FOLLOWERS

Tuesday 13 July 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PAMPASAN TANAH / HAK MERAYU !


[1996] 2 MLJ 45
Pentadbir Tanah Daerah Melaka Tengah v Mat Nayan bin Tak
Case Details:

Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL
APPLICATION NO M–08–189–95

Judges MAHADEV SHANKAR JCA
NH CHAN JCA
ZAKARIA YATIM JCA

Date 29 JUNE 1995
Citation [1996] 2 MLJ 45



Catchwords:

Civil Procedure — Appeal — Leave to appeal — Appeal to Court of Appeal — Compensation under land acquisition — Value of compensation less than RM250,000 but above RM5,000 — Whether leave from the Court of Appeal was required — Courts of Judicature Act 1964 s 68(1)(a) — Land Acquisition Act 1960 s 49

Bahasa Malaysia Summary:
[Bahasa Malaysia summary

Penentang dalam kes ini merupakan tuan punya tanah yang tanahnya telah diambil di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (‘APT’). Oleh kerana dia tidak berpuas hati dengan award pengutip, dia telah merujukkan tuntutannya untuk pampasan kepada Mahkamah Tinggi. Hakim Mahkamah Tinggi telah menambahkan award pengutip kepada RM44,964.71.

Pentadbir tanah daerah telah memohon kebenaran untuk membuat rayuan bagi menentang penambahan itu. Walau bagaimanapun, penentang berhujah bahawa sungguhpun amaun award Mahkamah Tinggi adalah kurang daripada RM250,000 tiada kebenaran untuk merayu diperlukan kerana s 68(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (‘AMK’) tidak terpakai dalam kes ini. Pemohon juga berhujah bahawa APT merupakan suatu undang-undang yang lengkap yang memberi pemohon hak bebas untuk merayu jika award pengutip melebihi RM5,000. Soalan yang harus dipertimbangkan oleh mahkamah ialah sama ada kebenaran daripada Mahkamah Rayuan adalah diperlukan dalam perkara pengambilan tanah.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan untuk kebenaran merayu:

(1) (Oleh Mahadev Shankar HMR) Seksyen 4 AMK memperuntukkan bahawa dalam keadaan di mana terdapat tidak konsisten atau percanggahan antara AMK dan sebarang undang-undang secara bertulis selain daripada Perlembagaan, peruntukan AMK adalah terpakai (lihat ms 50C).

(2) (Oleh Mahadev Shankar HMR) Mengikut s 67(1) AMK, Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan rayuan daripada sebarang penghakiman atau perintah Mahkamah Tinggi tentang sebarang perkara sivil, tertakluk kepada AMK atau sebarang undang-undang bertulis yang lain yang mengawal terma dan syarat atas mana rayuan harus dibuat (lihat ms 50D–F).

(3) (Oleh Mahadev Shankar HMR) Hak merayu di bawah s 49 APT sama dengan hak yang dikurniakan oleh s 67(1) AMK, kecuali kategori perayu yang dibenarkan di bawah APT lebih meluas kerana ‘mana-mana orang yang berkepentingan ... boleh merayu ...’ (lihat ms 50G).

(4) (Oleh Mahadev Shankar HMR) Sama ada kebenaran harus didapatkan bergantung kepada ‘terma dan syarat atas mana rayuan harus dibuat.’ Penyusunan kata s 49(2) APT adalah konsisten dengan s 67(1) AMK kerana kedua-duanya menghendaki rayuan dibuat dalam masa dan mengikut cara yang diperuntukkan, iaitu tertakluk kepada AMK dan undang-undang yang relevan pada perkara tersebut (lihat ms 50H).

(5) (Oleh Mahadev Shankar HMR) Isu sama ada hak rayuan adalah mutlak atau bersyarat bergantung kepada amaun atau nilai hal perkara tuntutan (tanpa mengira faedah). Mengikut s 68(1)(a) AMK, suatu rayuan memerlukan kebenaran jika amaun atau nilai hal perkara tuntutan (tanpa mengira faedah) adalah kurang daripada RM250,000 (lihat ms 49H).
(6) (Oleh Mahadev Shankar HMR) Kebenaran untuk merayu dalam perkara ini dibenarkan oleh kerana amaun yang terlibat adalah daripada RM5,000 tetapi kurang daripada RM250,000 (lihat ms 51G).

(7) (Oleh NH Chan HMR) Dalam perkara yang berkenaan dengan pengambilan tanah, pihak yang mempunyai kepentingan boleh merayu (mengikut s 49(1) APT) dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan jika amaun award itu tidak kurang daripada RM5,000. Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa (mengikut s 67(1) dibaca dengan s 4 AMK) untuk mendengar rayuan tersebut, tetapi kebenaran merayu dari Mahkamah Rayuan diperlukan jika amaun atau nilai hal perkara tuntutan itu adalah kurang daripada RM250,000 (mengikut s 68(1)(a) AMK). Dalam kes ini, oleh kerana award adalah melebihi RM5,000 tetapi kurang daripada RM250,000, rayuan boleh dibuat dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan, tetapi hanya dengan kebenaran Mahkamah Rayuan sahaja (lihat ms 52I dan 53A–B).]

Per curiam

(Oleh Mahadev Shankar HMR) Seksyen 28(1) AMK tidak menjejaskan hak rayuan yang diberi oleh s 49(1) APT memandangkan terdapatnya kata-kata, ‘Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis ...’ yang mendahului s 28(1) AMK (lihat ms 51F).

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

2 comments:

  1. ALLOO BEWAK PG.....

    TADAK SAPA TERLIUQ NAK KOMEN PASAI UNDANG2 AIIIH... HANG TOSAH TULIH LA BAB NI..... SAPA YANG MAI PON DEPA TAK BACA...KECUALI AKU.

    he he he

    ReplyDelete
  2. boleh tak admin tulis banyak lagi kes pasal pengambilan tanah

    ReplyDelete

PETA PELAYAR