FOLLOWERS

Wednesday 18 August 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES RASUAH PILIHANRAYA / PEMBUKTIAN MELAMPAUI KERAGUAN MUNASABAH !


[1996] 4 MLJ 261
Wong Sing Nang v Tiong Thai King
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SIBU) — ELECTION PETITION NO 20–26–1 OF 1995

Judges CHARLES HO J

Date 20 JANUARY 1996
Citation [1996] 4 MLJ 261


Catchwords:

Elections — Offences — Allegation of bribery and corrupt practice — Donation made to school fund — Whether donation was personal — Whether donation amounted to bribery — Whether such act is to be regarded as done for corrupt purpose — Election Offences Act 1954 ss 10(a), 32(a) & (c)

Evidence — Burden of proof — Election offences — Bribery and corrupt practice — Quasi criminal — Whether burden of proof beyond reasonable doubt

Bahasa Malaysia Summary:

Pempetisyen adalah calon yang tidak berjaya dalam pilihanraya umum pada 25 April 1995 untuk kawasan pilihanraya Lanang sementara penentang adalah calon yang telah menang. Pempetisyen, melalui petisyen ini, cuba membabalkan pemilihan penentang atas alasan bahawa penentang semasa mengendalikan kempen pilihanrayanya telah melakukan penyogokan di bawah ss 10(a) dan 32(a) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (‘Akta itu’) dan amalan-amalan rasuah di bawah s 32(c) Akta itu. Pempetisyen mendasarkan kesnya atas satu peristiwa yang telah berlaku beberapa hari sebelum hari mengundi di mana satu derma RM200,000 telah dibuat oleh penentang kepada satu tabung sekolah.

Pempetisyen mengatakan bahawa derma itu adalah satu derma peribadi oleh penentang and bahawa ianya dibuat secara rasuah dengan tujuan memujuk pemilih atau pengundi dalam kawasan pilihanraya Lanang mengundinya. Penentang menafikan pengataan sedemikian dan di dalam afidavitnya menyatakan bahawa derma itu telah diberikan sebagai satu pendahuluan bagi pihak syarikatnya, Kumpulan Syarikat Rimbunan Hijau (‘kumpulan itu’), yang mana beliau adalah seorang pengarah yang aktif, dan bahawa pendermaan sedemikian yang dibuat oleh kumpulan itu tidak berbeza daripada lain-lain pendermaan oleh kumpulan itu bagi tujuan menggalakkan pendidikan dan budaya Cina di Sibu.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak petisyen itu
:

(1) Jika satu tindakan yang dilarang oleh statut dilakukan, mahkamah dibenarkan mengambil darinya inferens biasa prima facie bahawa ianya dibuat untuk satu tujuan rasuah. Namun demikian, sebelum inferens sedemikian boleh diambil mestilah terdapat keterangan yang jelas dan tidak taksa di depan mahkamah untuk membuktikan pengataan itu. Lagipun, mahkamah mesti mengambil ingat bahawa oleh kerana satu pengataan amalan rasuah adalah bersifat kuasi jenayah seperti juga satu dapatan amalan jenayah akan mendatangkan kesan penal, pengataan sedemikian mestilah dibuktikan oleh pempetisyen melampaui keraguan yang munasabah (lihat ms 265I, 266F–G; Re Pengkalan Kota Bye-Election [1981] 1 MLJ 265 diikut).

(2) Berdasarkan keterangan, mahkamah berpuas hati bahawa derma itu telah dibuat bagi pihak Pemandangan Jauh Sdn Bhd, satu anak syarikat kumpulan itu. Ini bermakna bahawa pempetisyen telah gagal membuktikan melampaui kerayuan yang munasabah bahawa ianya adalah satu derma peribadi yang menjadi asas petisyen ini (lihat ms 269F–H).
(3) Tidak terdapat keterangan langsung bahawa pengundi-pengundi dalam kawasan pilihanraya itu telah dalam apa cara pun dipengaruhi oleh derma yang dipersoalkan. Tidak ada sebab mengapa pengundi-pengundi tidak patut mensifatkan derma itu cuma seperti mana-mana derma yang lain oleh induvidu-individu atau pertubuhan lain. Dalam keadaan itu, kesimpulan bahawa derma itu mesti sampai suatu takat tertentu telah mempengaruhi pengundi apabila mereka membuang undi mereka tidak boleh dibuat. Jika pengundi tidak berniat mengundi penentang, derma itu tidak akan membuat sebarang perbezaan yang penting (lihat ms 269H–I).

(4) Oleh itu, pempetisyen telah gagal membuktikan melampaui keraguan yang munasabah bahawa kesalahan penyogokan atau amalan rasuah dan kesalahan penyogokan am seperti yang dikatakan telah dilakukan oleh penentang kepada petisyen ini (lihat ms 270E–F).]

Penghuni Gua : Semuga paparan nini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

2 comments:

  1. sekarang tak musim pilihan raya, pemurah sangat kompeni tu kan? bagi lah pulak sekolah2 lain... luar kawasan berkenaan akan menjadi dilihat sebagai tersangat lah keikhlasannya.....

    ReplyDelete
  2. U help me.... I help U ma... Tatak salah punya!
    Bukan LASUAH ma... kasi tong-tong aja ma, boleh kaw-tim punya!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR