FOLLOWERS

Friday 17 September 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES SEWAAN PREMIS / TAK BAYAR SEWA TAK ADA HAK KUNCI PREMIS !!!!



[1992] 2 MLJ 108
Abdul Muthalib bin Hassan v Maimoon bte Haji Abd Wahid
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUANTAN) — CIVIL SUIT NO 24–262 OF 1986

Judges LAMIN J

Date 27 SEPTEMBER 1991
Citation [1992] 2 MLJ 108



Catchwords:

Tort — Damages — Trespass — Measure of damages — Nominal damages — Landlord unlawfully repossessing property from tenant following notice to tenant — Technical error in notice — Conduct of parties — Plaintiff’s unwarranted attitude


Landlord and Tenant — Monthly tenancy — Notice to quit — One calendar month’s notice not given — Whether notice valid


Tort — Detinue and conversion — Elements of action — No specific demand for return of goods — Conditional refusal to return goods — Whether cause of action in detinue or conversion exists
Tort — Trespass to property — Landlord repossessing property from tenant following notice to tenant — Technical error in notice — Whether trespass committed by landlord

Bahasa Malaysia Summary:


Plaintiff adalah penyewa suatu premis tertentu yang dipunyai oleh bapa defendan. Berikutan dengan kematian tuanpunya, plaintif terus membayar sewa kepada defendan. Sewa patut dibayar pada hari persetiap bulan. Defendan kemudiannya memberi notis sebulan bertarikh 8 Januari 1986 kepada plaintif untuk meninggalkan premis itu sebelum 22 Januari 1986 atas alasan bahawa plaintif telah menyewa premis itu kepada orang lain tanpa keizinan defendan. Pada 27 Januari 1986, defendan telah mengunci premis itu dan selepas itu, menerusi peguamnya, mengatakan bahawa plaintif bebas mengambil baranganyang tertinggal di dalam premis itu asalkan beliau membayar semua tunggakan sewa yang kena dibayar. Plaintif telah membawa satu tindakan untuk menuntut satu pertintah bagi pemulangan barangdan ganti rugi untuk pencerobohan terhadap premis itu.


Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan tuntutan plaintif itu:


(1) Plaintif adalah seorang penyewa bulanan mengikut bulan takwim. Atas keterangan, notis penamatan defendan itu bukanlah notis yang sah.


(2) Tidak ada tuntutan tak bersyarat dan tentu oleh plaintif bagi pemulangan hartanya. Meskipun anggapan dibuat bahawa ada tuntutan bagi pemulangan barangan plaintif, defendan telah mesuatu keengganan bersyarat memulangkan barangan itu. Jadi tidak ada kausa tindakan sama ada dalam detinu atau konversi berkenaan dengan barangan plaintif.

(3) Oleh kerana notis penamatan itu tidak sah, plaintif masih memhak pemilikan eksklusif premis itu. Tindakan defendan mengunci premis itu sudah tuntunya merupakan pencerobohan. Tiadabayaran sewa bukanlah alasan bagi pencerobohan. Ia mungkin mengurangkan ganti rugi.


(4) Cuma ganti rugi nominal harus di berikan kerana pencerobohan. Defendan telah melakukan sutu kesilapan teknikal tentang notis itu. Beliau boleh mendapat balik premis itu jika notis it teratur. Beliau telah mengunci premis itu mungkin dengan harapan bahawa plaintif akan membayar tunggakan sewa. Plaintif tidak membuat percubaan untul mendapat balik pemilikan premis itu. Tentang barangnnya, beliau tidak sekali-kali membuat sebarang tawaran untuk menyelesaikan apa-apa sewa yang benar-benar kena dibayar.]


Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR