FOLLOWERS

Tuesday 10 August 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES MEMBUNUH TANPA NIAT / ASAS PENGURANGAN HUKUMAN !


[1995] 3 MLJ 637
Public Prosecutor v Nasir bin Malik
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KOTA KINABALU) — CRIMINAL TRIAL NO
K46–01 OF 1995

Judges TEE AH SING JC

Date 12 JUNE 1995
Citation [1995] 3 MLJ 637



Catchwords:
Criminal Procedure — Sentence — Mitigating factors — Charge of cupable homicide not amounting to murder — Accused was first offender — Only 21 years old at date of offence — Remorseful — Pleaded guilty — Saved court’s time and inconvenience to witnesses — Deceased instigated fight — Whether to reduce sentence — Penal Code (FMS Cap 45) s 304

Criminal Procedure — Sentence — Deterrent sentence — Cupable homicide not amounting to murder — Accused stabbed deceased to death — Whether court should pass deterrent sentence for public interest — Penal Code (FMS Cap 45) s 304

Bahasa Malaysia Summary:

Tertuduh telah dipertuduh di bawah s 304 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45) atas kesalahan homisid salah yang tidak merupakan bunuh. Adalah dikatakan bahawa pada 22 Jun 1994, tertuduh yang berumur 21 tahun telah menyebabkan kematian seorang yang bernama Edmund bin Poloot (‘si mati’) dalam suatu pergaduhan, dengan menikam si mati dengan sebilah pisau. Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Mahkamah menyabitkan tertuduh setelah memastikan bahawa tertuduh memahami sifat dan akibat pengakuan salahnya. Mahkamah harus memutuskan hukuman yang wajar dijatuhkan dalam keadaan kes ini.

Diputuskan:
Diputuskan, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas tertuduh:

(1) Terdapat beberapa faktor pengurangan hukuman yang harus diambil kira oleh mahkamah selepas menjatuhkan hukuman. Dalam kes ini, tertuduh merupakan pesalah pertama kali, dan dia hanya berumur 21 tahun apabila melakukan kesalahan. Lebih-lebih lagi, dia telah berasa kesal atas perbuatannya, dan telahpun mengaku bersalah. Juga, nampaknya si matilah yang telah memulakan pergaduhan yang menyebabkan tertuduh melakukan tikaman yang membawa padah tersebut.

(2) Mahkamah juga telah mengambil kira kepentingan awam apabila menjatuhkan hukuman. Kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah jenayah yang serius yang memerlukan hukuman pencegahan. Maka, hukuman penjara harus dijatuhkan.

(3) Jika tertuduh menuntut perbicaraan, dan jika mahkamah mendapatinya bersalah, hukuman penjara selama 16 tahun akan dijatuhkan. Walau bagaimanapun, oleh kerana tertuduh telah mengaku bersalah dan dengan itu telah menjimatkan masa mahkamah dan mengelakkan kepayahan saksi, dia akan diberikan pengurangan hukuman sebanyak 1Ú4. Maka, hukuman penjara sepanjang 12 tahun bermula dari tarikh penangkapan akan dijatuhkan dalam kes ini.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar.

2 comments:

  1. Nko taknak komen kes X-ADUN Permatang dgn PA dia... Polis kata kes bunuh dan bunuh diri. Persoalannya ape motifnya? Yg bunuh diri... tak diterima umat, yg dibunuh... ape hak dia, patut dibela dan disiasat bukannya dilepaskan aje! Kira bunuh tanpa niat kot?

    Kes Altantuya - 2 ekor Polis (baca kambing hitam) meletopkan dgn Altantuya dgn C4... eh! silap... (Zahid MatArip kata bukan ATM punye). Polis tu dah jadi kambinghitam kene hukuman takpe la. TAPI APE MOTIF DIA LETOPKAN ALTANTUYA?
    Saja-saja je nak letopkan Minah yg dah ditermengandungkan dek Razak... (mana satu yek... Razak Baginda ke, anu bin Razak)

    Kes Datuk Mazlan (ADUN RAub) yg dipotong 18 dek MonaFendey... apa motif dia yek?

    Kes Mokhtar Hashim vs Rahmat Satiman - takyah siasat juga la ape motif dia!

    Yg aku HERAN... nape la kes bunuh-bunuh ni tak lekang dari nama pemimpin UMNgOk.

    Rasanye selaku pemegang sarjana sains sosial dan kemanusiaan yg masih hangat... wajib nko guna isu-isu ni utk buat PHD nko. Jgn jadi hangat2 taik ayam dah le!

    ReplyDelete
  2. Dari Muhd Nizzam Aminuddin,
    Kes Kematian Anak, AdeLia di Taska Shah Alam
    (16 Mac 2011);

    A'kum kepada Tuan Punya Blog dan Para Pembaca nya yang dihormati. Saya meminta bantuan nasihat dan ingin ketengahkan kes anak saya, yang sekarang masih di tahap Inkues. Persoalan nya, jika cara sebenar yang menyebabkan anak saya didapati telah meninggal dunia di taska, telah disorok kan oleh pihak taska dan kakitangan mereka, apa kah kes ini masih dikategorikan sebagai 'negligence' ? kerana dah terlalu banyak ' perjury ' dibuat dari keterangan-keterangan kesemua saksi dari taska setakat ini. Sesi Inkues seterusnya pada Jumaat ini bersamaan 23 Disember 2011 di Mahkamah Shah Alam. Mohon nasihat. Sekian Terima Kasih dan Salam Hormat.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR