FOLLOWERS

Saturday 18 September 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES MEMILIKI AMUNISASI / INFORMATION LEADING TO FACT DISCOVERED / ADMISSIBILITY !!!



[1992] 2 MLJ 770
Public Prosecutor v Shariff bin Saad
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (ALOR SETAR) — CRIMINAL TRIAL NO 57–1–1989

Judges KC VOHRAH J

Date 21 SEPTEMBER 1992
Citation [1992] 2 MLJ 770


Catchwords:

Evidence — Information leading to fact discoveredAdmissibility — Whether information already known to police — Evidence Act 1950 s 27

Bahasa Malaysia Summary:

Si tertuduh telah dituduh memiliki lima butir amunisi hidup, suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 57(10)(b) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Pihak pendakwa telah membuktikan bahawa si tertuduh telah ditangkap pada 10 Januari 1989. Tiga minggu kemudian, pada 31 Januari 1989, semasa si tertuduh disoal siasat, beliau telah memberitahu Jabatan Penyiasatan Jenayah (‘jabatan itu’) bahawa beliau telah menyimpan lima butir amunisi di Masjid Sungei Durian, Pokok Sena.

Beliau telah di bawa ke masjid itu di mana amunisi itu dijumpai. Bila si tertuduh memberi keterangan, beliau mendakwa bahawa tiga hari selepas penangkapannya, beliau telah memberitahu penyoal siasat asal, Cawangan Khas, yang sepupunya telah memberitahunya tentang amunisi itu. Si tertuduh juga mendakwa bahawa apabila disoal siasat pada 31 Januari 1989, beliau telah memberi maklumat yang sama. Si tertuduh menafikan yang beliau telah mengaku menyimpan amunisi di masjid itu.

Diputuskan:
Diputuskan, membebaskan si tertuduh:

Mungkin benar behawa Cawangan Khas telah menyerahkan si tertuduh kepada jabatan itu untuk disoal siasat, kerana si tertuduh telah mengaku kepada Cawangan Khas tentang kewujudan amunisi itu. Adalah juga munasabah membuat kesimpulan bahawa Cawangan Khas telah memberitahu jabatan itu tentang kewujudan amunisi itu. Dengan itu, terdapat keraguan yang serius tentang kebolehterimaan pernyataan si tertuduh kepada jabatan itu, di bawah s 27 Akta Keterangan 1950.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR