FOLLOWERS

Monday 20 September 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES DADAH / BEBAN PEMBUKTIAN !!!!


[1992] 1 MLJ 137
Pang Chee Meng v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL NO
05-159-90

Judges ABDUL HAMID OMAR LP
MOHAMED YUSOFF SCJ
EUSOFF CHIN J

Date 28 NOVEMBER 1991

Citation [1992] 1 MLJ 137

Catchwords:

Evidence — Burden of proof — Duty of prosecution to prove guilt of accused — Burden on accused may be discharged on balance of probability and creating reasonable doubt — Whether information admissible under s 27 of Evidence Act 1950

Evidence — Information from accused while in police custody — Credibility of such evidence — Courts to be vigilant in ensuring credibility — Evidence Act 1950 s 27

Criminal Law — Trafficking in dangerous drug — Exclusive possession of room where drugs were found — Dangerous Drugs Act 1952 s 39B(1)

Bahasa Malaysia Summary:

Di dalam kes ini perayu telah merayu terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya atas tuduhan mengedar dadah berbahaya. Di dalam rayuan itu dihujahkan (1) bahawa yang arif pesuruhjaya kehakiman telah tersilap menerima pernyataan yang dibuat oleh perayu bagi menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya oleh inspektor polis sebagai maklumat di bawah 27 Akta Keterangan 1950; (b) bahawa yang arif pesuruhjaya kehakiman tersilap tidak memutuskan bahawa bilik yang berkenaan tidak diduduki oleh perayu secara eksklusif.

Diputuskan:
Diputuskan, meluluskan rayuan itu:

(1) Apabila merujuk kepada s 27 Akta Keterangan 1950 mahkamah hendaklah sangat berhati-hati supaya memastikan kebolehperketerangan yang diberi oleh pegawai polis mengenai seksyen itu, yang mana sangat mudah disalahgunakan. Di dalam kes ini keterangan yang diberi oleh pihak polis tidak memuaskan dan menimbulkan keraguan tersirat mengenai kesempurnaan penpolis. Pada hakikatnya pada awalnya penerimaan keitu di bawah s 27 Akta itu telah tidak dibenarkan oleh mahkamah.

(2) Di dalam kes ini hakim perbicaraan yang arif telah tersilap mengarah dirinya mengenai prinsip-prinsip yang harus dikenakan di dalam memutuskan isu fakta dan undang-undang. Pesuruhjaya kehakiman yang arif itu telah mengikut pendekatan yang salah terhadap beban pembuktian dan nampaknya telah mengharapkan taraf pembuktian yang lebih tinggi daripada apa yang boleh mekeraguan yang munasabah dari orang yang dituduh.

(3) Yang arif pesuruhjaya kehakiman jelas telah tersilap apabila beliau berpendapat bahawa perayu mempunyai milikan eksklusif, sedangkan pendirian perayu itu apabila membuat pernyataan beramaran tetap adalah terdapat tiga orang lain yang tinggal bersama di tempat itu. Juga terdapat sedikit sebanyak sokongan mengenai perkara itu dari hasil penyiasatan polis.

(4) Memandangkan pertentangan yang penting dan keadaan sekeliling kes ini mahkamah tidak berpuashati bahawa pihak pendakwa telah membuktikan penjagaan dan kawalan eksklusif ke atas dadah yang terdapat di dalam bilik yang berkenaan dan oleh kerana itu rayuan hendaklah dibenarkan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR