FOLLOWERS

Saturday 24 July 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HABEAS CORPUS / TAHANAN MENYALAHI PROSEDUR !


[1994] 2 MLJ 336

Ng Chai Yang v Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Ors
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (TAIPING) — ORIGINATING SUMMONS NO
24–6–1994(T)

Judges ABDUL MALIK ISHAK JC

Date 15 APRIL 1994
Citation [1994] 2 MLJ 336


Catchwords:

Criminal Procedure — Habeas corpus — Invalid ground for application — Denial of access to counsel — Not contrary to Federal Constitution art 5(3)
Criminal Procedure — Habeas corpus — Procedure — Whether detainee’s wife could affirm affidavit in support of application — Whether there was failure to state source and grounds of information and belief — Whether averments were hearsay — Rules of the High Court 1980 O 41 r 5(1) & (2)

Criminal Procedure — Habeas corpus — Procedure — Failure by Minister to rebut allegations in plaintiff’s affidavit in support — Whether allegations deemed to be admitted — Whether necessary to rebut allegations — Rules of the High Court 1980 O 41 r 5(1) & (2)
Criminal Procedure — Habeas corpus — Restricted Residence Act 1933 — Plaintiff detained for 20 days before restriction order issued — Whether detention legal — Restricted Residence Act 1933 s 2(i) & (ii)

Criminal Procedure — Habeas corpus — Procedure — Failure of defendant to rebut allegations in plaintiff’s affidavit in support — Whether irregularity could be cured — Rules of the High Court 1980 O 2 r 1

Criminal Procedure — Habeas corpus — Principles governing — Technical defects in restriction order — Right of plaintiff to avail himself of defects

Bahasa Malaysia Summary:

Pada 31 Oktober 1993, plaintif telah ditangkap dan ditahan di penjara Johor Bahru mengikut suatu perintah yang dibuat oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (‘Timbalan Menteri’) di bawah s 2(i) Akta Kediaman Terhad 1933 (‘Akta itu’) atas dasar bahawa beliau telah mengendalikan suatu operasi perjudian empat nombor ekor yang haram di Muar, Johor sejak 1990. Pada 19 November 1993, Timbalan Menteri telah mengeluarkan suatu perintah sekatan di bawah s 2(ii) Akta itu untuk menghadkan plaintif ke Kuala Kurau, Perak selama tiga tahun bermula dari 19 November 1993 dan meletakkan plaintif di bawah pengawasan polis untuk tempoh itu mengikut s 2A(i) Akta itu. Kedua-dua perintah telah disampaikan kepada plaintif pada 19 November 1993 tetapi plaintif telah dibawa ke Kuala Kurau hanya pada 20 November 1993.

Untuk menyokong permohonan habeas corpus ini, isteri plaintif telah mengikrar suatu afidavit yang menyatakan bahawa plaintif telah dibawa ke balai polis Tangkak pada 19 November 1993 di mana beliau berjumpa dengan plaintif. Akibatnya, telah dihujahkan bahawa Timbalan Menteri tidak menandatangani perintah itu di bawah ss 2(ii) dan 2A(i) Akta itu pada 19 November 1993 tetapi bahawa tarikh perintah itu telah ditunda. Isteri plaintif seterusnya menegaskan bahawa semasa di bawah tahanan sah di penjara Johor Bahru, suami beliau telah dinafikan: (i) akses kepada peguambela, bertentangan dengan cabang kedua perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan; dan (ii) akses kepada alatulis dan tidak dapat menulis kepada Timbalan Menteri dan, akibatnya, tidak dapat membuat rayuannya dalam masa 14 hari seperti yang dikehendaki oleh Timbalan Menteri.

Peguamcara plaintif berhujah bahawa oleh kerana pengataan isteri plaintif tidak dipatahkan oleh pihak pembela, pengataan itu seharusnya dianggap sebagai diakui. Sebaliknya, peguam persekutuan bagi pihak defendan berhujah bahawa isteri plaintif telah gagal menyatakan sumber dan dasar maklumat dan kepercayaannya seperti yang diperlukan di bawah A 41 k 5(1) dan (2) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (‘KMT’), dan dengan itu menyebabkan pengataan itu tidak berguna kerana ianya merupakan keterangan dengar cakap. Peguam persekutuan berhujah bahawa kegagalan isteri plaintif untuk mematuhi A 41 k 5(1) dan (2) KMT adalah suatu kecacatan yang menjejaskan akar umbi proses undang-undang dan tidak boleh dibetulkan. Akibatnya, defendan tidak perlu menjawab pengataan tersebut.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan untuk habeas corpus dan memerintahkan pelepasan plaintif:

(1) Aduan plaintif bahawa beliau telah dinafikan akses kepada peguambela tidak bertentangan dengan cabang kedua perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu tidak merupakan suatu alasan untuk mana remedi yang berpatutan adalah habeas corpus.

(2) Isteri plaintif telah mengikrarkan afidavit untuk menyokong permohonan habeas corpus dengan betul dan telah merujuk kepada pengetahuan peribadinya kerana beliau telah berjumpa dengan plaintif di penjara Johor Bahru dan telah disuruh olehnya untuk mendapatkan perkhidmatan peguambela. Beliau telah menerangkan kedudukan dan kuasanya untuk mengikrar afidavit itu kerana beliau telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh plaintif, memandangkan hakikat bahawa tidak terdapat pesuruhjaya sumpah di Kuala Kurau, Perak. Oleh itu, pengataan yang terkandung di dalam afidavitnya telah mematuhi A 41 k 5(1) dan (2) KMT.

(3) Oleh kerana pengataan isteri plaintif telah mematuhi A 41 k 5(1) dan (2) KMT, pengataan tersebut semestinya benar kerana defendan gagal mematahkannya di dalam afidavit mereka.
(4) Tahanan plaintif yang berlanjutan di penjara Johor Bahru sebelum perintah sekatan di bawah s 2(ii) Akta itu telah dikeluarkan menyalahi undang-undang, bertentangan dengan undang-undang dan menjadikan perintah sekatan itu batal dan tidak sah dan penjelasan yang lemah yang diberikan oleh Timbalan Menteri mengenai kelengahan itu tidak dapat diterima oleh mahkamah.

(5) Walaupun pada asasnya, kaedah prosedur mesti dipatuhi dalam proses litigasi, sesuatu luar aturan atau kecacatan tidak akan menjadikan prosiding itu terbatal secara automatik kerana mahkamah mempunyai budi bicara di bawah A 2 k 1 KMT untuk membetulkan sebarang ketidakpatuhan dengan sesuatu kaedah prosedur.

(6) Bagaimanapun, di mana kebebasan seseorang individu menghadapi risiko akan lucut, mesti terdapat kepatuhan secara teliti dengan undang-undang dan apabila memohon untuk suatu writ habeas corpus, plaintif berhak bergantung kepada sebarang kecacatan teknikal yang mungkin mentaksahkan perintah yang melucutkan kebebasannya. Plaintif dibebaskan dengan serta-merta.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR