FOLLOWERS

Wednesday 4 August 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PENCERAIAN !!!


[1994] 2 MLJ 139
Soo Lina v Ngu Chu Chiong (Chong Oi Khium Irene, co-respondent)
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — DIVORCE PETITION NO KG9 OF
1991

Judges ABDUL KADIR SULAIMAN J

Date 28 MARCH 1994
Citation [1994] 2 MLJ 139


Catchwords:

Family Law — Divorce — Marriage irretrievably broken down — Petitioner and respondent allege different facts to establish marriage had broken down irretrievably — Petitioner’s reply to respondent’s answer did not contain denial or admission on allegation of respondent that their marriage had irretrievably broken down as they had lived apart for a continuous period of at least two years immediately preceding presentation of the petition by petitioner — Whether so-called admission by petitioner entitled respondent to a decree — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 s 54(1)
Family Law — Divorce — Marriage irretrievably broken down — Petitioner and respondent allege different facts to establish marriage had broken down irretrievably — Petitioner to satisfy court at the trial of those facts presented in her petition — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 ss 53 & 54

Family Law — Divorce — Marriage irretrievably broken down — Petitioner and respondent allege different facts to establish marriage had broken down irretrievably — Respondent applied for order that proceedings be stayed and that he be at liberty to proceed on the prayer of the answer as an undefended suit — Petitioner had counterclaimed against co-respondent — Whether respondent may succeed in application — Whether court should hear evidence in a trial
Bahasa Malaysia Summary:

Pempetisyen dan responden telah berpisah secara kehakiman mengikut suatu perintah mahkamah. Petisyen isteri yang telah difailkan pada 25 Januari 1991, mengatakan tiga fakta yang dinyatakan di dalam s 54(1)(a)–(c) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (‘Akta itu’) dan termasuk suatu permohonan untuk ganti rugi terhadap responden bersama kerana melakukan zina dengan responden. Di dalam afidavitnya yang menyokong petition itu, pempetisyen telah mendepos bahawa kedua-dua beliau dan responden telah berpisah sejak 7 Disember 1986 atas alasan kelakuan responden yang tidak munasabah.

Menjawab kepada petisyen si isteri itu, responden telah menafikan kesemua pengataan fakta yang telah dikemukakan oleh si isteri di dalam petisyennya dan melalui jawapannya telah membuat pli bahawa perkahwinan mereka telah berpecah belah dengan tidak dapat lagi dipulihkan kerana mereka telah tinggal berasingan selama tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum sahaja penyerahan petisyen si isteri itu, iaitu sejak 7 Disember 1986. Oleh itu, responden telah memohon supaya petisyen itu ditolak, prosiding petisyen pempetisyen digantung dan supaya perkahwinan itu dibubarkan berdasarkan jawapannya.

Pempetisyen telah memfailkan jawapannya terhadap jawapan itu atas perkara lain yang telah dinyatakan di dalam jawapan itu tetapi ia tidak mengandungi sebarang penafian atau pengakuan atas pengataan bahawa mereka telah tinggal berasingan selama tempoh yang telah dikatakan oleh si suami. Responden mengatakan bahawa pempetisyen telah mengakui fakta itu apabila beliau tidak mengatakan apa-apa mengenainya. Reponden telah memohon untuk suatu perintah supaya prosiding yang timbul akibat permohonan untuk pembubaran perkahwinan yang terkandung di dalam petisyen itu digantung dan supaya responden bebas bertindak atas permohonan di dalam jawapan itu sebagai suatu tindakan yang tidak dibela.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu:

(1) Hanya terdapat suatu alasan untuk perceraian di bawah Akta itu, iaitu atas alasan bahawa perkahwinan itu telah berpecah belah dengan tidak dapat lagi dipulihkan. Pada pendengaran petisyen untuk perceraian itu, mahkamah dikehendaki bertanya mengenai fakta-fakta yang dikatakan di dalam petisyen itu, sebagai mengakibatkan atau menyebabkan perkahwinan itu berpecah belah dan jika berpuas hati bahawa keadaan membuatnya adil dan munasabah supaya berbuat demikian, mahkamah semestinya membuat suatu dekri supaya perkahwinan itu dibubarkan. Tetapi ini tidak bermakna bahawa mahkamah yang mendengar petisyen perceraian itu tidak patut memutuskan bahawa perkahwinan itu telah berpecah belah dengan tidak dapat lagi dipulihkan sehingga pempetisyen memuaskan mahkamah mengenai satu atau lebih daripada empat fakta yang telah disenaraikan.
(2) Di dalam kes ini, pempetisyen dan responden mengatakan fakta yang berlainan untuk menyatakan bahawa perkahwinan mereka telah berpecah belah dengan tidak dapat lagi dipulihkan. Responden menafikan kesemua fakta yang telah dikatakan oleh pempetisyen. Oleh itu, jika pempetisyen inginkan mahkamah membuat suatu dekri supaya perkahwinan itu dibubarkan berdasarkan fakta yang telah dikemukakan di dalam petisyennya, beliau perlulah memuaskan mahkamah, pada perbicaraan, bahawa keadaan membuatnya adil dan munasabah supaya suatu dekri yang sedemikian dibuat memandangkan kesemua fakta yang dikatakan seperti yang diperuntukkan di dalam ss 53 and 54 Akta itu.

(3) Oleh kerana pempetisyen tidak membuat penafian atau pengakuan di dalam jawapannya kepada jawapan responden yang menyatakan bahawa mereka telah tinggal berasingan selama tempoh itu, responden berhujah bahawa pempetisyen telah membuat pengakuan mengenai fakta itu. Di dalam keadaan sedemikian, responden memikul beban untuk memuaskan mahkamah atas prinsip yang sama. Oleh itu, pengakuan yang dikatakan dibuat oleh pempetisyen itu bahawa mereka telah tinggal berasingan selama tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum sahaja penyerahan petisyen itu tidak akan menjadikan responden berhak mendapat dekri itu. Kesan memberi perintah yang dipohon oleh responden sama seperti memberi dekri itu secara sementara tertakluk kepada responden membuktikan fakta itu pada perbicaraan. Ianya juga akan menghalang pempetisyen daripada mengemukakan keterangan untuk memuaskan mahkamah bahawa keadaan membuatnya adil dan munasabah supaya beliau diberi dekri yang diminta berdasarkan fakta yang dikatakan olehnya di dalam petisyennya.

(4) Supaya dapat mencapai keputusan yang betul, mahkamah perlu mendengar keterangan di dalam suatu perbicaraan untuk memuaska dirinnya sendiri mengenai bukti bahawa perkahwinan itu telah berpecah belah dengan tidak dapat lagi dipulihkan dan ini membolehkan suatu dekri dibuat untuk membubarkan perkahwinan itu sama ada atas keterangan pempetisyen atau responden. Terdapat isu yang boleh dibicarakan di dalam petisyen yang dibawa oleh pempetisyen itu yang melibatkan tuntutan untuk ganti rugi daripada responden bersama.

Obiter:

(1) Hakikat semata-mata bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju mengenai satu atau lebih daripada fakta itu tidak memberi mahkamah kuasa untuk membuat dekri untuk pembubaran itu. Mahkamah perlu mengambil kira keadaan lain yang dinyatakan di dalam s 54(2) Akta itu sebelum ia boleh menggunakan kuasanya untuk memberi dekri itu.

(2) Responden tidak perlu memfailkan suatu petisyen yang berasingan di dalam suatu petisyen perceraian untuk memulakan prosiding itu. Jawapan kepada petisyen pempetisyen dianggap sebagai petisyen responden untuk tujuan mendapat relif di bawah Akta itu. Oleh itu, jawapan responden kepada petisyen itu yang mengandungi pengataan mengenai mana-mana satu daripada empat fakta di dalam s 54(1) sebagai menyebabkan atau mengakibatkan perkahwinan itu berpecah belah merupakan suatu perkara untuk pertimbangan mahkamah apabila menentukan relif yang dituntut oleh responden seolah-olah jawapannya kepada petisyen itu merupakan suatu petisyen olehnya untuk membubarkan perkahwinannya dengan pempetisyen asal atas alasan bahawa perkahwinan itu telah berpecah belah dengan tidak dapat lagi dipulihkan. Ini akan menghindari daripada kepelbagaian prosiding.] Grenfell v Grenfell [1978] 1 All ER 561 ; [1977] 3 WLR 738 (distd)


Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR