FOLLOWERS

Wednesday 22 September 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES INSURAN KEMALANGAN !!!!


[1992] 1 MLJ 155
Anuar bin Ismail v Tan Sri Tan Chin Tuan & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (IPOH) — CIVIL SUIT NO 23-336-88

Judges ABDUL MALEK J

Date 12 AUGUST 1991

Citation [1992] 1 MLJ 155


Catchwords:

Insurance — Total and permanent disablement indemnity — Insurer not informed in writing of accident within stipulated time — Claim invalid

Insurance — Total and permanent disablement indemnity — Plaintiff not a party to insurance — Whether plaintiff entitled to claim under policy — Whether on the facts, plaintiff totally and permanently disabled under the policy

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif, seorang joki profesyenal, memulakan guaman terhadap defendan pertama, badan pengawal pelatih dan joki, dan defendan kedua, syarikat insuran defendan pertama, akibat plaintif disahkan oleh doktor pada 4 Disember 1987 sebagai mengalami kecacatan tetap dan tidak boleh menjalankan profesyennya berikutan daripada kejatuhan dari kuda yang ditunggangnya pada 20 Mac 1984.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak tuntutan plaintif itu:

(1) Plaintif bukanlah satu pihak kepada kontrak insuran kerana pihak-pihak yang dinamakan di dalamnya adalah defendan pertama dan kedua. Plaintif tidak pernah membayar sebarang premium dan paling banyak pun cuma merupakan sebahagian daripada keyang diinsurankan di bawah polisi itu. Oleh kerana pengindorsan kepada polisi itu mengkehendaki supaya defendan kedua mensifatkan defendan pertama sebagai pemunya mutlak polisi itu, plaintif tidak berhak menuntut di bawah polisi itu.

(2) Defendan kedua tidak pernah diberitahu dalam tulisan tentang kemalangan itu dalam 30 hari seperti yang dikehendaki di bawah fasal 3 polisi itu dan oleh itu, mengikut fasal 18, kegagalan menurut fasal 3 akan menjadikan semua tuntutan di bawah polisi itu tidak sah.

(3) Tuntutan plaintif terhadap defendan kedua adalah berkenanaan dengan pemenggalan anggota badan (dismemberment) dan kehilangan penglihatan dalam 182 hari daripada tarkih ke. Walau bagaimanapun apabila kemalangan itu berlaku, plaintif cuma melawat doktornya pada keesokannya. Ini menimsatu anggapan bahawa kecederaannya tidaklah begitu serius untuk memerlukan rawatan segera. Plaintif bekerja semula pada 29 Mei 1984 dan terus bekerja hingga 29 Januari 1986. Mengikut fakta kes plaintif tidak membuktikan bahawa beliau ditimpa kecacatan penuh dan tetap supaya defendan kedua diwajibkan membayarnya mengikut polisi itu. Lagipun, terdapat laporan-laporan yang bercanggahan tentang kecederaan yang dialami oleh plaintif.

(4) Tuntutan plaintif terhadap defendan pertama atas alasan bahawa beliau telah kehilangan faedah dan tanggung rugi di bawah polisi itu akibat kecuaian defendan pertama tidak boleh disokong juga. Plaintif tidak pernah memberitahu defendan pertama tentang kemalangan itu. Biarpun terdapat kecuaian, plaintif masih belum membuktikan bahawa kecuaian itu mengakibatkan kehilangan itu kerana kecederaan dan kecacatan itu tidak termasuik di dalam lingkungan polisi itu.

(5) Berkenaan soalan sama ada plaintif boleh menuntut terus terhadap defendan kedua, mengikut fakta kes, defendan pertama adalah pemunya mutlak polisi itu dan cuma defendan pertama boleh menuntut di bawahnya dan bukan sesiapa lain.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepads semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR