FOLLOWERS

Tuesday 19 October 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BERKAITAN TANAH ANAK WATAN !!!!


[1993] 2 MLJ 530
Law Tanggie v Untong ak Gantang & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — SUIT NO K319 OF 1979

Judges RICHARD MALANJUM JC

Date 28 MAY 1993

Citation [1993] 2 MLJ 530


Catchwords:

Land Law — Native land — Dealings in native land — Sale and purchase of land — Plaintiff purchaser underage and not a native at time of purchase — Appointment of first defendant as nominee until plaintiff became of age and acquired native status — Arrangement made verbally — Conditions subsequently satisfied — Whether arrangement was illegal, null and void — Whether first defendant held land on trust for plaintiff — Whether arrangement enforceable — Gift of land by first defendant to second defendant — Whether second defendant thereby acquired any interest in said land — Land Code (Sarawak Cap 81) ss 8, 9 & 134(1)

Trusts and Trustees — Resulting trust — Sale and purchase of native land — First defendant appointed as plaintiff’s nominee until plaintiff became of age and acquired a native status — First defendant as nominal purchaser constituted as resulting trustee for plaintiff who provided the purchase price — Necessity for such arrangement to be in writing — Legality and enforceability of such arrangement — Whether allegation of trust supported by plaintiff’s pleadings
Evidence — Conflicting testimony — Discrepancies in evidence of both parties — Approach to be taken by court — Credibility of parties — Demeanour to be balanced against other evidence and probabilities of case

Bahasa Malaysia Summary:

Tindakan plaintif sebahagian besarnya adalah berdasarkan dakwaan bahawa defendan pertama adalah pemegang amanah bagi plaintif berkenaan dengan tanah anak watan (‘tanah itu’) yang harga pembeliannya telah dibayar oleh plaintif dan bahawa defendan kedua telah tidak memperolehi hakmilik tanah itu kerana ianya telah dipindah milik kepadanya oleh defendan pertama sebagai suatu hadiah tanpa mengambil kira hak plaintif. Keterangan plaintif adalah bahawa pada atau kira-kira pada 27 November 1961, beliau telah membeli tanah itu daripada seorang bernama Atok anak Mangnian (‘Atok’) pada harga RM200.

Pada masa yang berkenaan, plaintif adalah di bawah umur dan belum diisytiharkan sebagai seorang anak watan yang menyebabkan tanah itu tidak boleh didaftar dalam namanya. Melalui suatu perjanjian lisan yang dibuat pada 27 November 1961 di hadapan plaintif, defendan pertama, Atok dan seorang bernama Jelih anak Mawah, yang sekarang telah meninggal dunia, plaintif telah melantik penjaganya, yakni defendan pertama, sebagai namaan dan pemegang amanah tanah itu sehingga plaintif memperolehi sijil anak watan. Pada hari yang sama, plaintif memohon untuk pengisytiharan sebagai seorang anak watan. Permohonan itu adalah dalam bentuk deklarasi statutori (eks P3) yang disokong oleh defendan pertama dan Atok.

Dalam tahun 1963, plaintif sebaik sahaja beliau menerima sekeping salinan eks P3 dan dengan kepercayaan bahawa salinan eks P3 itu adalah sijil anak watan, meminta defendan pertama memindah milik tanah itu kepadanya tetapi defendan pertama telah memaafkan dirinya daripada melaksanakan pindah milik itu pada masa itu. Dalam tahun 1965 plaintif sekali lagi meminta pemindahan milik tanah itu tetapi sekali lagi defendan pertama berjaya mengelak. Dalam tahun 1978 plaintif mengulangi permintaannya bagi pemindahan milik tanah itu tetapi beliau telah diberitahu oleh defendan pertama bahawa tanah itu telah diberikan kepada anak perempuannya, defendan kedua. Usaha plaintif memujuk defendan kedua memindah milik tanah itu kepadanya tidak berjaya. Plaintif hanya memperolehi status anak watan melalui sepucuk surat bertarikh 20 Jun 1979 daripada Pejabat Daerah di Kuching, dan kemudiannya telah memulakan tindakan ini.

Di dalam pembelaannya, defendan pertama memberi keterangan bahawa Atok telah menemuinya dan menjualnya tanah itu bagi RM100. Defendan pertama menafikan perjanjian lisan yang didakwa itu dan menyatakan bahawa plaintif tidak ada apa-apa yang kena-mengena dengan tanah itu. Bagi defendan kedua pula, beliau mengakui bahawa tanah itu telah diberikan kepadanya oleh defendan pertama. Beliau juga menyatakan bahawa tanah itu telah dibeli oleh defendan pertama daripada Atok.

Isu-isu yang timbul untuk pertimbangan mahkamah adalah seperti berikut: (a) yang mana daripada cerita yang bercanggahan yang diberikan oleh pihak-pihak itu harus diterima berdasarkan keterangan yang diberikan; (b) jika mahkamah memihak kepada plaintif, sama ada defendan pertama memegang tanah itu atas amanah bagi plaintif dan jika demikian, sama ada amanah sebegitu semestinya dibuat dalam tulisan; (c) sama ada terdapat apa-apa soalan ketaksahan di dalam perjanjian di antara plaintif dan defendan pertama; dan (d) kedudukan semasa tanah itu.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan tuntutan plaintif itu:

(1) Atas imbangan kebarangkalian, mahkamah mendapati bahawa versi yang diberikan oleh plaintif adalah versi yang boleh dipercayai dan mungkin. Secara spesifik mahkamah mendapati bahawa terdapat satu jualan tanah itu dari Atok kepada plaintif dengan plaintif membayar harga pembelian, bahawa terdapat satu perjanjian bahawa defendan pertama akan menjadi namaan bagi plaintif sehingga beliau mencapai umur dewasa dan memperolehi status anak watan, bahawa tanah itu telah diberikan kepada defendan kedua oleh defendan pertama kerana kasih sayang yang semulajadi, bahawa plaintif telah meminta defendan-defendan untuk pemindahan milik tanah itu tetapi telah ditolak dan bahawa plaintif sekarang ini telah memperolehi status anak watan dan adalah berumur dewasa apabila beliau memulakan tindakan ini.
(2) Defendan pertama oleh itu memegang tanah itu atas amanah bagi plaintif, lebih-lebih lagi begitu kerana terdapat keterangan yang mungkin dan boleh diterima bahawa plaintif telah membayar harga pembelian. Kes ini padan dengan kes klasik suatu pembelian yang dibuat dalam nama seorang luar, yang akan menjadikan pembeli nominal seorang pemegang amanah berbangkit untuk orang yang membekalkan harga pembelian. Berkenaan dengan bantahan peguambela defendan bahawa pliding yang dibuat oleh plaintif tidak mendakwa sebarang amanah berbangkit, mahkamah memutuskan bahawa kandungan di dalamnya menyokong satu dakwaan amanah, termasuk isu amanah berbangkit. Lagipun defendan tidak dicabar secara mengejut. Mahkamah seterusnya memutuskan bahawa tidak ada keperluan di dalam kes ini supaya perjanjian yang dibuat di antara plaintif dan defendan pertama dibuat dalam tulisan atau ditunjukkan dalam tulisan kerana ianya adalah berjenis amanah berbangkit.

(3) Apabila satu perjanjian atau percubaan membuat urusan berkenaan tanah anak watan dibuat tertakluk kepada kepatuhan peruntukan Kanun Tanah (Sarawak Bab 81) (‘Kanun itu’), ianya tidaklah terbatal dan tidak berkesan jika perjanjian atau percubaan membuat urusan sedemikian adalah tidak bertentangan dengan peruntukan Kanun itu. Memang jelas bahawa perjanjian di antara plaintif dan defendan pertama adalah tertakluk kepada plaintif mencapai umur dewasa dan memperolehi status anak watan. Tidak ada niat untuk mengelakkan peruntukan Kanun itu. Lantaran itu, perjanjian yang dibuat di antara defendan pertama dan plaintif tidak menyalahi undang-undang, bukan tidak sah dan tidak berkesan dan, memandangkan yang syarat-syarat yang dinyatakan di dalam perjanjian itu telah dipatuhi, plaintif berhak menguatkuasakan perjanjian itu.

(4) Pemindahan milik tanah itu oleh defendan pertama kepada defendan kedua kerana kasih sayang semulajadi mengakibatkan satu pecah amanah yang teruk di samping bersifat menipu dan tidak jujur. Defendan pertama tahu tentang hak plaintif, namun melalui satu tindakan yang sengaja dan tidak jujur beliau telah mengakibatkan hak itu dihapuskan. Oleh itu, memandangkan yang defendan kedua hanyalah seorang sukarelawan beliau tidak boleh mendapat faedah daripada suatu pemindahan milik yang tidak berkesan menurut s 134(1) Kanun itu. Selanjutnya mahkamah memutuskan bahawa oleh kerana defendan pertama memegang tanah itu sebagai seorang pemegang amanah semata-mata (bare trustee), beliau tidak berada dalam apa-apa kedudukan untuk memindah sebarang kepentingan benefisial di dalam tanah itu kepada sesiapa.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR