keluar lesen. Penguatkuasa PBT goyang telor aje. Kemudian MB pulak nak salahkan PDRM. Apalah........................Lihat le diri sendiri......................

Lihat juga posting PG sebelum ini mengenai isu yang sama : KLIK

8 comments:

  1. Kerja Pemimpin PR ni memang salahkan orang dan buat janji untuk menang plihanraya..bila dah memerintah tak tahu buat kerja, lepas tu salah
    sendiri tak nak ngaku......

    ReplyDelete
  2. BEWAK LORD RIED,

    ADA BERAK HARI INI?

    ReplyDelete
  3. MB paling dungu

    ReplyDelete
  4. Curi pasir tu bukan jenayah rupanya...

    ReplyDelete
  5. to kuda perang:

    kau pnah nampak bomba buat sekatan jalanraya saman knderaan2 yg mlanggar praturan jalanraya?
    jawapannya mmg tak pnah dan bomba takkan buat krja tu..sebab apa?
    Dah mmg bkn bidang kuasa dia.
    jnayah ttp jenayah

    ReplyDelete
  6. Hahahahaha... memang la Kuda Perang, curi pasir bukan jenayah tapi ada unsur rasuah. Biasa la, mengkayakan kroni2 punaisihat RM1 kat Selangor tu. Kalau tak bagi kaya, bising pula penganut2 Parti Kencing Rakyat nanti. Korek selagi boleh.....

    Jangan lupa Kuda Perang, offer sekali tanah depan rumah kamu tu, biar jadi lombong pasir pula. Lepas ni boleh tukar nama Kuda Perang jadi Kuda Pasir, untung berjuta2. Tak mahu ke????

    Bukan buat jenayah pun..... Hahahahahahaha

    ReplyDelete
  7. jilat jgn x jilat!
    ape lu dapat brader?

    ReplyDelete
  8. UMNO sangat menyedari bahana yang akan diterimanya sekiranya parti itu gagal merampas Selangor dalam pilihan raya umum akan datang. Kerana itu pengumuman pilihan raya umum akan dibuat bergantung kepada keadaan Umno di negeri itu. Selagi Umno merasakan Selangor tidak selesa maka pilihan raya akan datang tidak segera dilakukan, mungkin akan genap penggal ke 12 parlimen pada Mac 2013.

    Sebaliknya kalau Umno berkedudukan selesa di negeri itu, kemungkinan pilihan raya akan dipercepatkan.

    Banyak faktor kenapa Umno mengambil perkiraan itu. Salah satunya ialah kedudukan Selangor sebagai sebuah negeri yang terkaya di negara ini. Kehilangan Selangor kepada Umno tak ubah seperti hilangnya karung emas bagi parti itu. Duit di Selangorlah yang akan digunakan untuk menjana Umno di negeri lain. Apabila Selangor sudah dirampas Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-12 lalu, maka kekayaan itu sudah tidak ada lagi.

    Inilah menyebabkan pemimpin Umno Selangor menjadi gila. Khir Toyo sampai menggelepar terkeluar dari botol kerana sudah tidak jadi MB lagi. Begitu juga dengan Noh Omar yang bercita-cita besar nak jadi MB Selangor, bernasib baik kerana tidak bertanding di kerusi Dun dalam pilihan raya lalu. Kalau beliau juga dibawa ke Dun pasti Noh juga sudah sasau macam Khir Toyo hari ini.

    Musibah kehilangan Selangor itu sudah dapat dilihat kini. Bila Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat Umno Selangor jadi huruhara. Iyalah orang tidak biasa ditimpa kecelakaan sekali terkena celaka buruk padahnya. Umno sampai tidak tahu untuk lantik siapa jadi ketua hingga terpaksa Najib Razak memimpin Selangor.

    Jadi Umno kena wujudkan keadaan selesa di Selangor. Makanya untuk mewujudkan keadaan itu Umno telah melakukan pelbagai strategi bagi mengoncangkan kerajaan Pakatan Selangor dan mengugahkan keyakinan rakyat kepada kerajaan baru itu. Macam-macam dilakukan. Awalnya kerja memburukkan Khalid Ibrahim sebagai MB. MB itu dituduh rasuah dan tidak reti metadbir dan sebagainya. Namun ia tidak membawa apa-apa bekas. Rakyat Selangor yang celit maklumat dan tidak berada dalam asap Umno nampak perubahan yang dilakukan Khalid. Dengan sendirinya fitnah terhadap Khalid tertolak.

    Lepas itu ditimbulkan cerita yang Mohd Azmin Ali dan puak-puaknya bencikan Khalid. Kononnya Azmi mahukan jawatan MB dan berkonspirasi untuk menjatuhkan Khalid. Sekali lagi usaha itu tidak membawa hasil. Sebaliknya pertukaran jawatan pengerusi PKR Selangor dari Khalid kepada Azmin mengukuhkan kedudukan parti berkenaan. Isu ini tidak berapa menarik dan mempersonakan rakyat Selangor.

    Kini ditimbulkan pula isu pencurian pasir. Umno sengaja menimbulkan isu ini kerana ia dilihat sensitif. Tidak cukup menggunakan media massa, cetak dan eletronik, isu itu dibawa ke istana pula. Ada pihak yang cuba menggunakan istana untuk menjatuhkan kerajaan Selangor.

    Isu pasir sama juga dengan isu-isu lain sebelum ini tidak berapa menjadi. Yang rungsing dan sibuk dengan isu pasir ialah Umno bila mana kroni mereka tidak dapat terus mengaut keuntungan daripada kerja mengorek pasir. Sebelum ini lesen mengorek pasir diberikan kepada kroni Umno saja. Bukan itu saja ia juga tidak mengutungkan seperti mana perwujudan konsotium yang dibentuk oleh kerajaan kini.

    Memerhati kepada gelagat dan tindakan Umno Selangor itu menjelaskan ianya dalam keadaan terdesak. Umno Selangor kehabisan modal dan usaha bagi menumbangkang kerajaan Pakatan.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR