FOLLOWERS

Thursday 1 July 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES DYING DECLARATION RAKAN SEJENAYAH !


[1993] 3 MLJ 702
Public Prosecutor v Mohd Jamil bin Yahya & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (ALOR SETAR) — CRIMINAL TRIAL NO 47–3–92

Judges KC VOHRAH J

Date 26 SEPTEMBER 1993
Citation [1993] 3 MLJ 702


Catchwords:

Criminal Procedure — Trial — Prosecution’s case — Trafficking in dangerous drugs — Evidence that one of the two accused placed bag with cannabis in the car but no evidence which one of the two did it — Whether prosecution had proven its case

Evidence — Hearsay — Dying declaration — New exception under the hearsay rule — Evidence (Amendment) Act 1993

Evidence — Hearsay — Dying declaration — Declarant to be open to impeachment and discrediting in the same way as other witnesses — Evidence Act 1951 ss 32, 33 &158

Evidence — Corroboration — Dying declaration — No evidence that declarant had been employed as informer — Whether corroboration needed
Words and Phrases — ‘Accomplice’

Bahasa Malaysia Summary:

Kedua-dua tertuduh telah dituduh kerana mengedar dadah berbahaya, suatu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Pihak pendakwa telah bergantung kepada pernyataan yang telah dibuat oleh seorang yang telah meninggal dunia (‘pembuat deklarasi itu’) semasa suatu penyiasatan dibuat, di bawah s 112 Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6), untuk membuktikan kesnya terhadap kedua-dua tertuduh itu. Pernyataan oleh pembuat deklarasi itu telah diterima di bawah s 32(1)(i) Akta Keterangan 1950 (‘Akta itu’), yang mengandungi suatu pengecualian baru di bawah keadah dengar cakap, yang telah diperkenalkan oleh Akta (Pindaan) Keterangan 1993. Di dalam pernyataan itu, pembuat deklarasi itu, seorang yang mengaku dirinya sebagai pengedar dadah, kelihatan membabitkan tertuduh pertama dengan pembelian beg ganja yang telah dirampas dan secara sampingan membabitkan tertuduh kedua dengan beg yang telah dirampas itu.

Diputuskan:
Diputuskan, membebas dan melepaskan kedua-dua tertuduh:

(1) Pembuat deklarasi itu sepatutnya boleh dicabar dan dicemarkan nama baiknya sebagaimana saksi-saksi yang lain. Prinsip mencabar dan mencemarkan nama baik pembuat akuan nazak diiktirafkan oleh peruntukan statutori dan dilanjutkan kepada semua pembuat pernyataan yang boleh diterima di bawah ss 32 dan 33 Akta itu kerana s 158 Akta itu memperuntukkan bahawa apabila sesuatu pernyataan yang relevan di bawah ss 32 atau 33 dibuktikan, kesemua perkara boleh dibuktikan sama ada untuk menyangkal atau menyokongnya, atau untuk mencabar atau mengesahkan kebolehpercayaan orang yang telah membuat pernyataan itu, yang mungkin dapat dibuktikan jika orang itu dipanggil sebagai saksi dan telah menafikan kebenaran perkara yang dinyatakan apabila diperiksa balas.

(2) Setakat mana kebolehpercayaan boleh disangkutkan kepada suatu pernyataan yang dibuat oleh pembuat deklarasi di bawah s 32(1)(i) Akta itu yang jelas mempunyai kepentingan, mesti dikaji dengan amat berhati-hati, lebih-lebih lagi jika tertuduh itu menghadapi tuduhan yang membawa hukuman mati mandatori jika disabit.

(3) Jika pembuat deklarasi merupakan seorang rakan sejenayah, atau seorang yang memujuk, menolong atau bersubahat, oleh itu, jika pembuat deklarasi itu masih hidup dan memberi keterangan di mahkamah, adalah bijaksana supaya memerlukan sokongan untuk keterangannya dalam perkara material. Jika beliau tidak merupakan seorang rakan sejenayah, andaikan beliau masih hidup dan memberi keterangan di mahkamah, dan jika beliau dicantum di dalam tindakan itu, rukun keterangan sokongan tidak terpakai. Di dalam kes ini, tidak ada keterangan yang menunjukkan bahawa pembuat deklarasi telah digaji sebagai seorang pemberi maklumat dan oleh itu, keterangan beliau tidak perlu disokong. Akan tetapi, beliau patut sekurang-kurangnya diperiksa balas dan keterangan beliau diuji. Tetapi pernyataan itu tidak boleh ditentu-sahkan oleh pemeriksaan balas. Lebih-lebih lagi, pernyataan itu telah direkodkan lebih kurang satu hingga lima bulan selepas kedua-dua tertuduh ditahan dan berlainan dengan apa yang diingati oleh pegawai penyiasat. Mahkamah amat meragui kebolehpercayaan pernyataan itu dan adalah lebih selamat jika tidak bergantung kepadanya.

(4) Di penghujung kes pihak pendakwa, terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa satu daripada dua tertuduh itu telah meletakkan beg yang mengandungi ganja itu di dalam kereta itu tetapi tidak terdapat bukti yang menunjukkan yang mana satu daripada dua tertuduh itu yang melakukannya. Oleh itu, pihak pendakwa tidak bejaya membuktikan kesnya dan kedua-dua tertuduh berhak dibebaskan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR