FOLLOWERS

Wednesday 14 July 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PEREBUTAN ASN OLEH ISTERI PERTAMA !


[1994] 1 MLJ 156
Noor Jahan bte Abdul Wahab v Md Yusoff bin Amanshah & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CIVIL SUIT NO 22–97–88

Judges EDGAR JOSEPH JR SCJ

Date 3 JULY 1993
Citation [1994] 1 MLJ 156


Catchwords:

Islamic Law — Matrimonial property — Whether sapencarian property within the meaning of s 40(3)(b)(iv) of the Administration of Muslim Law Enactment 1959 — Administration of Muslim Law Enactment 1959 s 40(3)(b)(iv)
Islamic Law — Jurisdiction of civil court — Trust property — Whether issues which arose had dominant and immediate connection with action or proceeding — Administration of Muslim Law Enactment 1959 s 40(3)(b)(i)

Civil Procedure — Pleadings — Striking out — Whether statement of claim disclosed reasonable cause of action — Whether court could resolve conflicts of evidence on affidavit evidence

Family Law — Matrimonial property — Muslim parties — Whether issue was within jurisdiction of civil courts or Syariah Courts — Federal Constitution art 121(1A) — Administration of Muslim Law Enactment 1959 s 40(3)(b)
Civil Procedure — Injunctions — Setting aside — Non-disclosure of facts — Whether damages an adequate remedy — Balance of convenience

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif merupakan bekas isteri defendan pertama dan menuntut bahawa 47,001 unit saham Amanah Saham (‘saham itu’) yang dikeluarkan oleh defendan kedua, Amanah Saham Nasional Sdn Bhd, walaupun didaftarkan dalam nama defendan pertama, dipegang atas amanah untuknya dan memohon suatu injunksi dan suatu perintah untuk pemindahan saham itu kepadanya. Plaintif mengatakan bahawa beliau telah membeli saham itu atas permintaan defendan pertama dan suatu amanah berbangkit yang memihak kepadanya telah timbul. Plaintif telah diberikan suatu injunksi interlokutori.

Defendan pertama mengatakan bahawa saham itu merupakan suatu hadiah dan memohon untuk: (i) membatalkan tuntutan plaintif atas alasan bahawa ia tidak mendedahkan apa-apa kausa tindakan yang munasabah, ia adalah remeh, menyusahkan dan salah tanggap di sisi undang-undang dan suatu penyalahgunaan proses mahkamah; dan (ii) mengetepikan injunksi interlokutori atas alasan bahawa tidak ada soalan serius untuk dibicarakan, terdapat ketakdedahan fakta material, ganti rugi merupakan pampasan mencukupi dan imbangan kesesuaian memihak kepada defendan pertama berbanding dengan kepada plaintif. Defendan pertama juga menimbulkan suatu bantahan permulaan bahawa di bawah perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara ini kerana Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif ke atas isu yang timbul di dalam kes ini.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan defendan pertama:

(1) Memandangkan kepada konteks dan tujuan s 40(3)(b)(i) Administration of Muslim Law Enactment 1959 (‘Enakmen itu’) yang membuat peruntukan untuk mengawal hal agama Islam, supaya membawa suatu tindakan atau prosiding ke dalam skopnya, isu yang timbul harus mempunyai kaitan dominan dan langsung dengan tindakan atau prosiding itu. Tuntutan plaintif untuk relief injunktif bukanlah bersampingan dengan perceraian di antaranya dan defendan pertama tetapi hanya berbangkit daripada relief utama yang dipohon, iaitu deklarasi mengenai keempunyaan saham itu. Lebih-lebih lagi, tuntutan plaintif yang berdasarkan kepada amanah berbangkit, tidak kena-mengena dengan hal agama Islam.

(2) Mengenai soalan sama ada tindakan plaintif berkenaan dengan ‘pembahagian inter vivos harta sepencarian’ (‘division inter vivos of sa-pencarian property’) mengikut maksud s 40(3)(b)(iv) Enakmen itu, adalah diperakui oleh kedua-dua pihak bahawa perkara tindakan ini adalah 47,001 unit saham yang telah dibeli dengan wang yang telah diberi secara eksklusif oleh plaintif. Tidak terdapat persoalan mengenai harga belian atau mana-mana bahagian daripadanya yang telah didapati atau diperolehi daripada sumber atau usaha bersesama plaintif dan defendan pertama. Oleh itu, bantahan permulaan ini ditolak.

(3) Dalam prosiding untuk membatalkan pliding, adalah tidak sesuai untuk seorang hakim mencuba untuk menyelesaikan pertikaian mengenai keterangan berdasarkan afidavit, terutama sekali apabila isu mengenai kebolehpercayaan terlibat. Masa yang sesuai untuk mentaksirkan keterangan, dengan mengambil kira keadaan tertentu sesuatu kes, adalah pada perbicaraannya di mana akan terdapat peluang penuh untuk pemeriksaan balas dan penzahiran. Dengan demikian, permohonan untuk pembatalan ditolak.

(4) Walaupun terdapat ketakdedahan fakta, mahkamah masih perlu mempertimbangkan sama ada keadilan memerlukan supaya injunksi itu diteruskan. Tidak semestinya bahawa jika gambaran yang penuh dan benar didedahkan kepada mahkamah, injunksi interlokutori itu tidak mungkin diberikan. Lagipun, ganti rugi tidak merupakan pampasan mencukupi kerana tidak ada jaminan bahawa jika ganti rugi diawardkan kepada plaintif, defendan akan dapat membayarnya. Dividen dan bonus yang terakru ke atas saham itu akan berlonggok dan jumlahnya tidak diketahui. Imbangan kemudahan menyokong pemeliharaan status quo dan kelengahan plaintif untuk memohon injunksi interlokutori tidak begitu serius. Oleh itu, alasan yang dihujahkan oleh defendan pertama untuk melepaskan injunksi itu gagal. Injunksi interlokutori itu mesti diteruskan sehingga penyelesaian muktamad tindakan ini.

[Per curiam:

(1) Tajuk panjang merupakan unsur pertama sesuatu Akta Parlimen yang boleh digunakan untuk mencari maksud Akta itu dan terutamanya sebagai ‘suatu panduan kepada tujuan’ Akta itu. Bagaimanapun, kecuali jika seksyen tertentu Akta itu boleh mempunyai dua atau lebih maksud, tajuk panjangnya tidak boleh digunakan untuk mencari maksudnya. Oleh itu, jika maksud seksyen itu jelas, ia tidak boleh diubah dengan membaca tajuk panjang. Ini tidak bermakna bahawa tajuk panjangnya tidak boleh digunakan untk memperkuatkan lagi maksud seksyen itu di mana maksudnya jelas.

(2) Walaupun kamus tidak seharusnya diambil sebagai eksponen berwibawa mengenai maksud perkataan yang digunakan dalam Akta Parlimen, adalah menjadi suatu peraturan umum bahawa perkataan patut diambil sebagai digunakan mengikut maksud mereka yang biasa.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada pembaca dan pelajar. Tq

2 comments:

PETA PELAYAR