FOLLOWERS

Monday 2 August 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES DADAH / PRIMA FACIE TEST / KETERANGAN PAKAR !!!


[1994] 1 MLJ 254
Kumaraguru a/l N Muniandy & Ors v PP
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CRIMINAL APPEAL NO 42(52)–94–88

Judges VINCENT NG JC

Date 25 OCTOBER 1993
Citation [1994] 1 MLJ 254


Catchwords:

Criminal Procedure — Close of prosecution’s case — Prima facie test — Accused called to enter defence — Accused elects to remain silent and calls no witness — Error in law when judge held that accused must be convicted when they choose to remain silent — As test at close of defence’s case — Proof beyond reasonable doubt — Criminal Procedure Code s 180

Criminal Law — Identity of drugs — Reception of expert evidence — Prosecution had failed to establish that the chemist had any experience in the analysis of heroin — Evidence Act 1950 s 45.

Criminal Law — Dangerous drugs — Charge of trafficking — Custody of drugs by police — Failure to call evidence to provide necessary link in chain of custody of drugs — Dangerous Drugs Act 1952 s 39B.

Bahasa Malaysia Summary:

Ketiga-tiga perayu telah didawka secara bersesama di mahkamah sesyen di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 s 39B. Apabila mereka dipanggil untuk membela diri, mereka telah diam dan tidak memangil saksi-saksi. Mereka seterusnya disabitkan dan dihukum. Mereka telah merayu dan menentang sabitan itu berasaskan tiga prinsip utama iaitu bahawa

(i) keterangan tiga saksi pendakwa adalah bertentangan dengan fakta-fakta yang ditunjukkan dalam gambar rajah tetapi adalah sama dengan kes pembelaan,

(ii) kekurangan bukti dan tiada keterangan bahawa ahli kimia yang memberi keterangan adalah seorang pakar dalam penganalisaan heroin dan

(iii) terdapat pemecahan dalam rentetan keterangan simpanan dadah dan keterangan tidak diberikan bagaimana dadah itu telah disimpan selepas ia telah dipulangkan oleh ahli kimia iaitu tidak ada penjelasan di mana dadah itu telah disimpan selama empat tahun. Selain dari itu juga terdapat satu ciri kes ini yang memerlukan tulisan mahkamah ini. Dalam alasan penghakiman, hakim di mahkamah sesyen telah menyatakan pemikirannya seperti berikut ‘dengan memilih untuk senyap dan tidak memanggil apa-apa saksi, ketiga tertuduh itu telah memilih jalan yang bersiko terhadap diri mereka. Dengan itu mereka telah gagal membantah kes pendawka dan kedudukannya berdasarkan hipotesis telah menjadi satu kebenaran. Dengan itu mereka mestilah dihukum atas tuduhan tersebut’.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Adalah jelas dalam menentukan sama ada untuk memanggil pembelaan, mahkamah hanya perlu melaksanakan ujian prima facie dengan bertanyakan soalan yang berbentuk hipotesis. Sebaliknya untuk menghukum tertuduh selepas penutupan kes pembelaan, mahkamah perlu memutuskan bahawa kes itu telah pun dibuktikan dengan melebihi keraguan munasabah. Adalah tugas mahkamah untuk menggantung penghakiman sehingga kes pembelaan telah ditutup. Kes pembelaan ditutup sebaik sahaja pembela memilih untuk menutup kesnya, tanpa mengira sama ada tertuduh memberikan keterangaan atau tidak dan tanpa mengira sama ada beliau memangil apa-apa saksi untuk memberi keterangan atau tidak.

Dengan itu ujian yang perlu dilaksanakan walaupun tertuduh memilih untuk tidak memberikan keterangan dan tidak memanggil saksi-saksi adalah satu tahap membukti yang lebih tinggi. Malangnya hakim yang arif di mahkamah bawah itu telah memutuskan bahawa tertuduh hendaklah dihukum apabila mereka diam. Oleh kerana mahkamah ini berhadapan dengan satu salah arah yang nyata tidak betul, maka adalah tanggung jawab mahkamah ini untuk mengkaji semula keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwa.

(2) Memandangkan tidak ada keterangan yang telah diberikan untuk meyakinkan mahkamah ini bahawa ahli kimia itu mempunyai pengalaman dalam penganalisaan dadah termasuk heroin, mahkamah ini tidak boleh membuat kesimpulan bahawa beliau mempunyai kepakaran hanya berdasarkan pengalaman selama 12 tahun dalam bidang itu. Pihak pendawka telah gagal dalam undang-undang untuk menyediakan asas untuk penerimaan pendapat pakar di bawah Akta Keterangan 1950 s 45.

(3) Memandangkan terdapat beberapa keputusan Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi mengenai simpanan dadah oleh polis, adalah agak sukar untuk mahkamah ini untuk menerima satu tahap yang lagi rendah untuk simpanan dadah daripada tahap yang telahpun ditetapkan dalam Mahkamah Tinggi. Adalah jelas dalam undang-undang bahawa berkenaan pengenalan ekshibit dadah adalah beban pendawka sepanjang kes, tidak ada keperluan ke atas pembela untuk membuat apa-apa cabaran terhadap isu tersebut. Pihak pendawka telah gagal untuk menentukan pengenalan ekshibit-ekshibit dadah di mahkamah sesyen itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR