FOLLOWERS

Saturday 25 September 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES KEMUNGKIRAN PERKAHWINAN!!!!


[1992] 1 MLJ 215
Oh Thevesa v Sia Hok Chai
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — SUIT NO S7–23–73 OF 1990

Judges LIM BENG CHOON J

Date 22 OCTOBER 1991

Citation [1992 1 MLJ 215


Catchwords:
Contract — Promise to marry — Breach — Parties not free to marry each other when promise was made — Whether against public policy to allow action to proceed

Civil Procedure — Pleadings — Striking out statement of claim — Uncertainty in the law — Point of law required serious argument — Summary procedure of striking out of statement of claim not appropriate — Rules of the High Court 1980 O 18 r 19
Facts:

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif telah mengambil tindakan ini terhadap defendan untuk meganti rugi bagi kemungkiran janji mengahwininya, bunga dan kos. Defendan menafikan bahawa dia telah berjanji untuk mengahwini plaintif dan dalam apa keadaan sekalipun plaintif tahu pada setiap masa yang penting bahawa dia sudah berkahwin. Defendan memohon di bawah A 18 k (1)(a) dan (b) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 untuk membatalkan tindakan plaintif. Peguambela bagi defendan berhujah bahawa membenarkan plaintif meneruskan tindakannya adalah bertentangan dengan aturan akhlak dan polisi awam kerana plaintif tahu yang defendan sudah berkahwin. Permohonan defendan telah dibenarkan oleh penolong kanan pendaftar dan plaintif telah merayu.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Prosiding terus di bawah A 18 k 19(1)(a) dan (b) hanya boleh digunakan jika boleh dilihat dengan jelas bahawa satu tindakan atau jawapan adalah pada mukanya ‘obviously unsustainable’. Jika ada perkara undang-undang yang memerlukan perbincangan serius, suatu bantahan harus diambil atas pliding itu dan perkara itu ditetapkan untuk penghujahan di bawah A 33 k 2.

(2) Keesahan perjanjian perkahwinan yang dibuat oleh defendan yang sudah pun berkahwin semasa ia membuat perjanjian itu, kepada seorang plaintif yang semasa perjanjian itu dibuat tahu-menahu akan taraf perkahwinan defendan, belum lengkap diselesaikan dalam undang-undang. Persoalan yang timbul mewajibkan peryang matang dan berhati-hati atas suatu perkara undang-undang yang serius. Defendan tidak boleh menghalang plaintif daripada mendapat penghakiman yang memihak kepadanya dengan menggunakan prosedur terus dalam A 18 k 19. Dia patut menggunakan prosedur di bawah A 33 k 2.

(3) Adalah juga tidak jelas daripada keterangan afidavit secara tepat bila plaintif mendapat tahu akan taraf perkahwinan defendan, dan ini mempunyai kesan ke atas soalan sama ada tindakan plaintif boleh dibatalkan atas alasan penentangan aturan akhlak dan polisi awam.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR